Showing posts with label rezeki. Show all posts
Showing posts with label rezeki. Show all posts

Monday, September 1, 2025

Menumpang rezeki anak

Kita selalu dengar, anak tu rezeki. Tapi aku selalu fikir, aku sebenarnya yang menumpang rezeki anak. Setiap anak tu lahir dengan rezeki, tapi macam mana rezeki tu datang? Ibu ayah naik pangkat, dapat bonus, dipermudah kerja. Aku tak cakap orang yang tak ada anak tu, tak ada rezekinya, bukan sama sekali. Mereka datang rezeki tu dalam bentuk berbeza, sama juga untuk ibu ayah ni. 

Kenapa aku cakap aku tumpang rezeki anak? Sebab apa? Sebab aku bekerja, berusaha tu sebab nak besarkan anak. Aku fikir, aku yang pilih untuk lahirkan anak-anak aku, bukan sebaliknya. Jadi, dah jadi tanggungjawab aku untuk beri yang terbaik untuk anak aku. Kan? Jadi dengan setiap kelahiran anak tu, aku yang pilih, bukan seab terbabas ke, sebab tak sengaja. Aku tak nak anak aku rasa, macam dia tak diundang kat dunia ni. Tidak sama sekali.

Sekarang ni pun, aku berpendirian, duit gaji aku, sebahagian tu memang aku akan belanja solely untuk anak aku, tak termasuk yang aku buat simpanan untuk masa depan anak-anak aku. Belanja untuk kelas, belanja makan, belanja riadah. Alhamdulillah, tak pernah putus rezeki tu, walaupun ada masa aku sesak juga hujung bulan, tapi masih boleh bernafas. 

Aku berdoa, biarlah anak aku dapat yagn terbaik, walaupun aku sendiri tak bernasib baik macam tu masa kecil dulu. Tapi, aku tetap bersyukur arwah abah & emak boleh besarkan aku sampai berjaya, dan aku memang takkan lupakan jasa abah & emak sampai bila-bila. Aku berdoa, agar anak aku jadi anak soleh & solehah, manusia yang berguna dan berjasa kepada masyarakat, agar rezeki yang datang dengan kelahiran anak-anak aku tu, boleh disebarkan kepada orang lain juga. 

Tuesday, August 26, 2014

Pemurah rezeki..

Pemurah rezeki paling mustajab?

Tak perlu jumpa pawang atau bomoh atau sape-sape pun. Kita boleh lakukan sendiri..

Doa kepada kedua ibu  apa dan sedekah jariah..

Insyaallah..

Rezeki Allah Taala dimana-mana..

Thursday, May 22, 2014

Perancangan.

Banyak yang aku rancangkan.

Nak kawin
Nak sambung belajar
Nak berhijrah
Nak tingkatkan ilmu.

Tapi, semuanya tak bergerak lagi. Aku masih mcm ni. Tak ada perubahan. Toleh kiri, toleh kanan, pandang depan, pandang belakang. Aku masih di tempat yang sama, tak melangkah kemana. Orang lain dah merata jauh pergi. Ada yang dah habis belajar peringkat Master, dah nak sambung PhD, ada yang dah menanti anak kedua lahir, ada yang dah bekerja kat tempat baru, ada yang dah selamat berhijrah. Ada kawan aku yang dah capai semua sama macam yang aku rancangkan. Tapi aku?? Masih kat sini. Masih termangu menanti. Masih bertatih lagi. Masih berkira-kira. 

Hmmm.. rezeki masing-masing. Rezeki diorg dgn rezeki aku lain. Doa je la moga dimurahkan dan dilorongkan rezeki. Iye tak? Hehe.

Friday, July 26, 2013

Rezeki itu milik Allah..

Pagi semalam aku mendapat dua berita berbeza, berita berkaitan rezeki. Dua-dua berita datang dari orang yang dekat di hati aku. Seorang mengkhabarkan dia mendapat kenaikan gaji, dan lagi seorang mengkhabarkan dia tak mendapat arreas. Dua berita yang saling berlawanan antara satu sama lain. Berita ni menyebabkan aku sedar bahawa, rezeki itu memang milik Allah Taala.

Rezeki sama seperti jodoh dan mati. Sesuatu yang misteri. Dulu, masa aku single, tak tahu apa-apa pasal cinta, tak ada pulak orang yang nak mengorat. Bila aku dah mula kenal cinta, sampai ada 2 keluarga jiran yang datang merisik. Yang nak berkenalan tu jangan la cerita. Macam tu juga rezeki. Bila tak ada rezeki, sampai boleh rasa nak putus asa. Tanpa kita sedar, tetiba je rezeki tu datang mencurah-curah, macam air terjun. Kita takkan tahu apa yang disediakan untuk kita. Sebagai hamba, kita hanya mampu berdoa untuk mendapat yang terbaik. Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita dituntut untuk berusaha jika inginkan sesuatu, termasuklah berusaha berdoa.

Yang penting, usaha, doa dan tawakkal itu jangan dilupakan..

Usaha tanpa doa:
Kosong, tiada berkat

Doa tanpa usaha:
Amboi, nak tunggu rezeki turun dari langit? Nak tunggu bidadari dari syurga?

Usaha dan doa, tanpa tawakkal:
Kita perlu sedar bahawa segalanya berlaku atas kehendak Allah Taala. Jika Dia tidak mengkehendakinya, segalanya pasti tidak akan terjadi.