Thursday, November 16, 2017

SayaKenaHack.com

Baru-baru ni, heboh diperkatakan tentang kebocoran maklumat peribadi di internet (boleh baca berita di sini). Perkara ni mula-mula heboh di forum lowyat.net. Maklumat peribadi ni melibatkan nama, ic, no telefon, IMEI, IMSI, alamat surat menyurat, dan jugak no SIM. Banyak kan? Memang byk. Maklumat ni memang sepatutnya rahsia, tp dah tersebar di alam maya. Bahaya bila data ni tersebar, sebab dgn data ni, org yg ada niat jahat boleh buat mcm-macam. Contohnya, daftar no telefon atas nama kita utk tujuan jenayah. Tak ke naya tu?

Menurut kata polis (disini), perkara ini adalah melibatkan org dalam yg cuai. Motif? masih tak diketahui. 

Oleh itu, nasib baik ada seorang abg hebat (abg?) yg buat satu apps khas utk tgk sama ada ic kita  ni terlibat ke tak. Boleh baca entry abg  ni yg terangkan pasal benda ni dgn panjang lebar sekali, termasuklah link ke lowyat.net kt sini: https://www.keithrozario.com/2017/11/sayakenahack-com.html

Mula-mula, pergi ke https://sayakenahack.com/

Akan keluar ini:


Masukkan no ic, lepas tu check.



Tadaaaaa. Nampak tak berapa byk data yg dah bocor? Ishhhhhh. Sape la punya kerja ni. Kalau 11juta rakyat malaysia maki dia, aku rasa dia mmg takkan hidup aman.

Kat sini juga, kita boleh cek sama ada nama kita ada disalahguna utk daftarkan no telefon atau tak. kalau ada, sila la pergi ke telco provider center utk terminate mana-mana no yg tak diketahui tu. 

Oleh itu, sila la berjaga-jaga lepas ni. Data maklumat yg kita beri tu, dah tak berapa selamat dah.

Sila la ambil langkah berjaga-jaga.

** Update: laman web ni dah diblock oleh MCMC. Katanya demi keselamatan masyarakat.**

No comments:

Post a Comment