Rentetan kisah kebocoran maklumat peribadi dr syarikat telekomunikasi yg tgh heboh baru-baru ni (sini), aku terpanggil untuk mencari maklumat lain berkaitan tentang perkara ni. Memang sesuatu yg agak menakutkan, bila data yg tersebar tu, siap ada alamat email, password, dan segala data yg kita masukkan masa daftar user ID. Buatnya la ada org yg memang jenis pakai satu password dan username utk semua benda termasuklah bank, tak ke naya?
Aku pun baca beberapa berita pasal masalah kebocoran maklumat peribadi ni. Laman web yg bersar-besar, termasuklah jobstreet pun jadi mangsa. Dah tu, kalau dah ada manusia yg rakus nk untung je tanpa fikir orang lain, memanglah dunia ni takkan aman.
Sebelum ni, aku ada share pasal laman web Sayakenahack.com. Itu adalah untuk cek sama ada ic kita telah tersebar didunia kegelapan (ecehhh). Sekarang ni, ada satu laman web lg yg boleh cek tentang kebocoran maklumat peribadi kita, terutama dr web luar negara. Kalau nk cek, ia adalah berdasarkan username dan juga email kita.
Laman web ni dikenali dgn https://haveibeenpwned.com
Lepas tu, masukkan la alamat email atau username yg selalu digunakan. Akan keluarlah segala maklumat yg diperlukan.
Ni username/ email yg masih bersih dan selamat |
Oppssssss.. Masalah~ |
Ni adalah laman web yg dah mengalami kebocoran maklumat. Uish, Masalahnya, semua laman web ni, aku dah lupa da ape username dgn password aku. |
Ok. Dah selesai cek semuanya. Kalau ada yg terlibat, pergilah tukar segala password yg ada. Kalau utk email, untk langkah berjaga, ambil la 2-step verification, yg mana sebelum login, kena dpt notification berbentuk sms di telefon bimbit masing-masing. Lebih selamat.
Penjenayah ni ada kat mana-mana. Sama ada yg nampak dgn yg tak nampak je. Kadang-kadang bila kita da amik langkah berjaga pun, masih lg tak mampu nk lindungi diri kita dari bahaya, lebih-lebih lg jenayah siber. Apa yg mampu kita buat? Rajin-rajin tukar password. Kalau yg jenis pelupa mcm dah mkn semut satu busut ni, buat la satu nota yg boleh selit dlm beg duit. Dlm nota tu, tulis la segala username dan password yg ada. kan senang tu..
** Baik berjaga sebelum terkena**
Bahaya sekarang ni.maklumat kita terdedah pd org yg salah. Thanks sharing.nak cgeck lpas nih.
ReplyDeleteP/S* alhamdulillah sampai hari ni pump saya masih berfungsi dengan baik. Siap bg adik saya pinjam lg