Friday, June 6, 2025

Cinta dan sayang

 Aku selalu rasa, cinta dan sayang tu berbeza. So, aku pun tanya chat gpt:


Beza antara cinta dan sayang boleh dilihat dari sudut perasaan, komitmen, dan kedalaman emosi. Walaupun kedua-duanya berkaitan dengan kasih, namun ia berbeza dari segi intensiti dan tujuan.

💖 Cinta

Cinta biasanya:

  • Lebih mendalam dan intens.
  • Datang dengan komitmen jangka panjang.
  • Disertai dengan keinginan untuk memiliki dan menjaga seseorang secara emosional dan fizikal.
  • Ada unsur pengorbanan, kesetiaan, dan kadangkala cemburu.
  • Selalunya dikaitkan dengan hubungan romantik (seperti pasangan kekasih atau suami isteri).
  • Contoh: “Aku sanggup buat apa saja untuk dia sebab aku benar-benar cinta padanya.”

💛 Sayang

Sayang pula:

  • Lebih ringan dan umum.
  • Boleh dirasai terhadap ramai pihak — keluarga, sahabat, haiwan peliharaan, atau sesiapa yang kita hargai.
  • Tidak semestinya datang dengan keinginan untuk memiliki.
  • Lebih kepada rasa prihatin, kasih, dan empati.
  • Tidak semestinya melibatkan hubungan romantik.
  • Contoh: “Saya sayang ibu saya, dia banyak berkorban untuk saya.”

Analogi mudah:

  • Sayang adalah seperti air sungai — mengalir luas, boleh dirasai oleh ramai.
  • Cinta adalah seperti air laut yang dalam — penuh misteri dan hanya untuk yang benar-benar menyelami

Kalau nak ringkaskan:

Semua cinta ada sayang, tapi tidak semua sayang itu cinta.


Terima kasih lah ChatGpt. Betul la ni. Sayang tak semestinya cinta. Ada je orang yang tak cinta pun pasangan dia, cuma sayang sebagai ibu kepada anak-anak dia je, sayang sebagai isteri, tak sampai tahap cinta. Tapi kenapa? Kalau tak cinta, kenapa kawin? Untuk kes-kes macam ni, biasanya sebab terpaksa, atau pun itu je choice yang dia ada masa tu, atau pun dia keliru dengan diri dia sendiri. Tapi disebabkan level sayang & cinta ni berbeza, makanya wife yg jatuh pada tahap sayang ni, layanan dia sedikit berbeza dari wife yg dicintai lah. Contohnya kalau wife yang disayang tu, husband masih lagi tunaikan apa-apa permintaan, tapi sebab tanggungjawab. Tapi kalau wife yang dicinta tu, permintaan tu ditunaikan sebab benda tu datang dari hati. Bersusah payah untuk tunaikan permintaan, sebab ebmda tu buat dia pun gembira. 


Tapi yang pasti, wife ni dapat rasa. Sebab apa? Gerak hati. 

Thursday, May 29, 2025

Perasaan isteri di hari jadi & anniversary

Isteri ni kan, setahun ke, 5 tahun ke, 10 tahun, 20 tahun kawin pun, tetaplah nak ada rasa sweet-sweet. Contoh? Dapat suprise, dapat bunga, dapat kek, benda-benda sweet yang tak payah dia minta. Isteri ni lagi suka kalau benda tu spontan datang dari suami dia sendiri, tanda ingatan tulus ikhlas katanya. Spontan tu, contoh lalu depan kedai kek, terus beli untuk isteri sebab teringat, bukan sebab isteri request dah 5 kali.

Tapi ada juga isteri yang tak pernah merasa benda-benda ni melainkan dia minta. Pula isteri ni memang jenis tipikal perempuan. Mestilah rasa sedih kan? Bila pula kalau dia pernah tahu suami sendiri dulu punyalah sweet dengan ex girlfriend siap bagi bunga & kek masa hari jadi,  dengan kawan pun dia boleh wish birthday sampai 2 kali siap dengan kek, tapi isteri tak pernah dapat dan tak merasa. Mestilah isteri rasa, dia tak layak ke? Apa beza isteri dengan exgirlfriend dengan kawan kan? Ke sebab rasa dah kawin, jadi tak perlu sweet?

Setiap kali tanya, mesti tak ada jawapan. Isteri akan ambil pendekatan berdiam sambil pendam je la. Jadi isteri ni hanya mampu mengkagumi je la kawan-kawan yang dapat suprise tu sambil dah tak berangan dah bila dia nak dapat. Endingnya, anniversary sendiri ke, birthday sendiri ke, pergilah kedai kek, beli sendiri, atau pergi kedai bunga, beli sendiri. Atau kalau nak hadiah, bukaklah Shopee, masuk dalam cart, bayar dan tunggulah hadiah sendiri tu sampai kat rumah. Gitu lah. Dah tak rasa nak suprise sebab bila lagi mengharap, endingnya akan sedih je.

Tapi isteri ni satu je, dia pun tetaplah wish birthday suami, belikan kan kek untuk suami, belikan hadiah untuk suami, sebab rasa menghargai suami tu. Susah macamana pun, tetaplah sanggup order walau guna Grab sekali pun. Sebab apa? Sebab dia dah rasa macam mana termangu tunggu ucapan atau hadiah dari orang yang paling dia sayang tapi tak dapat, jadi dia tak nak suami dia rasa macam tu. Dia pun nak suami dia gembira, walaupun dia pun tahu tahap dia ada kat mana, tak setanding ex-girlfriend dengan kawan.

Iyelah, tak perlu nak paksa kan. Wish birthday pun isteri kena bagi reminder, apatah lagi benda lain. Apa pun, isteri tetaplah akan jalankan tanggungjawab dia, dan anniversary atau birthday tu akan dia anggap macam hari normal je bagi dia, tak ada istimewa pun. Bila dah makin meningkat umur ni, makinlah hilang expectation tu, tapi itulah terkilan tetap ada kalau dia tahu suami dia beria sambut birthday kawan, kan? Rasa terpinggir tu akan datang semula, lepas tu healinglah sendiri semula. Iyelah, sedih tu biasanya sebab kita letak expectation tinggi, tapi bila benda tu tak ada, mestilah sedih. Bertabah je lah. 


Wednesday, May 28, 2025

Jangan susahkan orang lain, boleh?

Baru-baru ni terbaca kat media sosial, ada 2 kisah. 

Kisah 1: 

Bapa yang dah MIA, hilang entah mana 15-20 tahun, rupanya tak bayar hutang dah lebih 20 tahun. Anak & isteri tak tahu menahu, tapi tiba-tiba pihak pemiutang cari anak isteri yang memang ditinggal terkontang kanting, untuk tuntut hutang. Dah tu, nak taknak anak isteri ni jadi mangsa.

Kisah 2:

Si polan membela makhluk dengan cara mensyirikkan Allah. Ditakdirkan sipolan ni meninggal, makhluk halus tersebut pun merayau-rayau mencari tuan baru, akhirnya seorang manusia tak bersalah ni pun menjadi mangsa hingga akhirnya memudaratkan diri dia. 

Nampak tak apa persamaan dua kisah ni?

Manusia yang menyusahkan orang lain. Dia buat semua benda tu demi kesenangan dia, tapi akibat yang musibat tu ditanggung oleh orang lain. Senang kata, dia dah sedap-sedap, dah senang-senang, orang lain yang susah. Orang selalu cakap, kalau tak boleh permudahkan urusan orang, janganlah menyusahkan orang lain. Tapi apa yang jadi sebaliknya. 

Manusia ni kadang-kadang ada masa bila buat satu benda tu, tak fikir akibat dia. Dia fikir cara nak lepaskan tengkuk sendiri waktu tu. Orang lain? Lantaklah. Masa depan? Lantaklah. Asalkan dia dapat apa yang dia nak. Akhirnya, benda ni sebabkan orang lain yang kena pening kepala fikirkan jalan penyelesaian. Dah kenapa? 

Kita ni sebelum ambil tindakan apa-apa, fikir baik buruknya, sama ada ada tak kesan pada orang lain. Kita ni kenalah sentiasa ambil pendekatan jangan nak susahkan orang lain kalau tak nak urusan kita kat dunia & akhirat tersekat-sekat, tergendala. Hidup ni pun tak lama, kejap je. Entah-entah esok pun kita dah tak ada, jadi janganlah sentiasa nak susahkan orang. Yang penting, sebelum ambil apa-apa tindakan, fikirlah akibatnya, bukan sahaja keatas diri sendiri, malah atas diri orang sekeliling & masyarakat juga. Penting diri sendiri tu takkan ke mana, sebab akan memakan diri kita sendiri juga lah, cuma cepat atau lambat tu je tak tau. 

Saturday, May 24, 2025

Common Sense


Aku tak tahu kenapa semakin hari, semakin kurang common sense sesetengah orang. Bila common sense dah tak jadi common, makanya semakin pupuslah masyarakat yang bertimbang rasa dan tak mementingkan diri sendiri.

 Masalah bila mak ayah pun tak ada common sense, lepas tu tunjuk contoh tak baik pada anak. Kalau anak tu jenis cerdik dan nak berfikir, mestilah dia akan tahu mana baik mana buruk, mana boleh ikut mana tak. Tapi kalau dapat jenis ikut semata? Memanglah takkan ke mana.  

Macam mana nak tahu common sense tu makin pupus? Makin ramai yang buang sampah merata, potong barisan, tak hormat orang lain, tak reti sopan santun, tak reti nak bagi kerusi kat orang yang memerlukan bila kat tempat awam, tak reti nak bg priority bila dalam lift dan banyak lagi lah. Makin lama, makin ramai yang berfikiran 'suka hati akulah'. 

Pada akulah, setinggi mana pun kau belajar dan bekerja, common sense tu kena sentiasa ada. Kita ni hidup bermasyarakat, jadi kenalah ada sifat ni. Kita ni orang melayu, adab budi bahasa tu tinggi. Tapi dek kerana pentingkan diri sendiri, trademark ni pun makin pupus. 

Jadi, sekarang ni, kalau nak jadi mak ayah, kena lah jugak ada ilmu common sense ni, sebab ni yang akan diturunkan ke anak. Bila diterapkan dalam kehidupan seharian, akan jadi kebiasaan, dan takkan ada masalah kemudian bila berdepan dengan masyarakat. 

Tuesday, February 27, 2024

Fair Privilege

Fair privilege ni apa?

Kat Malaysia ni, kalau nak cantik, mesti kena putih. Sebab apa? Sebab fair privilege ni la. Orang akan kaitkan putih tu, cantik. Walaupun raut muka biasa-biasa, tapi sebab putih, akan automatik cantik, orang akan lebih pandang. Kalau orang yang berkulit gelap ni, cantik macamana pun, raut cantik macam model pun, kulit licin macam mana pun, tetap akan ada yang cakap " Kalau putih, mesti lagi cantik" Kalau tengok model-model iklan, tak kiralah iklan tudung ke, iklan makanan ke, iklan lipstick ke, semua ambil model yang cerah. Ada ke ambil yang gelap? Ada, tapi boleh dikira dengan jari. PErnah juga baru-baru ni aku pergi beli nasi campur tepi jalan, bila nak bayar, abang kedai tu sibuklah layan yang cantik putih je. Yang aku ni, buat-buat tak nampak sampai 4-5 orang yang kemudian lepas aku, dah bayar dulu. Eh, boleh ek? Aku terus cakap depan-depan abang kedai tu, eh, takkan layan yang lawa je? Hangin aku dibuatnya.

Sebab tu lah kat Malaysia ni, berlambak produk kecantikan yang nak bagi orang putih. Drip vitamin C la, collagen shake la, kosmetik timbang kilo penuh dengan merkuri la, kemain laris kat pasaran. Yang beli ni adalah orang yang terpengaruh dengan fair privilege ni. 

Sejujurnya aku dulu, waktu zaman remaja, pun agak terpengaruh dengan fair privilege ni. Aku dilahirkan dengan kulit yang agak gelap, dan dalam adik beradik, aku yang paling gelap. Pulak mula dari darjah 3 sampai la zaman uni, aku sibuk masuk sukan sana sini, wakil sana sini, dan semestinya menyebabkan kegelapan kulit aku makin bertambah gelap. Dan ada kawan aku yang tegur, kalau aku putih, aku lagi cantik. Ehhhh, aku dah berjemur hari-hari, celah mananya aku nak putih, iye tak?

Mula-mula aku ada la macam sedih. Nak jugak la putih, beli produk Fair & Lovely semata-mata nak putih. Sanggup la kumpul duit belanja sekolah, nak putih punya pasal. Tapi aku ada sejenis penyakit kurang sabar. Sebab iklan cakap, nampak satu tona lebih cerah dalam masa 4 minggu. Tapi lepas 4 minggu, aku masih lagi gelap gelita. So lepas sebulan kulit masih hitam, endingnya aku give up, redha dengan kulit sendiri. Hahaha. 

Bila dah meningkat umur ni, baru aku tahu, kena pakai sunblock kalau taknak kulit gelap. Haaa. Patutlah 4 minggu pakai Fair & Lovely pun aku tak cerah, sebab dok berjemur bawah panas tiap-tiap hari. Sekarang pun aku sibuk berlari sana sini, kulit gelap tu sudah semestinya lah. Tapi ada aku kisah? Anak pun dah 3, umur pun nak jejak 40 tahun, putih ni bukan dalam kamus hidup aku dah.Yang penting, aku nak sihat. 

Anak dara aku pun kulitnya agak gelap juga. Apa aku buat? Tiap-tiap hari aku puji dia cantik. Biar  dia rasa dia cantik tanpa nak putih pun. Memang dia cantik kat mata aku. Bila dah ada anak, aku kena ajar anak aku, putih tak semestinya cantik, yang penting perangai, adab & budi bahasa. Kalau putih tapi peranga Syaiton, pun tetap la tak cantik gak ye. Aku ajar anak aku, tengok orang jangan berdasarkan warna kulit. Aku nak break the cycle. Cukuplah aku je rasa low self esteem sebab aku gelap. Orang tegur anak aku kenapa hitam, anak dia cerah? Aku memang cakap depan-depan lah, aku dah gelap, celah mana anak aku nak cerah? Jangan la nak compare dengan anak dia, kan?

Akhirnya, kita sendiri yang bertanggungjawab ubah persepsi tu. Kalau tak dimulakan sekarang, bila lagi? Cukuplah nak kayakan founder-founder produk yang entah apa-apa. Diorang kaya, yang orang membeli ni makin berpenyakit disebabkan produk yang dibeli tu. Buat naya je.