Monday, February 22, 2016

Review: Deadpool

sumber: Google
 Deadpool ni aku g tgk dgn Abg Fairuz dgn mak aku. Hahaha. Ye, aku bwk mak aku. Mak memang suka tgk wayang. Beria die nak ikut aku g tgk wayang. Huhu. Aku tgk cerita ni mlm sabtu, tayangan midnight.

Deadpool. Hanya aku kenal lagi beberapa bulan sebelum keluarnya cerita ni. Bagus jugak cara die promote cerita ni. Penerbit bg kebebasan pd Ryan Renolds utk guna kostum Deadpool, dan buat apa-apa yg die suka. Hahahaa. Video cara-cara nak kenal pasti kanser testis, kanser payudara, sume ade. Hahahah. Sengal betul. 

Deadpool ni lari dari konsep superhero komik Marvel. Biasanya superhero mesti nampak bergaya, tp Deadpool ni memang sengal habis. Ikut suka hati dia je, ikut kepala sendiri. Hahaha. Cerita ni memang penuh dgn bahasa carutan, dan memang dari awal dah ada diberitahu, cerita ni hanya utk 18tahun keatas sahaja ye. Aksi memang ganas, sebab dok tembak org sana sini, penggal tangan, langgar kepala, rodok badan dgn besi.. Huhuhu. Aku memang tutup mata la. Ngeri sgt. Ngilu rasanya. Aku pandang kiri aku (mak aku), mak relaks je. Pandang kanan (Abg Fairuz), die punya la suka. Huhu. Cerita ni tak ada adegan ranjang yg melampau, setakat gitu2 ade la. Tp, aku walau dah kahwin, dah nak jd mak budak pun, tutup mata, pandang lain, korek popcorn. Sampai abg Fairuz tegur, apsal? Aku jawab la, aku malu. Hahaha.

Keseluruhan cerita ni? Kelakar. Hahahaha. Menarik dr awal sampai akhir. Ketawa memanjang. Tak sabar nk tgk sekual die.Entah apa la si Deadpool ni akan buat.

Monday, February 15, 2016

Hijabista, fashionista, make-upnista, dan sta-sta yg lain....

Byk betul sta nye kan? Hehe.

Aku adalah pernah berangan nk bergaya, pakai tudung shawl belit-belit dan lilit-lilit, nk pakai make-up nipis sikit, pakai baju bergaya. Kalau dah namanya perempuan, mestilah ada rasa nak bergaya, kan?

Tapi malangnya, muka aku nu memang tak sesuai utk itu semua. Hahaha. Bila pakai shawl, aku tgk muka aku dah mcm buah pelam yg dibalut menunggu ranum je. Bila make-up, nampak ala-ala sedara mara kak limah. Bila baju plak, kadang-kadang mcm tak kena je. Haishhhh.. Macam-macam..

Akhirnya, aku jadilah diri aku sendiri. Pakai apa yg selesa. Kalau tudung, memang bawal tu jd teman sejati. Lagipun, abg fairuz tak berapa gemar tgk aku pakai tudung lilit melilit sana sini, rimas katenya. Huhuhu..

Pasrah je la...

Tapi, tetap nk rasa bergaya gak. Huhuhu..

Friday, February 12, 2016

Emosi berantai


Macam naik buai dah mood ni,,

Perempuan ni, ada masalah emosi bila pada waktunya. Bila waktunya? Bila sampai waktunya la. Contohnya, bila period, bila pregnant, bila lapar, bila mood tak baik, bila tak sihat, dan mungkin bila nanti (Ikut mcm lagu Peter Pan ok..) Ada masa ok, ada masa tak ok. Bak kata orang, dalam sehari pompuan akan ada 348 jenis emosi berbeza. Hahaha..

Tak nampak ke emosi yg berjuta lemon tu?  Hehehe,,
 Lagi satu, mood perempuan ni amat dipengaruhi oleh persekitaran, dan ada org yg akan ambil masa yg lama untuk baikkan mood die tu. Hari ni mengamuk, tahun depan pun belum tentu baik mood die. Ada org yg pukul 7.00pg die ketawa, 7.05pg die mengamuk, 7.10pg die dah menangis, 7.15pg die dah ketawa semula. Semua bergantung pd individu tu sendiri. Pelik kan?

Baru-baru ni aku moody. Hormon aku tgh tak stabil. Hahaha. Silap die satu je, aku terasa hati hari sebelumnya tu, sebab family aku nak pergi bercuti kat kuantan tanpa aku. Lagipun aku dah planning nk g berkelah tepi pantai dgn family aku. Aku ada hal hujung minggu tu, jadinya aku tak dpt join. Lepas tu sedih nangis-nangis sampai malam, lepastu tido sampai termimpi-mimpi, lepas tu bangun pagi dengan perasaan sedih yg amat. Perghhhh.. Sungguh drama pada hari tu. Pulak masa tu abg Fairuz kat KL, aku berskype sambil menangis depan komputer. Sungguh sadis.

Rantaian mood aku di hari itu

Nampak tak cycle die? Punya la berantai. Silap dia satu je, habis diheret sampai 2 hari. Lepas tu, aku dah ok dah. Tp masa family aku gerak g Kuantan, sementara tunggu abg Fairuz sampai rumah, maunya aku buat drama air mata kat rumah. Hahaha. Pelakon sinetron pun maunya mengaku kalah dgn cara aku. Terpaksalah abg Fairuz bersusah payah nk pujuk bg mood bini die ni baik semula. Huhuhu.. Kesian kat laki den~

Tapi bila org lain perasan la, mmg ramai perempuan yg mcm ni. Mood masing-masing berantai. Contohnya, boyfriend/ tunang/ suami lupa nk wish birthday, walaupun dah bg hadiah, maunya merajuk sampai seminggu tak elok-elok lagi. Huhuhu. Pastu, habis segala semua diseret sama. Kannnn??

Susah nk buang perangai ni, sbb memang dah semulajadi. Nk kurangkan boleh la, tp nk buang memang takkan boleh punya. Huhuhu. Jadinya, kepada mereka yg diluar sana yg terpaksa berdepan dgn orang-orang seperti kami...

Bertabahlah...

Tuesday, February 2, 2016

Review: Ola Bola

Sumber: Google
Hari sabtu lepas, 30 Jan 2016, aku ada pergi tgk wayang dgn abg Fairuz. Asalnya, aku xda planning pun nak pergi tgk wayang. Tapi disebabkan tiket free adik aku utk bulan Januari masih ada berbaki 6 tiket, mcm rugi la plak nak burn mcm tu aje. Tanya abg Fairuz, nak tgk wayang tak? Abg Fairuz kata, kalu nk tgk Ola Bola, boleh la. Makanya, aku pun pergi la tgk Ola bola.

Utk cerita ni, aku terlepas opening dia, sbb aku sakit perut teramat, dan bertapa dlm toliet lebih dr 20min. Merana wei. Terus gegar lutut nak jalan, sbb masuk tandas cangkung. Hahaha.

Scene kat funfair tu memang sebijik buat suasana tahun 1980. Tapi, ada 1 spoil, sbb ade 2 org awek melayu pakai shawl butterfly. What?? Zaman tu, makcik-makcik pakai tudung bawal pin sampai bawah, kelepet tutup dahi, atau pakai tudung stail ikat belakang. Sungguh mengganggu konsentrasi aku. Huhuhu. Buat la homework sikit mcmane org tahun 1980-an pakai tudung. Huhu. Tak pasal2 dah ganggu setting filem.

Aku terhibur tgk cerita ni. Setiap watak ada peranan masing-masing. Rahman (Bront Palarae)  memang kelakar. Cara dia ulas bola, memang ada stail tersendiri, ayat ad-lib memang buat org ketawa. Cerita mcm ni memang takkan terlepas dari konsep kekeluargaan, dan pd aku, itu memang la sepatutnya diterapkan, lagi la pulak konsep kekeluargaan makin pupus dlm diri org Malaysia ni. 

Cerita ni buatkan kita rasa, kaum tu sebenarnya hanya tertulis atas surat beranak je, tp hubungan persahabatan tanpa mengira bangsa tu yg penting. Masa ni la nak menunjukkan rasa bersatu padu di bawah bendera Malaysia. Lagi pun, sejak dari dulu, memang dah terbukti sukan mampu menyatukan Malaysia. 

Tak rugi tengok cerita ni. Usaha tangga kejayaan tau~