Sunday, January 5, 2014

Terbang Melayang ke sana

Ini hasil dr pertanyaan kepada Atuk Google..
Rasanya seperti mahu terbang melayang ke sana....

Kalau ada sayap, sudah pasti aku telah terbang ke sana..

Jika ada pintu Doraemon, sudah pasti akan ku tuju ke sana..

Huaaaa.. nak satu~


Arghhhh...

* Ni la padahnya bila dapat jumpa tiap-tiap minggu. Bila dah kembali kepada rutin asal, mula la rasa tak senang duduk. Huhuhuuuu.. T_______T *

Eymo

Pernah tak korang tiba-tiba emo tak tentu pasal?
Korang luahkan semua yang terbuku dekat hati berdesup-desup, macam peluru berpandu.
Lepas tu rasa menyesal sebab emo?

Aku selalu...huhuhuuuuuu..

Apa nak buat, emosi kadang-kadang sukar nk dikawal.

Bila dah dapat luahkan emosi tu, macam lega sikit. Sikit je la, tak banyak. Selagi penyebab emosi tu tak selesai, selagi tu memang takkan hilang emosi tu. Hohoho. Bunyinya macam rumit je.

Memang rumit pun!

Harap-harap boleh la selesai segera..

Saturday, January 4, 2014

Serabut

Huarghhhh..

Mode serabut dan jiwa kacau telah kembali...

Apsal boleh jadi macam ni? 
Tak tahu la. Tetibe je nak kacau..

Tak payah la nk tipu. Sendiri cari pasal pergi korek sana sini kan? Pergi bukak sana, pergi klik sini, kan? 
Ye, sebab kadang-kadang perasaan ingin tahu tu tebal sangat-sangat. Tanpa disedari, semua benda yang diketahui bermain-main kat fikiran. Lepas tu, mula la fikir macam-macam sampai sakit dada. Macam-macam anggapan bermain kat fikiran. 

Naluri tu, boleh dipercayai ke?
Entah la. Orang selalu cakap naluri perempuan ni kuat. Setakat ni, telahan aku semuanya betul. Lagipun tak pernah pulak dia nak nafikan apa-apa.

Sekarang ni, macamana?
Entahla. Tak tahu nak cakap apa. Duduk diam-diam, buat kerja. Itu je la. 

Sakit hati boleh hilang ke?
Boleh, doa banyak-banyak supaya hati jadi keras. Orang dah tak boleh cucuk-cucuk lagi. Kalau kena hempas, baru laa pecah berderai.

Sakit

Entahlah..

Hati rasa sakit setiap kali ternampak nama 'dia'
Terasa air mata nak mengalir sebagaimana setiap kali aku lihat nama 'dia'
Sakit yang teramat.
Tak tahu la nak gambarkan macamana.
Terasa macam diri dipermainkan.
Terasa diri ni bagai simpanan.
Terasa diri ni macam hanya gantian.
Mungkin status 'dia' di hati dia masih lagi sama?


Tak tahu
Kerana dia tak pernah mengaku dah melupakan 'dia'.
Dalam diam mungkin dia masih mengharap 'dia'
Dan aku?
Di sini masih mengharap dia betul-betul mengharapkan diri ini.

Sampai bila?

Aku tak tahu..

Apa yang aku perlu buat?

Berdoa, supaya hatinya dekat di hatiku, hatiku dekat dihatinya.

Jika tiada jodoh?

Aku hanya mampu berserah.

Jika jodoh dia dengan 'dia'?

Mungkin aku akan padam kedua-duanya dari kotak ingatan. Mungkin aku akan pergi jauh. Aku tak sekuat yang disangka.

Aku selalu mendengar,
Cari mereka yang betul sayang dan cintai kita, kerana ia akan berkekalan, jangan disebaliknya..
Aku juga mengharap perkara yang sama..

Friday, January 3, 2014

Baju lain tak ada ke?

Pernah tak korang ditegur dengan ayat ni?

 'Baju lain tak ada ke?'

Aku selalu gak ditegur. 

" Perlu ke pakai tali pinggang kat atas baju tu? Kenapa, nak tunjuk punggung?"

Tertepek kat muka aku. Soalan yang aku tak boleh nk bg jawapan, hanya sengih kerang memanjang.

Dia cuba menegur cara pemakaian aku, supaya lebih longgar dan tak ikut badan. Jika dia diberi pilihan, dia lebih gemar aku pakai jubah dan baju kurung, tak lupa dengan tudung labuh. Aku dah mula berusaha untuk pakai pakaian yang lebih longgar, cuma tudung sahaja aku masih lagi kekal dengan tudung bawal. Bukan tak mahu pakai yang labuh, cuma belum sampai masa. Huhu. Dia bukan nak mengongkong, cuma dia nak aku berubah kearah yang lebih baik. Aku tak rasa rimas, malah aku rasa lebih dihargai dan lebih selamat.

Terima kasih awak, sebab cuba jadikan saya orang yang lebih baik.

* Insyaallah, lepas ni aku cuba berubah sedikit demi sedikit*