Aku dapat email, ada orang nak bagi aku duit selepuk turun dari langit.Hahahaha.. |
Sekarang, semakin ramai manusia yang jadi hamba duit. Iyalah, bila hidup di zaman moden ni, semua perkara guna duit. Bermula dari dilahirkan, sampailah dikebumikan. Bila lahir, ibu bapa fikir untuk cari duit tampung kos hospital, bidan,susu, lampin, baby sitter, mainan, baju dan entah apa-apa lagi. Bila meninggalkan dunia, waris perlu sediakan wang untuk tampung kos pengkebumian, kenduri dan lain-lain lagi. Dengan kos hidup yang semakin meningkat mengalahkan bangunan pencakar langit di bandar-bandar besar, kelihatannya wang menjadi satu keperluan yang sangat wajib. Mana tak nya, nak masuk tandas pun kena bayar RM0.50.
Disebabkan duit, kadang-kadang nilai kemanusiaan makin terhakis. Manusia sibuk mengejar duit. Sana sini duit. Semakin banyak orang yang memperalatkan orang lain untuk mengaut keuntungan, baik dari secara terang-terangan, ataupun secara tersembunyi. Lihat saja berapa ramai orang yang menjadi hamba judi dan nombor ekor? Berapa ramai yang terpedaya dgn skim cepat kaya dan MLM? Ramai. Selalunya mereka yang terlibat ni mengimpikan rezeki yang turun dari langit seerti air hujan. Tapi sebenarnya, tiada jalan mudah untuk dapatkan duit. Segalanya perlukan usaha. Tiada usaha, maka tiada la rezeki.
Selain itu, jika diintai inbox Spam email, pasti akan dapat pelbagai email yang menawarkan imbuhan duit. Mungkin ada jutawan yang nak share harta, jika tak pun ada ahli perniagaan yang kaya raya nak jadikan kita rakan kongsi. Ada juga manusia bertanduk yang sanggup membuat fake internet banking link, semata-mata ingin mendapatkan wang dengan cara mudah. yang menjadi mangsa, mereka-mereka yang tidak mengikuti perkembangan semasa. Mereka tidak tahu cara-cara penipuan yang sering dilakukan oleh manusia bermata duitan ini. Pada mereka, peluang yang datang sudah semestinya tidak boleh dilepaskan. Bagaikan manusia disorongkan bantal, semua kehendak si penipu akan diturutkan,termasuklah memasukkan sejumlah wang dalam jumlah yang tinggi. kasihan mereka ini. Sudah pasti akan merasa kecewa setelah menyedari hakikat sebenar.
Oleh itu, berhati-hatilah. Perlu ingat, jika tiada usaha yang halal, maka duit takkan datang bergolek-golek. Wang perlu diperoleh dengan usaha sendiri. Sesungguhnya, wang dari hasil dari titik peluh sendiri adalah lebih diberkati dan dirahmati.

No comments:
Post a Comment