Tuesday, August 13, 2013

Selamat Hari Raya~

Selamat hari rayaaaaaaa~

Hahahahha..

Akhirnya baru aku dapat menulis kat blog ni. Sejak 2 3 minggu lepas, kemain sibuk memanjang. Kena tukar department, kena pergi training, siapkan baju raya, kemas rumah. Huhu. Nak mengadap blog pun tak ada masa. Ini pun curi-curi masa. Idea memang banyak, tangan pun dah menggeletek nak menulis.

Raya tahun ni berbeza sikit. Raya pertama tanpa arwah abah. Selalunya kalau malam raya, lepas masak tu, mesti arwah abah akan datang ke dapur, " Rendang dah siap?". Soalan tu pasti akan keluar dari mulut arwah abah, sebab arwah nak makan dulu. Huhu..tahun ni tak ada pun orang nak tanya soalan tu.

Raya tahun ni pun budak datang beraya dah kurang. Mungkin sebab budak-budak kat kawasan rumah aku dah makin berkurangan. Aku siap beli air kotak untuk diorang. Apa yang boleh aku nampak perbezaan, budak sekarang dah pandai memilih rumah. Diorang nak pergi rumah yang nampak kaya dan mewah. Sanggup memaki hamun kat depan pagar bila salam yang diberi tak disahut. Hahahahaha..padan muka korang. Rumah aku yang terbuka luas ni korang tak nak singgah. Siapa suruh memilih sangat? Itu la, budak-budak tak timba ilmu banyak-banyak dulu. Tau tak kadang-kadang rumah yang kaya dan gah tu lagi kedekut dari orang yang rumah biasa ni? Kalau masa aku kecik-kecik dulu, rumah yang berpagar tu la aku tak nak ketuk, takut dan segan. 

Raya tahun ni aku dihujani soalan cepu emas yang berlambak-lambak, "Bila nak kahwin??" Nenek, emak sedara, sepupu, yang mane dah tau aku ni tak berapa nak single, semua bertanya. Haa..yang paling kelakar, bila dengar soalan tu dari mulut bakal mak mertua sendiri  emak si dia (Terbabas kata di situ. Terperasan sekejap. Hehe). Wuwuwuwu.. segan aku dibuatnye. Nak buat macam mane, duit pun tak da lagi, perancangan pun tak ade, bincang pun tak ade, anak dia pun tak ade cakap ape-ape, macamane nak langsung tu?

Raya tahun ni, aku dikelilingi dengan keluarga yang bertemakan Turquoise. Amboi, turquoise sana sini. Sampai aku pun pelik, turquoise ni warna tema hari raya semalaysia ke? Bila pergi kubur, penuh turquoise. Bila pergi rumah sedara mara, penuh turquoise, bila bukak fb, pun penuh turquoise. Sampai kakak aku dgn bf die pun pakai turquoise.. Alahai..

Raya masih berbaki beberapa minggu lagi. Masih banyak kunjungan ke rumah saudara mara. Hehe. Puasa 6 jangan dilupa. 

Apa-apa pun, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.. :)


Monday, July 29, 2013

Berurusan dgn TM

Berurusan dengan penyedia perkhidmatan komunikasi terbesar kat Malaysia ni memang memerlukan kesabaran yang 10-20-30-40-50-100 kali ganda. Kalau tak sabar, mugkin akan menyebabkan kemalangan jiwa..

13 Julai 2013
Bad mood. Pergi kerja dengan bad mood, balik pun bad mood. Balik je rumah, tengok WIFI Streamyx TM dah tak boleh pakai. Bila periksa line telefon, senyap sunyi, malam yang sepi pun masih ada unggas yang berbunyi. Lepas berbuka, telefon TM Center, kopak kredit celcom aku. 3 kali call, entah mana-mana dia sambungkan aku. Lepas tu, siap terputus lagi. Ceh. Kali ke empat baru talian disambungkan. Macam-macam soalan yang dia tanye, walaupun jawapan kat mulut aku masih sama, " Line telefon rumah saya tak ada, senyap je." Lepas ti operator die sibuk tanye pasal line internet, modem wifi, aku pakai windows ape..Pergghhhh.. Dah la tengah menyirap, lepas tu macam-macam soalan tak relevan pulak die tanye. Memang la itu prosedur die, tapi bila aku dah cakap suma tak boleh, perlu ke lagi tanya?? Kemudianm, operator tiu cakap, technician TM akan datang betulkan dalam masa 24jam. Ok, aku terima yang tu.

14 Julai 2013
Sepanjang hari aku kat rumah. Tunggu technician TM datang. Hampas. Bayang van TM pun tak de. Punya la aku batal semua planning nak berjalan, semata-mata sebab takut org TM nk datang. Masa kat rumah, jgn cerita la. Da macam cacing kepanasan. sebab internet tak de. Terpaksa pakai internet mobile maxis. Kopak kredit aku.

15 Julai 2013
Telefon TM. Bagi nombor rujukan aduan. Respon yang diterima? " Oo, aduan cik ni dah di 'assign', ada dapat apa-apa panggilan atau sms? Jawapan aku mestilah tak ada. Kemudian, kenyataan yang sama juga keluar lagi dari mulut operator TM, "technician TM akan datang betulkan dalam masa 24jam". Ok, aku tunggu lagi.

16 Julai 2013
Masih tiada tindakan dari TM. Aku pun dah malas nak call. Akhirnya, adik aku pergi TM Point. Pun, masih dapat jawapan yang sama dari pekerja TM, " Oo, aduan cik ni dah di 'assign', technician TM akan datang betulkan dalam masa 24jam". sambil itu, mereka bagi alasan sebab technician tak cukup, sebab ada upgrade kabel bawah tanah kat ceruk dunia mata entah. Ok, kami pun tunggu lagi..

17 Julai 2013
Tiada van TM yang singgah kat rumah aku, lalu pun tak ada. Dalam hati, dah menyirap. Line telefon bukan macam line elektrik, bila tak pakai, tak kena charge. Tapi line telefon, walau tak pakai pun, tetap kena bayar. Bukan kami tak bayar, tiap-tiap bulan siap bayar lebih dari bil. Ceh. Aku call lagi, jawapan tetap sama. Haishhh.. Tapi kali ni operator tu cakap, dia da reassign report aku, dan masukkan report aku dlm list 'urgent'. Hmm.. harap-harap la cepat tindakannya.

18 Julai 2013
Aku membuat satu lagi panggilan ke TM. Masa ni, memang kesabaran aku dah senipis bawang. Nasib baik masa tu aku tak bad mood sangat. Jawapan yang diterima tetap sama. Aku siap bg penerangan kenapa internet tu sangat penting. Iye lah, kakak aku buat part time job, memang kena ada internet. Kalu internet tak boleh pakai? Haishh..sampai aku pun jadi mangsa kena merakas cari sumber internet. Tak ke panas gitu?

19 Julai 2013
Akhirnya, emak aku paksa adik lelaki aku untuk pergi ke TM Point sekali lagi. Dah hampir genap seminggu rumah aku terputus hubungan dengan dunia tanpa sempadan. Baru terasa seksa. Hahaha. Mak aku terus jumpa dengan 'Customer Satisfaction Manager'. Apa yang memeranjatkan. menurut kata pengurus itu, sepatutnya tindakan perlu diambil oleh pihak TM adalah pada 15 Julai 2013! Segala panggilan yang aku buat, ada didalam rekod pengurus tersebut. Semuanya telah berwarna merah, kerana melebihi tempoh 24jam. Akhirnya, pengurus tersebut memberikan kad namanya. Dia menyuruh kami menelefonnya dengan kadar segera jika tiada juruteknik TM yang datang ke rumah aku. Akhirnya, tak sampai sejam mak aku meninggalkan TM Point, aku dapat satu panggilan dr juruteknik TM untuk datang ke rumah. Aikkk?? Nak kena sound dengan manager baru nak buat kerja?

Itu la pengalaman aku dengan TM. Sekarang ni, masih ada lagi gangguan internet, bila selalu saja internet terputus. Selalu tak stabil. Buat berasap je. Oleh itu, jika nak berurusan dgn pihak TM, sediakan la kesabaran tu bertingkat-tingkat, sebab kerenah TM pun berlapis-lapis..

Friday, July 26, 2013

Rezeki itu milik Allah..

Pagi semalam aku mendapat dua berita berbeza, berita berkaitan rezeki. Dua-dua berita datang dari orang yang dekat di hati aku. Seorang mengkhabarkan dia mendapat kenaikan gaji, dan lagi seorang mengkhabarkan dia tak mendapat arreas. Dua berita yang saling berlawanan antara satu sama lain. Berita ni menyebabkan aku sedar bahawa, rezeki itu memang milik Allah Taala.

Rezeki sama seperti jodoh dan mati. Sesuatu yang misteri. Dulu, masa aku single, tak tahu apa-apa pasal cinta, tak ada pulak orang yang nak mengorat. Bila aku dah mula kenal cinta, sampai ada 2 keluarga jiran yang datang merisik. Yang nak berkenalan tu jangan la cerita. Macam tu juga rezeki. Bila tak ada rezeki, sampai boleh rasa nak putus asa. Tanpa kita sedar, tetiba je rezeki tu datang mencurah-curah, macam air terjun. Kita takkan tahu apa yang disediakan untuk kita. Sebagai hamba, kita hanya mampu berdoa untuk mendapat yang terbaik. Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita dituntut untuk berusaha jika inginkan sesuatu, termasuklah berusaha berdoa.

Yang penting, usaha, doa dan tawakkal itu jangan dilupakan..

Usaha tanpa doa:
Kosong, tiada berkat

Doa tanpa usaha:
Amboi, nak tunggu rezeki turun dari langit? Nak tunggu bidadari dari syurga?

Usaha dan doa, tanpa tawakkal:
Kita perlu sedar bahawa segalanya berlaku atas kehendak Allah Taala. Jika Dia tidak mengkehendakinya, segalanya pasti tidak akan terjadi.



Sunday, July 21, 2013

Antara Keperluan, kemampuan, dan kehendak- Aku kedekut

Aku mengaku, aku kedekut. Bukan sebab aku nak, tapi keadaan sekeliling yang mengajar aku jadi sebegitu. Aku memang dilahirkan untuk jadi kedekut.. Suku sakat Haji Bakhil? Hohoho. Tak de la sampai tahap tu. Itu dah melampau sangat. Aku kedekut yang bertempat..

Semalam ketika berbual dgn Encik Fairuz, dia bercerita bosnya bertanya tentang beg tangan wanita berjenama. Hahaha. Disini aku mula menunjukkan kelemahan aku. Aku setakat dapat bagi tahu apa jenama yang mahal. Walaupun pada sesetengah orang ia murah, namun tidak pada aku. Bila ditanya tentang harga? Design? Warna? Saiz? Lagi la aku tak dapat nak jawab, sebab masuk kedai pun aku tak nak! Sampai macam tu sekali. Sebab aku rasa aku tak mampu nak beli semua tu. Kalau beg tangan beli kat Pasar Borong Pandan, Uptown Shah Alam, dengan Giant Plentong, pernah la aku beli. Kalau sampai masuk kedai Carlo Rino, Bonia, dan segala jenama tu, memang la tak ade.

Seumur hidup aku, aku tak pernah membelanjakan lebih dari RM100 untuk satu-satu jenis barangan keperluan aku, contoh handbag, baju, kasut, dan sebagainya. Cermin mata tu terkecuali, sebab yang tu keperluan yang penting. Kalau tak, mahunya aku teraba pak cik entah mana-mana masa berjalan. Buat naya je. Hahaha. Bukannya aku tak nak beli, tapi sebab aku tak pandai untuk beli barang-barang begitu, sebab aku dididik untuk tak melihat jenama, tapi untuk melihat harga dan kualiti. Apa salahnya jika kita membeli sesuatu yang kurang berjenama tapi tahan lama dan ada rekabentuk yang cantik dan menarik?

Aku dilahirkan sebagai anak seorang anggota tentera pada tahun 1988 (Dapat la agak berapa umur aku sekarang,kan?) Pada waktu tu, penjawat awam terutamanya tentera tak la bergaji besar, hidup mewah macam sekarang. Waktu tu, keadaan kami ialah kais pagi, makan pagi. Hanya sebulan sekali kami jumpa makanan berasaskan ayam dan daging. Arwah abah memang dah ajar kami dar kecil lagi untuk mensyukuri rezeki, terutamanya makanan. Jika makanan tu tak sedap, pasti kami makan juga, kerana bukan mudah untuk abah berkerja dan mendapatkan sesuap nasi untuk kami. Tak kira apa rasa makanan tu, kami akan abaikan, asalkan ia masih lagi boleh dimakan.Untuk pakaian, kami pakai apa yang termampu. Jarang kami beli pakaian baru, selalunya hanya ketika hari raya. Yang lain selalunya kami terima ehsan dari sedara-mara.

Ketika aku diasrama pula, ketika itu arwah abah dah pencen, dan mendapat kerja lain. Ketika itu, duit belanja aku sebulan adalah RM50, selalunya termasuk duit tiket bas Muar-JB. Di sini aku dah mula dapat membezakan antara kemampuan, keperluan dan kehendak. Bila hendak membeli walau sebatang pen atau pun sebungkus biskut, kepala aku sudah mula berkira, adakah cukup duit aku ni untuk tambang balik, dan juga duit untuk telefon rumah? Sebab itu sahaja duit yang aku ada. Memang kadang-kala aku agak cemburu bila tengok kawan-kawan membeli belah pelbagai barangan ketika 'outing', sedangkan aku hanya mampu makan aiskrim McDonald sahaja, tapi itu sahaja yang aku mampu. Nak buat macam mana kan?

Lama kelamaan, ia dah menjadi tabiat bagi aku. Setiap kali aku melihat sesuatu barangan yang bukan termasuk dalam senarai keperluan penting bagi aku, automatik kepala aku akan mula buat kira-kira. Cukupkah gaji aku? Berbaloikah untuk beli? Kalau aku tak beli barang ni, apa yang aku boleh buat dengan duit ni? Jika aku tak beli, pun tak apa kan? Memang dah tak dapat dielakkan. Semua itu akan bermain di benak aku ketika aku pegang barang tu. Lebih-lebih lagi jika barang tu barang berjenama, nak pegang pun aku takut! Hahaha. Sebab aku tahu, harganya pasti diluar jangkauan kemampuan aku. Walaupun aku dah bekerja kini, tapi pada aku gaji aku masih lagi bukan untuk dibuat joli, masih ada keutamaan lain yang perlu aku dahulukan. Makanya, membeli barangan berjenama mahal itu tidak langsung termasuk dalam keperluan. kemampuan dan kehendak aku.

Sekarang, aku lihat ramai sahaja kawan-kawan aku yang berbelanja mengikut kehendak hingga mejangkaui batasan kemampuan. Akhirnya, asyik merungut duit tak ada, sedangkan beli baju ke 3 berharga RM120 pada bulan tu mampu pula? Ada pula yang sesetengah mereka yang membeli barangan diluar kemampuan, disebabkan ingin setaraf dengan rakan-rakan mereka. Sejujurnya, aku ada ramai kawan yang bergaji jauh lebih besar berganda dari aku, makanya barangan yang mereka beli tentulah hanya didapati di butik dan kedai berjenama. Pada aku, itu kemampuan mereka, memang haruslah mereka membelanjakan wang mereka sendiri. Tapi bagi yang tidak mampu? Berbelanja hingga duit makan sendiri pun sibuk pinjam dengan orang lain. 

Hmm.. Akhirnya semua akan berbalik pada diri sendiri. Kita yang menentukan apa yang kita mahu, apa yang kita mampu. Asalkan apa yang kita lakukan itu hingga tak menyusahkan orang lain.PIlihan terletak di tangan kita sendiri..

Saturday, July 20, 2013

Bunga dan hati




 Terbelek-belek gambar dalam handphone.....



Hadiah ni yang buat aku tersenyum setiap kali aku melihatnya...

Pasti akan buat aku teringat orang yang memberinya..

Kalau tengah marah pun boleh jadi sejuk hati..