Semua manusia yang bernyawa, semestinya berdarah, kecuali Dracula. Ada 4 jenis darah yang ada kat dunia ni, dan aku malas nak tulis, pasal rasanya budak yang tak amik biologi pun da tau.(Pasal aku tak amik bio, dan aku tau.) Sejak akhir-akhir ni, FB dipenuhi dengan post mengenai jenis darah. Secara semulajadinya, aku pun termasuk dlm golongan manusia yang begitu curious tentang kaitan jenis darah dan manusia.
Jadi aku pun merakas-rakas (mencari-cari) di internet untuk mencari cerita tentang jenis darah. Aku ada terbaca blog yang mengaitkan jenis darah dengan personaliti, termasuklah blog yang ditulis DonnaDaritan yang menggunakan komik untuk menerangkan jenis personaliti berdasarkan jenis darah, dan ia memang menarik. Ia simple, dan mudah untuk kita bandingkan personaliti bagi setiap kumpulan darah.
Selepas puas membaca sana-sini, aku tebuka laman web Dr Lam~Blood type B Diet. Dr Lam dengan panjang lebarnya menerangkan jenis-jenis makanan yang sesuai dimakan oleh manusia-manusia yang berdarah B, seperti aku. Ia bukanlah perlu diikut 100%, ia hanya sebagai panduan sahaja. Ia merupakan kajian yang dilakukan untuk melihat tindakbalas tubuh manusia terhadap makanan yang diambil. Ia berkait rapat dengan tindak balas kimia antara makanan dan juga jenis darah.
Dr Michael lam dengan panjang lebarnya membuat kajian tentang jenis makanan yang sesuai dimakan oleh mereka yang berdarah B. Menurut beliau, kami (merujuk aku dan mereka-mereka yang berdarah B) sukar untuk terkena penyakit-penyakit kronik dalam kehidupan moden seperti serangan jantung dan kanser. Namun, kami mudah dijangkiti penyakit yang berkaitan dengan sistem imun seperti Sindrom Keletihan yang kronik. Hmm, kiranya sistem imun kami ni lemah la??
Masalah utama yang menggangu kami ialah lectin, dimana ia akan mempengaruhi sistem metabolisma kami. Makanan seperti jagung, buckwheat (gandum kuda?), kekacang & bijan boleh menyebabkan kami mudah untuk menambah berat badan, kerana kandungan lectin yang berbeza dalam makanan melembapkan sistem metabolisma, dan akhirnya menyebabkan keletihan, kandungan air berlebihan dalam badan dan kekurangan kandungan gula dalam darah.
Menurut Dr Lam lagi, kami perlu mengelak dari memakan ayam.(Hmm..ayam adalah makanan yang paling mudah didapati kat Malaysia ni, dan makanan yang selalu aku makan masa lunch~) dimana didalam ayam terkandung lectin yang mampu menyerang salur darah, dan boleh menyebabkan penyakit strok dan masalah imun (lagi). Tapi, Dr lam menggalakkan kami memakan makanan laut dari laut dalam (Cth:Salmon, Tuna~Mak aii, mahal bebenar ni!), dan elakkan makanan yang bercengkerang.
Ini adalah jadual yang aku ambil dari laman web Dr Lam~

Secara kesimpulannya, kebanyakkan makanan yang tidak digalakkan makan untuk mereka yang berdarah B adalah makanan yang kaya dengan lectin. Oleh itu, terpulang kepada kita untuk ikut atau tidak cara Dr lam ni. Mungkin ada kebaikannya, tapi jangan la terlalu obses terhadap jadual pemakanan ni, sebab di Malaysia, tak semua makanan yang perlu diambil ni boleh didapati dengan mudah dan murah. Ia bergantunglah kepada keadaan dan kesesuaian. Semoga kita akan lebih sihat, supaya dapat menyelesaikan tugasan seharian~
No comments:
Post a Comment