Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Tuesday, April 19, 2016

Duit Terselit

Golongan wanita memang popular dgn duit terselit. Apa tu duit terselit? Duit emergency. Maksudnya, duit yg akan digunakan kalau ada apa-apa kecemasan atau keperluan yg tak nampak. Duit terselit ni boleh dijumpai terselit disalah satu kocek purse yg berbelas tu. Hahahaha. (Purse besar dan kocek byk tu ade sebab tau)

Biasa tak denga org ckp, perempuan kalau dia cakap dia tak ada duit (tak letak berapa nilai), bermakna sekurangnya dia ada RM50 lg sbg backup. Tapi kalau dia letak nilai (Cth: duit tinggal RM10), memang tu je la tinggalnya. Hahaha. Duit emergency ni biasanya guna kalau ada perkara yg memerlukan duit secara tiba-tiba, yg memang kita takkan agak nk kena pakai duit. Huhu.

Lagi satu, ada org marah bila kita selalu cakap 'tak ada duit'. Bukan mendoakan, tp sebenarnya istilah 'tak ada duit' tu adalah kerana duit yg ada tu memang dah ada keperluannya. Kalau ada duit extra, memang akan ckp, ada duit. Tapi, terms tu sepatutnya diubah kepada ' Ada duit, tapi nk guna'. Tapi, terms tu mcm bagi harapan palsu la pulak, kan? Huhu.

Duit extra= Duit gaji -  duit belanja - duit keperluan - duit emergency
Perempuan ni kadang-kadang rumit. Memang perempuan suka berbelanja, tp dari segi pengurusan kewangan,kadang-kadang perempuan lg hebat dr lelaki ( tak semua perempuan hebat, tp kebanyakannya). Maknanya, duit simpan tu insyaallah ada la. Hehe. 

Jadi, terpulanglah pd kita sendiri mcmana nk uruskan kewangan tu. Nak ada duit terselit ke, duit tersepit ke, duit tersorok ke, duit tabung itik ke, asal ada duit emergency. Yg penting, segala rezeki tu perlu la diusaha dan di pohon pd yg Esa. Hehe.




Sunday, July 21, 2013

Antara Keperluan, kemampuan, dan kehendak- Aku kedekut

Aku mengaku, aku kedekut. Bukan sebab aku nak, tapi keadaan sekeliling yang mengajar aku jadi sebegitu. Aku memang dilahirkan untuk jadi kedekut.. Suku sakat Haji Bakhil? Hohoho. Tak de la sampai tahap tu. Itu dah melampau sangat. Aku kedekut yang bertempat..

Semalam ketika berbual dgn Encik Fairuz, dia bercerita bosnya bertanya tentang beg tangan wanita berjenama. Hahaha. Disini aku mula menunjukkan kelemahan aku. Aku setakat dapat bagi tahu apa jenama yang mahal. Walaupun pada sesetengah orang ia murah, namun tidak pada aku. Bila ditanya tentang harga? Design? Warna? Saiz? Lagi la aku tak dapat nak jawab, sebab masuk kedai pun aku tak nak! Sampai macam tu sekali. Sebab aku rasa aku tak mampu nak beli semua tu. Kalau beg tangan beli kat Pasar Borong Pandan, Uptown Shah Alam, dengan Giant Plentong, pernah la aku beli. Kalau sampai masuk kedai Carlo Rino, Bonia, dan segala jenama tu, memang la tak ade.

Seumur hidup aku, aku tak pernah membelanjakan lebih dari RM100 untuk satu-satu jenis barangan keperluan aku, contoh handbag, baju, kasut, dan sebagainya. Cermin mata tu terkecuali, sebab yang tu keperluan yang penting. Kalau tak, mahunya aku teraba pak cik entah mana-mana masa berjalan. Buat naya je. Hahaha. Bukannya aku tak nak beli, tapi sebab aku tak pandai untuk beli barang-barang begitu, sebab aku dididik untuk tak melihat jenama, tapi untuk melihat harga dan kualiti. Apa salahnya jika kita membeli sesuatu yang kurang berjenama tapi tahan lama dan ada rekabentuk yang cantik dan menarik?

Aku dilahirkan sebagai anak seorang anggota tentera pada tahun 1988 (Dapat la agak berapa umur aku sekarang,kan?) Pada waktu tu, penjawat awam terutamanya tentera tak la bergaji besar, hidup mewah macam sekarang. Waktu tu, keadaan kami ialah kais pagi, makan pagi. Hanya sebulan sekali kami jumpa makanan berasaskan ayam dan daging. Arwah abah memang dah ajar kami dar kecil lagi untuk mensyukuri rezeki, terutamanya makanan. Jika makanan tu tak sedap, pasti kami makan juga, kerana bukan mudah untuk abah berkerja dan mendapatkan sesuap nasi untuk kami. Tak kira apa rasa makanan tu, kami akan abaikan, asalkan ia masih lagi boleh dimakan.Untuk pakaian, kami pakai apa yang termampu. Jarang kami beli pakaian baru, selalunya hanya ketika hari raya. Yang lain selalunya kami terima ehsan dari sedara-mara.

Ketika aku diasrama pula, ketika itu arwah abah dah pencen, dan mendapat kerja lain. Ketika itu, duit belanja aku sebulan adalah RM50, selalunya termasuk duit tiket bas Muar-JB. Di sini aku dah mula dapat membezakan antara kemampuan, keperluan dan kehendak. Bila hendak membeli walau sebatang pen atau pun sebungkus biskut, kepala aku sudah mula berkira, adakah cukup duit aku ni untuk tambang balik, dan juga duit untuk telefon rumah? Sebab itu sahaja duit yang aku ada. Memang kadang-kala aku agak cemburu bila tengok kawan-kawan membeli belah pelbagai barangan ketika 'outing', sedangkan aku hanya mampu makan aiskrim McDonald sahaja, tapi itu sahaja yang aku mampu. Nak buat macam mana kan?

Lama kelamaan, ia dah menjadi tabiat bagi aku. Setiap kali aku melihat sesuatu barangan yang bukan termasuk dalam senarai keperluan penting bagi aku, automatik kepala aku akan mula buat kira-kira. Cukupkah gaji aku? Berbaloikah untuk beli? Kalau aku tak beli barang ni, apa yang aku boleh buat dengan duit ni? Jika aku tak beli, pun tak apa kan? Memang dah tak dapat dielakkan. Semua itu akan bermain di benak aku ketika aku pegang barang tu. Lebih-lebih lagi jika barang tu barang berjenama, nak pegang pun aku takut! Hahaha. Sebab aku tahu, harganya pasti diluar jangkauan kemampuan aku. Walaupun aku dah bekerja kini, tapi pada aku gaji aku masih lagi bukan untuk dibuat joli, masih ada keutamaan lain yang perlu aku dahulukan. Makanya, membeli barangan berjenama mahal itu tidak langsung termasuk dalam keperluan. kemampuan dan kehendak aku.

Sekarang, aku lihat ramai sahaja kawan-kawan aku yang berbelanja mengikut kehendak hingga mejangkaui batasan kemampuan. Akhirnya, asyik merungut duit tak ada, sedangkan beli baju ke 3 berharga RM120 pada bulan tu mampu pula? Ada pula yang sesetengah mereka yang membeli barangan diluar kemampuan, disebabkan ingin setaraf dengan rakan-rakan mereka. Sejujurnya, aku ada ramai kawan yang bergaji jauh lebih besar berganda dari aku, makanya barangan yang mereka beli tentulah hanya didapati di butik dan kedai berjenama. Pada aku, itu kemampuan mereka, memang haruslah mereka membelanjakan wang mereka sendiri. Tapi bagi yang tidak mampu? Berbelanja hingga duit makan sendiri pun sibuk pinjam dengan orang lain. 

Hmm.. Akhirnya semua akan berbalik pada diri sendiri. Kita yang menentukan apa yang kita mahu, apa yang kita mampu. Asalkan apa yang kita lakukan itu hingga tak menyusahkan orang lain.PIlihan terletak di tangan kita sendiri..

Saturday, September 8, 2012

Aku KAYA!!!!

Aku dapat email, ada orang nak bagi aku duit selepuk turun dari langit.Hahahaha..
 
Sekarang, semakin ramai manusia yang jadi hamba duit. Iyalah, bila hidup di zaman moden ni, semua perkara guna duit. Bermula dari dilahirkan, sampailah dikebumikan. Bila lahir, ibu bapa fikir untuk cari duit tampung kos hospital, bidan,susu, lampin, baby sitter, mainan, baju dan entah apa-apa lagi. Bila meninggalkan dunia, waris perlu sediakan wang untuk tampung kos pengkebumian, kenduri dan lain-lain lagi. Dengan kos hidup yang semakin meningkat mengalahkan bangunan pencakar langit di bandar-bandar besar, kelihatannya wang menjadi satu keperluan yang sangat wajib. Mana tak nya, nak masuk tandas pun kena bayar RM0.50.

Disebabkan duit, kadang-kadang nilai kemanusiaan makin terhakis. Manusia sibuk mengejar duit. Sana sini duit. Semakin banyak orang yang memperalatkan orang lain untuk mengaut keuntungan, baik dari secara terang-terangan, ataupun secara tersembunyi. Lihat saja berapa ramai orang yang menjadi hamba judi dan nombor ekor? Berapa ramai yang terpedaya dgn skim cepat kaya dan MLM? Ramai. Selalunya mereka yang terlibat ni mengimpikan rezeki yang turun dari langit seerti air hujan. Tapi sebenarnya, tiada jalan mudah untuk dapatkan duit. Segalanya perlukan usaha. Tiada usaha, maka tiada la rezeki.

Selain itu, jika diintai inbox Spam email, pasti akan dapat pelbagai email yang menawarkan imbuhan duit. Mungkin ada jutawan yang nak share harta, jika tak pun ada ahli perniagaan yang kaya raya nak jadikan kita rakan kongsi. Ada juga manusia bertanduk yang sanggup membuat fake internet banking link, semata-mata ingin mendapatkan wang dengan cara mudah. yang menjadi mangsa, mereka-mereka yang tidak mengikuti perkembangan semasa. Mereka tidak tahu cara-cara penipuan yang sering dilakukan oleh manusia bermata duitan ini. Pada mereka, peluang yang datang sudah semestinya tidak boleh dilepaskan. Bagaikan manusia disorongkan bantal, semua kehendak si penipu akan diturutkan,termasuklah memasukkan sejumlah wang dalam jumlah yang tinggi. kasihan mereka ini. Sudah pasti akan merasa kecewa setelah menyedari hakikat sebenar.

Oleh itu, berhati-hatilah. Perlu ingat, jika tiada usaha yang halal, maka duit takkan datang bergolek-golek. Wang perlu diperoleh dengan usaha sendiri. Sesungguhnya, wang dari hasil dari titik peluh sendiri adalah lebih diberkati dan dirahmati.