Monday, April 23, 2012

Makan-makan~Utk manusia berdarah B..

Semua manusia yang bernyawa, semestinya berdarah, kecuali Dracula. Ada 4 jenis darah yang ada kat dunia ni, dan aku malas nak tulis, pasal rasanya budak yang tak amik biologi pun da tau.(Pasal aku tak amik bio, dan aku tau.) Sejak akhir-akhir ni, FB dipenuhi dengan post mengenai jenis darah. Secara semulajadinya, aku pun termasuk dlm golongan manusia yang begitu curious tentang kaitan jenis darah dan manusia.

Jadi aku pun merakas-rakas (mencari-cari) di internet untuk mencari cerita tentang jenis darah. Aku ada terbaca blog yang mengaitkan jenis darah dengan personaliti, termasuklah blog yang ditulis DonnaDaritan yang menggunakan komik untuk menerangkan jenis personaliti berdasarkan jenis darah, dan ia memang menarik. Ia simple, dan mudah untuk kita bandingkan personaliti bagi setiap kumpulan darah.

Selepas puas membaca sana-sini, aku tebuka laman web Dr Lam~Blood type B Diet. Dr Lam dengan panjang lebarnya menerangkan jenis-jenis makanan yang sesuai dimakan oleh manusia-manusia yang berdarah B, seperti aku. Ia bukanlah perlu diikut 100%, ia hanya sebagai panduan sahaja. Ia merupakan kajian yang dilakukan untuk melihat tindakbalas tubuh manusia terhadap makanan yang diambil. Ia berkait rapat dengan tindak balas kimia antara makanan dan juga jenis darah.

Dr Michael lam dengan panjang lebarnya membuat kajian tentang jenis makanan yang sesuai dimakan oleh mereka yang berdarah B. Menurut beliau, kami (merujuk aku dan mereka-mereka yang berdarah B) sukar untuk terkena penyakit-penyakit kronik dalam kehidupan moden seperti serangan jantung dan kanser. Namun, kami mudah dijangkiti penyakit yang berkaitan dengan sistem imun seperti Sindrom Keletihan yang kronik. Hmm, kiranya sistem imun kami ni lemah la??

Masalah utama yang menggangu kami ialah lectin, dimana ia akan mempengaruhi sistem metabolisma kami.  Makanan seperti jagung, buckwheat (gandum kuda?), kekacang & bijan boleh menyebabkan kami mudah untuk menambah berat badan, kerana kandungan lectin yang berbeza dalam makanan melembapkan sistem metabolisma, dan akhirnya menyebabkan keletihan, kandungan air berlebihan dalam badan dan kekurangan kandungan gula dalam darah.

Menurut Dr Lam lagi, kami perlu mengelak dari memakan ayam.(Hmm..ayam adalah makanan yang paling mudah didapati kat Malaysia ni, dan makanan yang selalu aku makan masa lunch~) dimana didalam ayam terkandung lectin yang mampu menyerang salur darah, dan boleh menyebabkan penyakit strok dan masalah imun (lagi). Tapi, Dr lam menggalakkan kami memakan makanan laut dari laut dalam (Cth:Salmon, Tuna~Mak aii, mahal bebenar ni!), dan elakkan makanan yang bercengkerang.

Ini adalah jadual yang aku ambil dari laman web Dr Lam~

Secara kesimpulannya, kebanyakkan makanan yang tidak digalakkan makan untuk mereka yang berdarah B adalah makanan yang kaya dengan lectin. Oleh itu, terpulang kepada kita untuk ikut atau tidak cara Dr lam ni. Mungkin ada kebaikannya, tapi jangan la terlalu obses terhadap jadual pemakanan ni, sebab di Malaysia, tak semua makanan yang perlu diambil ni boleh didapati dengan mudah dan murah. Ia bergantunglah kepada keadaan dan kesesuaian. Semoga kita akan lebih sihat, supaya dapat menyelesaikan tugasan seharian~



Friday, April 13, 2012

Sakit kepala- Apa Punca?

Sejak akhir-akhir ni, aku selalu diserang sakit kepala. Kalau sekali sekala, maka boleh laa di maafkan. Tapi kalau sampai hampir setiap hari dan setiap masa, itu dah boleh mengganggu perjalanan hidup aku yang sudah sedia kurang normal ni, justeru mampu menurunkan produktiviti aku yang memang sudah berada di tahap paling minimum ini.

Akhirnya, aku terpaksa juga mengalah dengan kehendak badan, ambil MC kat klinik kerajaan. Terpaksa juga la aku telan ubat yang berwarna-warni akibat tak nak merana sepanjang masa.


Variasi kan warna ubat aku?
Disebabkan aku tak mahu menjadi hamba ubat yang berwarna-warni mengalahkan pelangi, aku pun menggunakan teknologi yang ada untuk mencari punca-punca masalah aku ni.

Makanya, aku ada terbaca artikel mengenai punca-punca sakit kepala.

1. Kekurangan air dalam badan.
Kekurangan kandungan air dalam badan, atau pun dehydration, mampu menyebabkan sakit kepala. badan kita mengandungi 60% air, dimana ia membantu pengaliran darah dalam badan. makanya, kita perlu minum air yang sangat banyak dalam sehari. Kalau pengambilan air kurang, kadar kepekatan darah akan meningkat, kadar aliran darah akan menurun, menyebabkan otak tak dapat terima kandungan oksigen yang sepatutnya.

2. Ubat-ubatan
Pengambilan ubat-ubatan juga mampu menyebabkan sakit kepala. Memang benar ubat-ubatan mampu mengurangkan kesakitan, tetapi menurut kajian, bagi pesakit migrain yang kronik, 25% dari mereka mengalami kesakitan akibat ubat-ubatan ni. Ia adalah kesan sampingan akibat pengambilan ubat tahan sakit yang biasa terdapat di pasaran. Ubatan sebenarnya hanya menghalang rasa sakit dari di kesan oleh sistem saraf, bukannya menghilangkan sakit itu dengan serta merta.

3. Kafien
Pengambilan kafien mampu mengurankan sakit kepala (kepada yang sudah terbiasa la..). Namun, pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala. Selain itu, sakit kepala boleh disebabkan berhenti minum minuman berkafien secara mendadak, menyebabkan badan menjadi 'terkejut', dan ia hanya pulih apabila badan kita sudah terbiasa dengan kekurangan kafien yang diambil.

4. Tekanan
Tekanan, atau orang biasa panggil tension/stress, adalah penyebab utama sakit kepala (aku adalah salah seorang dari mereka). Tekanan ini boleh berpunca sama ada dari segi emosi, mahupun fizikal. Tekanan fizikal biasanya berasal dari aktiviti harian yang memerlukan tumpuan, seperti bekerja sambil menghadap komputer untuk jangka masa yang lama. Tekanan emosi pula sudah semestinya berpunca dari diri kita sendiri, seperti perkara yang merunsingkan, dan perkara yang sering difikirkan sepanjang masa.

5. Masalah hidung (sinus)
Masalah ini berlaku apabila saluran hidung menjadi terlalu kering, ataupun tersumbat (aku selalu kena waktu pejabat, disebabkan aliran aircond). Apabila saluran penting ini menjadi terlalu kering atau tersumbat, hidung kita akan mengalami kekurangan bendalir, atau pun terlebih bendalir. sekaligus mengganggu sarar-saraf yang terdapat di bahagian hidung. Seperti yang kita tahu, saraf-saraf di bahagian ini amat berkait rapat dengan urat-urat di kepala. Jika saraf-saraf ini terganggu, kita akan mengalami sakit di bahagian tulang pipi,  dahi dan juga tulang hidung (Biasanya, kita akan anggap ia sakit kepala yang biasa). Masalah ini mungkin kurang mendapat perhatian di negara kita ni, tapi ia sebenarnya salah satu punca yang biasa bagi penghidap sakit kepala.

6. Kandungan gula dalam darah tak seimbang.
Kandungan gula dalam darah memang amat penting. Kekurangan kandungan gula boleh menyebabkan badan kita menjadi lemah, kerana kekurangan tenaga yang dibekalkan untuk tubuh. Ia juga boleh menyebabkan otak kita menjadi lemah, dan masalah sakit kepala boleh menjadi petanda bahawa otak kekurangan kandungan gula yang diperlukan. Oleh itu, pengambilan protien mampu membantu mengembalikan jumlah gula yang diperlukan dalam darah.

7. Makanan
Ada juga makanan yang boleh menyebabkan sakit kepala. Ia disebabkan oleh kandungan bahan semulajadi yang boleh menyebabkan sakit kepala. Ia berbeza mengikut tindak balas tubuh individu terhadap bahan tersebut. Maka, tidak semua orang berdepan dengan masalah ini, dan setiap orang mungkin mempunyai masalah dengan makanan yang berbeza.

8. Perubahan ketinggian dan tekanan udara.
Ini memang antara penyebab biasa sakit kepala kepada mereka yang perlu ketempat yang berketinggian yang lebih tinggi, seperti Genting Highland. Jumalh oksigen yang berkurangan, di tambah pula dengan tekanan udara yang berubah dari biasa, menyebabkan sistem badan terganggu, lebih-lebih lagi kepala.


9. Perubahan hormon
Perubahan hormon memang selalu terjadi dalam tubuh manusia tanpa kita sedari. Hormon estrogen dan progesteron adalah antara hormon yang bertindal balas secara kimia dengan penyebab sakit kepala. Bila hormon estrogen meningkat, sakit kepala akan berkurang, dan begitu sebaliknya. Biasanya perkara ni akan terjadi kepada wanita-wanita bila sampai suatu ketika didalam satu bulan.


10. Perokok sekunder
Perokok sekunder adalah orang yang tidak merokok, tetapi terbau asap rokok (betul ke ayat aku ni?). Bagi mereka yang tak biasa, memang laa akan sakit kepala. Tapi bagi aku yang memang dah jadi perokok sekunder sejak dari dilahirkan, memang la tak ada kesan pun.


Oleh itu, bila sudah tahu penyebabnya, maka boleh la cari penyelesaiannya. Kalau boleh elak, cuba elakkan perkara yang boleh menyebabkan sakit kepala. jika tak boleh, cuba la kurangkan. Jika tidak, masalah ini akan berlarutan sampai bila-bila.

Friday, March 9, 2012

Kekal segarkan mata di opis

 
 
Mengantuk di opis bukanlah satu perkara yang baru. Bagi aku, hampir setiap hari aku berdepan dengan masalah 'kronik' ni. Mana tak nya, produktiviti kerja akan menurun, kerja pun boleh terbengkalai. Bila kita sedaya upaya 'menyedarkan' diri, akhirnya mesti kepala akan rasa pening. Walaupun aku tak la sampai tersengguk-sengguk (tahap headbang terus!) dimana aku hanya akan duduk statik tak bergerak selama beberapa minit, namun malu la jugak kalau kawan-kawan opis terperasan.

Mungkin ada yang berkata, minum air yang berkafien dapat membantu kita untuk terus sedar. Tapi, bagi aku, kafien boleh memberi 'reversible effect' dimana dengan hanya meminum 3 teguk nescafe atau apa-apa brand kopi sekalipun, aku akan mula berada di awangan. Jadi, untuk membendung masalah buruk perangai ini di opis, aku dengan bangga dan bahagianya mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini.
1. Urutan
Buat masa ini, urutan merupakan jalan penyelesaian yang sering aku ambil. Urutan dapat membantu melancarkan peredaran darah, lebih-lebih lagi jika kita bekerja berhadapan dengan komputer (dengan erti kata lain, duduk dari pagi sampai petang). Buat urutan ringan di atas kepala, belakang leher, bahu, belakang tangan (antara jari telunjuk dan ibu jari), belakang lutut dan juga di cuping telinga. Urutan ni tak perlu la macam urutan minah Thailand di kedai-kedai urutan tu, cukup lah sekadar dapat kembalikan kesegaran mata. Jika masih tak berkesan, tampar-tampar sahaja pipi sendiri (tahap kekuatan-sesuka hati, jangan samapi cedera, sudahlah~)
2. Cuci muka/leher
Ini adalah cara yang paling banyak aku amalkan semasa zaman sekolah dulu. Air sejuk dapat menyegarkan kembali mata dan urat saraf kita. Tapi, biasanya kesannya sebentar sahaja, sebab bila 'effect' air sejuk telah berkurangan, mata akan kembali memberat, rasanya lebih berat dari sebelumnya, sebab dah rasa selesa.
3. Jangan biarkan perut penuh
Ini biasanya terjadi lepas makan tengahari. Badan akan mula rasa letih, ditambah pula dengan kekurangan oksigen yang disebabkan oleh perut yang penuh sesak. Biasanya,aku menggunakan hipotesis bahawa, semakin penuh perut, semakin kurang oksigen yang disedut, semakin kurang oksigen yang sampai ke otak, semakin menurun kadar kesedaran. Ini lah akibatnya kalau tak makan sarapan pagi. Sarapan sangat penting, selain beri tenaga di pagi hari, ia juga dapat memastikan perut kita 'dialas' dengan secukupnya, untuk memastikan kita tidak 'melahap' mengalahkan mangsa kebuluran yang tak makan seminggu. Jadi, makan lah berpada-pada.

4. Makan
Maksud makan di sini, bukan lah makan makanan yang berat. Cuba makan makanan ringan yang mampu menyegarkan mata, seperti gula-gula, chewing gum, biskut atau pun kismis. Ia tidak la terlalu mengenyangkan, dan ia mudah untuk di simpan di dalam beg, handbag, laci, mahu pun disorok di bawah rak dokumen (yang ada tulis in & out tu~). Biasanya, memakan makanan seperti ini akan membolehkan kita terus segar disebabkan oleh pergerakan otot-otot di muka, seterusnya melancarkan pengaliran darah.

5. Senaman ringan
Bekerja berhadapan dengan komputer bukan satu halangan untuk kita buat senaman ringan. Tak perlu la berlari seperti Usain Bolt di tengah-tengah opis, atau pun membuat push-up di tepi meja, nanti ada pula kena campak dengan pak guard keluar dari opis. Cukup dengan buat senaman ringan, seperti buat regangan otot tangan, kaki, bergerak ke toilet (berjalan juga tu), atau meregangkan otot leher selama 20 saat (bukan minit ye!). Ia adalah untuk melancarkan kembali sistem peredaran darah yang dah terbantut akibat dari kurang bergerak.


6. Dengar muzik
Dengar muzik pun dapat membantu segarkan mata, sebab minda kita akan ter'stimulate' dengan muzik. Muzik membolehkan minda kita berkembang akibat dari gelombang yang disebarkan, sekaligus mengaktifkan otak kita yang dah mula nak membeku. Genre lagu adalah bergantung kepada kehendak sendiri, tapi janganlah sampai dengar lagu yang ala-ala lullaby, tu bukan nak segarkan mata, tapi bagi lagi mengantuk ada la. Tak salah juga kalau nak dengar lagu Mozart-Figaro atau pun Schubert-Piano Sonata No 16 (sebab aku dengar lagu ni kat opis), tapi kalu lagu Beethoven-Moonlight Sonata, memang laa tak sesuai, sebab macam suruh pergi tidur je. Kalau rase nak bergerak-gerak sikit ikut muzik, apa salahnya, tapi jangan lah menari macam artis-artis korea kat atas pentas, conform kawan-kawan korang ingat korang ada masalah mental atau pun hyperactive. Muzik yang didengar tu janganlah dibuka kuat-kuat, tapi cukup lah sekadar terdengar di telinga, sebab jika lagu di buka dengan perlahan, tumpuan kita akan lebih pada lagu, sebab nak dengar muzik dan lirik, seterusnya membolehkan minda kita bekerja.
 
 
7. Mentaliti
Mentaliti, ataupun mental state adalah penting. Kita kena pastikan fikiran kita sentiasa fokus, dan jangan biarkan sekali-kali fikiran kita kosong (bila fikiran kosong, akal kurang berfungsi, senang la nak termengantuk). Jika fikiran dah mula nak sunyi tu, fikir-fikirkna la perkara yang menarik, yang kelakar, yang sedih, perkara yang boelh buat kita marah pun boleh juga. Ia sekurang-kurangnya membolehkan otak kita bekerja.



8. Zikir/baca ayat Alquran
Ni untuk mereka yang beragama Islam. Bukan setakat zikir masa solat je, masa tengah buat kerja kat opis pun boleh juga. Selain dari menyegarkan mata, dapat la juga kita tambah pahala amalan. Yelah, kita ni manusia biasa, selalu buat dosa, tapi pahala malas nak cari. Zikir dan bacaan ayat-ayat Alquran tu tak perlulah panjang-panjang, sebab kadang-kadang, ada je spesies manusia ni bila kena zikir yang panjang-panjang, ada je makhluk bertanduk yang hasut kat tepi telinga 'Jangan Baca, aku panas!'. Setakat zikir yang ringkas pun dah memadai, tasbih, tahmid dan takbir. Jangan dilupa selawat ke atas Rasulullah SAW. Moga-moga dapat keberkatan dalam pekerjaan hari tu.



9. Tidur sebentar
Orang kampung aku kat Alaska panggil nap, iaitu tidur sekejap di siang hari. Tak perlu la nak tidur sampai 2-3 jam, tapi cukup sekadar 5-15 minit. Biasanya tidur sekejap ni lagi berkesan, sebab ia dapat mengembalikan tenaga secara segera. Mak aku selalu cakap, kalau mengantuk, tidur je ubatnya. Kalau di opis tu, jangan la buruk sangat perangai, pergi tidur kat bawah meja. Sekurang-kurangnya, pergi la surau (kalau ada surau) untuk lelapkan mata (jangan pula masa office hour, tido la masa lunch~).

Setakat ini, ni saja yang dapat aku list kan. Mungkin orang lain, lain cara untuk segarkan mata di opis.Yang paling penting, pastikan korang dapat REHAT yang secukupnya di malam hari, bukan tidur ya. Sebab, ada di kalangan kita walaupun dah tidur sampai lebih dari 10 jam pun masih lagi mengantuk (sebab tidur yang kurang berkualiti) dan ada juga yang setakat tidur 5 jam, dia boleh kelihatan segar sepanjang hari. Jadi, dapatkan rehat yang secukupnya supaya kelihatan bertenaga dan segar di opis..

Saturday, February 25, 2012

Lelaki dan Wanita itu Berbeza




Lelaki dan wanita berbeza.

Allah jadikan Hawa dari tulang rusuk Adam, namun perbezaan tetap ketara walau dari asal yang sama.
Lelaki dan wanita terlalu berbeza, baik dari segi fizikal, mental, emosi, citarasa, cara pemikiran, dan segalanya.

Namun, lelaki dan wanita tetap bagaikan magnet, berbeza kutub namun saling menarik. Sejauh mana pun di pisahkan, jika kuasa magnet tersebut kuat, pasti akan bersatu. Tidak kira jika seorang berada di Alaska, dan seorang lagi berada di Australia, jika telah ditakdirkan 'kuasa magnet' itu kuat, pasti akan berjumpa.

Itu yang dinamakan jodoh.



Mengapa lelaki dan wanita berbeza?

Kerana setiap dari mereka mempunyai kelemahan dan kekuatan. Kelemahan dari lelaki merupakan kekuatan bagi wanita, dan begitu sebaliknya. Perbezaan antara mereka bukan untuk dijadikan perbandingan, tetapi sebagai dijadikan pelengkap kehidupan. Yang lebih perlu menutupi kekurangan, dan yang kurang kadangkala perlu mengimbangi kelebihan.

Setiap manusia ada persamaan, dan di sulami dengan keserasian. Pasangan yang bahagia tidak semestinya perlukan banyak persamaan, tetapi perlukan keserasian. Keserasian membolehkan lelaki dan wanita memahami perbezaan masing-masing yang tak dapat  dipenuhi oleh persamaan. Keserasian membolehkan bahasa yang hanya mereka berdua memahaminya di ungkap tanpa kata-kata, dimana hati mempunyai getaran yang sama dan serupa. Dari keserasian hadirnya kepercayaan, dari kepercayaan datangnya keyakinan.

Lelaki dan Wanita berbeza

Lelaki dan wanita harus memahami perbezaan masing-masing. Saling bantu-membantu dalam mencari keseimbangan dalam kehidupan. Kuatnya lelaki bukan untuk melakukan kerosakan, dan lemahnya wanita bukan untuk ditindas. Kuatnya lelaki untuk melindungi, lemahnya wanita untuk menyayangi.

Berbezanya lelaki dan wanita menjadikan kita manusia yang istimewa. Bisa mempelajari sesuatu yang lain dari diri sendiri. Membolehkan kita menyedari, tiada yang sempurna di dunia ini, selain Allah yang Maha Esa. Ia juga membolehkan kita mempelajari untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Berbezanya lelaki dan wanita menyedarkan manusia, kita saling bergantung antara satu sama lain, kerana kita tidak boleh untuk hidup berseorangan di dunia.

Oleh itu, janganlah selalu mempesoalkan mengapa lelaki dan wanita itu berbeza. Allah S.W.T lebih mengetahui hikmah di sebalik ciptaan-Nya. Kita sebagai manusia perlulah sentiasa berdoa kita sentiasa berada di landasan yang sebenar, dan dipertemukan dengan pasangan yang bersama-sama ingin mencari keredhaan-Nya.

Monday, February 20, 2012

Kiri atau kanan?


Pilihan~

Sepanjang hidup kita memang tidak akan terlepas dari membuat pilihan. Ini antara pilihan yang selalu kita kene buat:

Masa kanak-kanak yang belum berakal, biasanya kita diberi peluang untuk buat pilihan baju raya macam mana dan warna apa, nak beli jajan apa, nak main permainan apa?

Masa sekolah, kita belajar untuk pilih kawan, terlibat dalam sukan, kelab atau persatuan atau pilih untuk study atau pergi meroyan kat mana-mana

Masa belajar kat Universiti, kita dikehendaki pilih minor/major, section/kelas, buat assignment awal-awal atau last minit dan study awal-awal atau last minit.

Bila dah bekerja, lagi banyak pilihan yang perlu dibuat, sampai ada masanya kita rasa macam nak hidup masa zaman kecik-kecik dulu, bila kita tak payah nak fikir apa-apa major problem. Boleh terus kekal gembira sepanjang hari, walaupun baru lepas kena rotan dengan emak sebab pergi turun dalam parit besar tepi rumah, atau boleh bermain dengan jiran dengan gembiranya walaupun baru bergaduh 2 minit yang lepas.

Tapi, kita kena sedar juga, sampai bila nak lari dari kenyataan?

Tak nak buat keputusan atau mengabaikan masalah yang memerlukan penyelesaian macam lari dari kenyataan, orang yang tak mahu ambil risiko. Macam lah aku, sejak akhir-akhir ni, terlalu banyak keputusan yang perlu diambil, dan semuanya ada kaitan dengan hidup (Ada ke keputusan yang kena ambil tak ada kaitan dengan hidup?).

Mula-mula, aku pun cuba lari dari kenyataan. (Aku memang agak pengecut!) Cara paling mudah aku buat, aku abaikan semua masalah dan pilihan aku. tapi, akhirnya, masalah dan pilihan tu akan datang semula. Walau sejauh mana pun kita lari, lompat atau berguling, masalah pasti akan laju mengejar kita, dengan kelajuan cahaya. Mungkin betul apa yang dikatakan oleh seorang sahabat, "sebab awak banyak sangat fikir what-if~what if this, what if that".

Memang betul.


~Pick a direction~

Aku memang terlalu fikir pasal possibility, kemungkinan. Mungkin aku akan ini, itu dan macam-macam lagi. Biasanya bila kena buat pilihan, kita macam berada di antara 2 persimpangan. Sama ada kiri atau kanan, depan atau belakang, tinggi atau rendah, mudah atau sukar.

Memang dah lumrah manusia, kita tidak lari dari rasa ragu-ragu dan takut. Kita takut untuk menghadapi kemungkinan yang akan datang, sebab kita tidak tahu apa yang tersedia untuk kita di masa hadapan.

Akhirnya, aku sedar, sampai bila begini? Yang pasti aku tak nak menyesal di kemudian hari. Aku tekadkan diri, keputusan perlu juga diambil.

Sebelum buat keputusan,
  • Perlu tenangkan diri
  • Pastikan diri tak dipengaruhi oleh suasana, persekitaran dan juga manusia
  • Fikir dengan sedalam-dalamnya
  • Bandingkan baik dan buruk
  • Tanya pendapat orang yang berpengalaman/ orang tua
  • Tanya pendapat sahabat
  • Tanya diri sendiri
Namun yang penting,
USAHA, DOA, & TAWAKKAL~

Jadikan istikharah & solat hajat sebagai amalan, minta Allah S.W.T beri petunjuk dan hidayah pada kita. Bukan setakat masalah didunia, malah masalah di akhirat nanti. Itu yang paling penting.

Ada juga yang memberi tips untuk mengambil keputusan, seperti yang ditulis oleh Top 5 Reason.

Aku berharap agar lepas ni, aku bukan lagi si pengecut yang berguling-guling lari dari masalah dan pilihan~