Wednesday, September 20, 2017

Kuih bulan 2017

Aku ni peminat kuih bulan. Pertama kali makan adalah 3-4 tahun lepas. Aku pun dah tak ingat. Aku beli SNOWSKIN MOONCAKE - GREEN TEA RED BEAN LOTUS (dijamin halal), keluaran SDS. Oh, SDS ni ada kt johor sahaja. setakat ni, aku tak pernah lg jumpa cawangan SDS luar dr Johor. Lepas tu, aku cuba mooncake dari Baker's Cottage.

Sambil menunggu bila moon cake ni mula dijual, puas aku tanya supervisor kt kilang aku ni. Setahu aku, moon cake mula dijual bila dah dekat dgn bulan hantu. Tiap-tiap kali dia masuk opis, mesti aku tanya. hahahaha. Akhirnya, minggu lepas, dia  ckp " Mooncake dah boleh beli". Terus dlm kepala nk beli bila balik Alor gajah, sbb Baker's Cottage ada kt Tampin.

Ini yg aku beli tahun ni. 

Kotak yg aku pilih.

Isi dalamnye.
Mcm biasa, kalau beli 2, dpt kotak. Adik kedai tu tanya " akak nk kotak tak?". Maunye tak nak. Lawa kotak nye. Boleh buat tempat simapn brooch. Hehehe. Ada 3 warna, aku pilih merah, sesuai dgn warna kegemaran aku.

Tahun ni aku beli red bean moon cake & mixed nut moon cake. Aku nk mkn yg red bean, abg fairuz nk makn yg mixed nut.  Beli kt Baker's Cottage, dpt diskaun 25%, jadinya aku bayar RM15 ukt sebiji. Agak mahal, tp sekali sekala nk menjamu perut, kan? Hehe.

Monday, September 11, 2017

Merepek.

 


Saban tahun, makin kurang pulak aku menulis..

Kekangan masa...





ASB Online

Bak kata ASB, 'Bijak dahulu, bijak sekarang'
ASB adalah salah satu cara utk simpan duit. Bukannya tak boleh simpan dekat bank, tp selalunya kalau kt bank ni, senang sangat nk dikeluarkan. Huhu. Kalau dlm ASB ni, nk keluarkan, kena fikir 20 kali, sebab kena amik no kat kaunter, kena tunggu, lepas tu baru boleh keluarkan duit. Kalau tak terpaksa, mmg takkan la nk bersusah payah pergi bank tu. Huhu.

Kalau dulu, nk tahu baki buku, kena pergi bank/pejabat pos/ cawangan PNBM yg terdekat. Bila sampai tarikh org nk tgk dividen, masa ni maunye pengsan nk beratur. Padahal kite yg setakat duit ciput ni, pergi sbb nk keluarkan duit pun tenggelam sbb org yg setakat nk update buku ni. Kesian. Bank pun habis sesak tahap tak ingat.

Sekarang ni, utk memudahkan pengguna, ASB dah buat sistem online. Dah mcm online banking dah. Boleh melabur & tgk baki secara atas talian je. Lebih mudah dan efektif.

Langkah yg perlu diambil utk daftar online
 Langkah pertama yg perlu diambil kalau nk daftar online adalah kena update no telefon dan email di bank/ pejabat pos/ cawangan PNB yg berdekatan. Aku pergi Maybank utk update segala maklumat yg diperlukan. Kena isi borang yg dah sediakan. Aku lupa pulak nk amik gamba borang tu, sbb kelam kabut dukung Sulaiman di tangan kiri & menulis ditgn kanan. Huhu. Lepas update, baru dapat no akaun yg baru. No akaun lama dan buku ASB tu dah takperlu digunakan lg. Boleh la simpan dlm muzium buat kenangan. 

Lepas dah update, boleh la pergi ke laman web asnb utk daftar akaun online.  

1. Tekan daftar disini utk pendaftaran baru, atau log masuk kalau dah daftar.


2. Ini adalah apa yg kita kena buat sebelum daftar masuk akaun online. 
  
Awal-awal ASNB dah ajar ape nk buat. hehe.
Jgn lupa klik setuju tu. Kalau tak setuju, kena setuju gak. Kalau tak, tak boleh masuk.
Masukkan maklumat asas mcm yg diminta
MAsukkan no telefon. Masa ni nk kena pastikan no telefon ni yg digunakan masa update akaun ASB sebelum tu.


TAdaaa. Dapat la mesej no TAC. Boleh la diisi ditempat yg berkenaan.

Lepas tu, isi la apa yg diminta. 

Soalan keselamatan tu, pastikan diingat jawapannya ye. Lupa jawapan, memang tak boleh recover la kalau terlupa password/ ID pengguna

Lepas siap semua, kita akan dapat satu kata laluan sementara. Kata laluan ni akan dihantar melalui mesej juga. 

Kan dpt jugak password sementara. kalau tertutup yg kt laman web punya, tak perlu risau.

Kita juga akan dapat satu email utk memastikan yg alamat email yg diberikan tu adalah benar. 

Lepas tu, boleh la kita masuk ke akaun yg dah didaftarkan td seperti biasa. 

Ingat tak td kena masukkan ID pengguna, frasa keselamatan dan password sementara? Kt sini la gunanya kesemua tu. kalau boleh, ID pengguna tu hafal la ye. 

Kena kemaskini kata laluan. kata laluan sementara tu susah nk diingat, nnt ada pulak masalah nk log in dlm akaun. Buat naya je. Haha. Pastikan ciri-ciri kata laluan yg baru adalah seperti yg dikehendaki ye. 

Dah berjaya!
Bila dah berjaya tukar kata laluan, maka boleh la mula tgk akaun kita, baki duit ada berapa..



Pelaburan tambahan tu, boleh dilakukan secara atas talian kt myASNB ni gak, tp pelaburan minimum adalah RM100. Huhu. Agak kasar. makanya, aku memilih utk transfer dana dr myban2u je la. Mudah. 

Boleh update maklumat bank disini. 

Berikut adalah langkah-langkah nk membuat pelaburan tambahan di my ASNB:

1. baca dan faham mengenai pelaburan tambahan ni.

2.  Baca lg sampai faham.


3.Boleh masukkan jumla pelaburan yg dikehendaki, tp pastikan melebihi RM100 ye. 

4.Lepas tu, akan dpt kod pengesahan. 

Step seterusnya, aku tak tahu sbb duit aku tak cukup utk melabur secara online. Huhuhu. Sedih. kalau nk tahu, kena la cuba. 

Mudahla kerja aku lepas ni. Masukkan duit tanpa perlu susah-susah nk tahu baki. Kalau tak, setahun sekali baru update buku. Huhu.

Harapnya habit menyimpan ni akan terus kekal subur. Wakakakaka..










Customize laser print pendrive

Hadiah bunga akan layu, hadiah coklat akan habis, hadiah pendrive siap dgn customize laser print? Priceless..

Pandangan depan- nampak mcm pendrive biasa
Tadaaaaaa. Siap ade bunga ros & nama.
** Pendrive ni dibeli abg Fairuz dr Aliexpress. Aku tak tahu harga, dan aku tak tahu mcmane order**