Saturday, July 6, 2013

Perkahwinan dari kaca mata lelaki

Kata-kata yang diambil dari senior Samura batch 21, Noreffendi Eskan


Ramai si teruna dok kata skrang nak kawen susah hantaran mahal, modal majlis mahal, mas kahwin mahal, pelamin mahal, baju pengantin mahal etc etc bla bla bla pot pet pot pet...tahukah anda, saat anda melihat isteri anda ketawa, saat balik kerja makanan dah terhidang, saat bangun pagi sarapan dah terhidang, baju dah siap iron, kasut siap berkiwi, rumah bau wangi kemas serbe serbi, barulah anda akan rasa betapa besarnya pengorbanan seorang isteri. kita ni laki memang la kudrat lebih lagi, tapi bila jejak kaki dalam rumah ada bini, hilang upaya terus serba serbi! semuanya diurus bini ;)

**** bukan duit tu yg patut dirisaukan. ready tak ready tu lebih di utamakan. hantaran mas kahwin etc etc tu anggaplah hadiah istimewa buat isteri. buat dia simpan kenangan tu sampai hujung nyawanya nanti. depa ada sekali, kita 4 kali. maka hormatilah bini ;)


*Hahaha..ayat yang plg last aku gelak-gelak baca~ Amboi, da ada niat ke?Kekeke..
Aku sokong kata-kata dia. Contoh yang aku lihat, Arwah abah aku. memang arwah abah pandai berdikari, buat kerja seba serbi, tapi bila balik rumah, stokin pun tak boleh cari, lapar pun mintak mak hidang nasi, sabun mandi habis pun tak tahu mana nak cari. Kekeke...

Thursday, July 4, 2013

Baby

Sana gambar baby, sini gambar baby..
Orang ni post gambar baby die baru lahir,
Orang ni post gambar anak dia baru lepas hari pantang,
Orang ni post gambar anak dia baru lepas cukur jambul,
Orang ni post gambar anak dia baru pandai meniarap,
Orang ni post gamba anak dia baru pandai merangkak,
Orang ni post gamba anak dia baru pandai berjalan,
Orang ni post gamba isteri dia sarat mengandung anak no 2..

Bestnye tengok kawan-kawan yang dah ada anak.
Tipu la kalu cakap aku tak jeles dengan diorang..
Terasa tau..
hahahaha..
Tapi nk buat macamana, jodoh belum sampai..
Jodoh orang lain cepat..
Itu yang Allah Taala dah tetapkan.
 
Bagi aku pula,
Masih dalam proses kearah itu.
Masih dalam proses nak matangkan diri,
Masih dalam proses untuk belajar memahami,
Masih dalam proses membaiki kekurangan diri,
Masih dalam proses cuba untuk pikul tanggungjawab,
Masih dalam proses belajar untuk tolak ansur,
Masih dalam proses terima kekurangan si dia,
Masih dalam proses menerima kisah silam si dia,
Masih dalam proses menjadi si permaisuri yang menjadi nadi, penyokong yang sejati.

Semoga semuanya dipermudahkan.
Amiiin..
Insyaallah..

Kawan-kawan, 
doakan aku juga seperti kamu,
Dapat memeluk anak sendiri suatu hari nanti...

*Aku bukan gatal, tapi dah lumrah manusia bila tengok kawan-kawan semua bahagia dengan keluarga..*

Wednesday, July 3, 2013

Tahniah, Cikgu Khalidah


Aku ada kawan..

Kawan dari sekolah menengah, tahun 2004, Sekolah Menengah Sains Muar.

Dia orang pertama yang tegur aku, dan dia orang pertama yang jadi kawan aku..

Kami buat macam-macam benda gila..

'Fly' kelas prep malam, naik atas 'Stabak Samura', macam-macam laa..

Makan cendol mamak kat Bandar Muar yg sgttttt sedap..

Heeee..

Sekarang,

Dia da jadi cikgu..

Cikgu English pulak tu..

Huuuu..

Tahniah Khalidah Aziz...

Aku mampu menitiskan air mata kegembiraan..

huuuu~

Gambar tahun 2005...Awet muda kan kami?Miahahahaha..

Tuesday, July 2, 2013

Siri Jelajah Legoland

Perghhhh..

Walaupun aku orang Johor, dan walaupun aku ada pass tahunan Legoland (expired bulan November 2013), tapi baru 2 kali aku g Legoland..Hahaha..kad dah nak expired, baru aku nak pergi? Kali pertama aku pergi adalah November 2012, masa nak hidupkan pass tahunan tu. Kali kedua aku pergi adalah hujung minggu lepas. Jauhnya jarak? Sebab aku terlupa nak pergi, sebab aku tak berkesempatan nak pergi, dan sebab aku tak ada kawan nak pergi. Encik Fairuz nun jauh di KL, nak kena dia datang JB, baru la aku ada teman nak berjimba kat Legoland tu, sebab dia je yang ada annual pass Legoland tu~
Perjalanan hari sabtu dimulakan pada jam 11 pagi, agak lewat disitu. Planningnya 10 pagi dah terpacak depan Legoland, tapi apa kan daya, terbabas waktu tidur. Sepanjang perjalanan tu, Encik Fairuz yang jadi penunjuk jalan, padahal aku yang orang Johor ni pun meragau-ragau kat Nusajaya tu. Memang aku tak hafal langsung jalan kat situ. Berputar-putar. *Punya la bangga Encik Fairuz, cehhh*

Muka ceria macam kanak-kanak~

Sampai Legoland, kami makan dulu kat Burger King. Satu yang aku perasan, sekarang ni aku dah tak menggila amik gambar makanan. Dah makan sampai habis baru perasan gambar takda. Mana taknye, sebab lapar. Sampai je makanan atas meja, terus ngapp. Hahaha. Lepas kenyang makan, kami bergerak ke dalam Legoland, menuju ke permainan pertama, Project-X. Jangan dipandang remeh game ni. Aku yang selalu naik roller coaster pun menitiskan air mata naik benda alah ni. Pada aku, memang sangat menyeramkan. Habis aku merengek atas coater tu, sebab ketakutan. Walaupun nampak simple, tapi sebenarnya aku mengucap panjang atas tu. (Video POV yg aku cilok dr Youtube)

Beratur untuk tempah penyakit~
Lepas dah hilang gigil di kaki (Ye,aku menggigil, tangan kaki sume menggigil), kami berjalan-jalan sambil menuju ke Dragon Apprentice dan The Dragon. Ini roller coaster yang terletak di Lego Kingdom. Dua game ni sangat seronok. Walaupun rollercoaster penuh dengan pusing ke kiri dan ke kanan, tapi, bestttttt~ Penuh dgn elemen kejutan, tapi tak la terkejut sampai nak menangis. (Video POV yg aku cilok dr Youtube)

Lepas tu, aku naik observation tower, melihat keliling Legoland dan juga Nusajaya. Disebabkan kawasan ni kawasan baru, maka boleh dilihat dari mata kasar kebotakan bentuk muka bumi kawasan ni.

Kurengg menarik~
Di game Lost Kingdom, kami dikehendaki menembak anasir-anasir jahat (Tembak lampu kuning dan merah). Disebabkan kami ni yang 'competitive streak', makanya apabila gamba kami ditangkap, kami langsung tak pandang kamera. Sibuk dengan pistol ditangan sambil mencari sasaran. Sedangkan orang lain semua kemain berposing untuk kamera. Oleh kerana gambar ni yang paling senonoh berbanding gambar project-X dan The Dragon, makanya kami beli yang ni..(Gambar tak upload)

Hari tu memang betul-betul menjelajah Legoland. Taman Tema Air Legoland akan dibuka bulan 10 nanti, makanya sempat la aku pergi sebelum kad aku mati. Memang menarik (jika dilihat dari sudut orang yang bawak budak kecik), dan amat memenatkan. Tapi lepas ni, mungkin kami datang lagi, tapi untuk main permainan yang kami tak main..

Contohnya yang ni..kuyup habis kalu naik benda alah ni~

Muka ceria + kepenatan masa naik Legoland Ride~

Monday, July 1, 2013

Mudah dan sukar

Mudah

Bercinta itu mudah,
Berkahwin itu mudah,
Mendapatkan anak itu mudah,

Tapi yang sukarnya,

Yakin dan percaya dalam percintaan itu sukar,
Saling hormat menghormati, bertolak ansur dan memahami dalam perkahwinan itu sukar,
Membesar dan mendidik anak itu sukar.

Hanya mereka yang bertanggungjawab dan mempunyai komitmen yang tinggi sahaja mampu..

Bercinta walaupun terpisah beribu batu,
Berkahwin walau di usia muda dan mampu kekal hingga ke akhir hayat,
Membesar dan mendidik 10 orang anak hingga mereka dewasa dan berjaya..

Pokok pangkalnya, hati dan niat..
Jika kerana Allah Taala,
Insyaallah segalanya akan dipermudahkan..