Wednesday, May 28, 2025

Jangan susahkan orang lain, boleh?

Baru-baru ni terbaca kat media sosial, ada 2 kisah. 

Kisah 1: 

Bapa yang dah MIA, hilang entah mana 15-20 tahun, rupanya tak bayar hutang dah lebih 20 tahun. Anak & isteri tak tahu menahu, tapi tiba-tiba pihak pemiutang cari anak isteri yang memang ditinggal terkontang kanting, untuk tuntut hutang. Dah tu, nak taknak anak isteri ni jadi mangsa.

Kisah 2:

Si polan membela makhluk dengan cara mensyirikkan Allah. Ditakdirkan sipolan ni meninggal, makhluk halus tersebut pun merayau-rayau mencari tuan baru, akhirnya seorang manusia tak bersalah ni pun menjadi mangsa hingga akhirnya memudaratkan diri dia. 

Nampak tak apa persamaan dua kisah ni?

Manusia yang menyusahkan orang lain. Dia buat semua benda tu demi kesenangan dia, tapi akibat yang musibat tu ditanggung oleh orang lain. Senang kata, dia dah sedap-sedap, dah senang-senang, orang lain yang susah. Orang selalu cakap, kalau tak boleh permudahkan urusan orang, janganlah menyusahkan orang lain. Tapi apa yang jadi sebaliknya. 

Manusia ni kadang-kadang ada masa bila buat satu benda tu, tak fikir akibat dia. Dia fikir cara nak lepaskan tengkuk sendiri waktu tu. Orang lain? Lantaklah. Masa depan? Lantaklah. Asalkan dia dapat apa yang dia nak. Akhirnya, benda ni sebabkan orang lain yang kena pening kepala fikirkan jalan penyelesaian. Dah kenapa? 

Kita ni sebelum ambil tindakan apa-apa, fikir baik buruknya, sama ada ada tak kesan pada orang lain. Kita ni kenalah sentiasa ambil pendekatan jangan nak susahkan orang lain kalau tak nak urusan kita kat dunia & akhirat tersekat-sekat, tergendala. Hidup ni pun tak lama, kejap je. Entah-entah esok pun kita dah tak ada, jadi janganlah sentiasa nak susahkan orang. Yang penting, sebelum ambil apa-apa tindakan, fikirlah akibatnya, bukan sahaja keatas diri sendiri, malah atas diri orang sekeliling & masyarakat juga. Penting diri sendiri tu takkan ke mana, sebab akan memakan diri kita sendiri juga lah, cuma cepat atau lambat tu je tak tau. 

No comments:

Post a Comment