Showing posts with label wayang. Show all posts
Showing posts with label wayang. Show all posts

Monday, February 22, 2016

Review: Deadpool

sumber: Google
 Deadpool ni aku g tgk dgn Abg Fairuz dgn mak aku. Hahaha. Ye, aku bwk mak aku. Mak memang suka tgk wayang. Beria die nak ikut aku g tgk wayang. Huhu. Aku tgk cerita ni mlm sabtu, tayangan midnight.

Deadpool. Hanya aku kenal lagi beberapa bulan sebelum keluarnya cerita ni. Bagus jugak cara die promote cerita ni. Penerbit bg kebebasan pd Ryan Renolds utk guna kostum Deadpool, dan buat apa-apa yg die suka. Hahahaa. Video cara-cara nak kenal pasti kanser testis, kanser payudara, sume ade. Hahahah. Sengal betul. 

Deadpool ni lari dari konsep superhero komik Marvel. Biasanya superhero mesti nampak bergaya, tp Deadpool ni memang sengal habis. Ikut suka hati dia je, ikut kepala sendiri. Hahaha. Cerita ni memang penuh dgn bahasa carutan, dan memang dari awal dah ada diberitahu, cerita ni hanya utk 18tahun keatas sahaja ye. Aksi memang ganas, sebab dok tembak org sana sini, penggal tangan, langgar kepala, rodok badan dgn besi.. Huhuhu. Aku memang tutup mata la. Ngeri sgt. Ngilu rasanya. Aku pandang kiri aku (mak aku), mak relaks je. Pandang kanan (Abg Fairuz), die punya la suka. Huhu. Cerita ni tak ada adegan ranjang yg melampau, setakat gitu2 ade la. Tp, aku walau dah kahwin, dah nak jd mak budak pun, tutup mata, pandang lain, korek popcorn. Sampai abg Fairuz tegur, apsal? Aku jawab la, aku malu. Hahaha.

Keseluruhan cerita ni? Kelakar. Hahahaha. Menarik dr awal sampai akhir. Ketawa memanjang. Tak sabar nk tgk sekual die.Entah apa la si Deadpool ni akan buat.

Thursday, December 31, 2015

Review: Dilwale


King Khan and Kajol is backkkk!!!!!

Semangat kan? Hahahaha. Ni antara pelakon hindustan yg paling aku suka, dan pasangan hero dan heroin yg paling serasi yg pernah aku jumpa. Cerita ni best ke tak?

Besttttt...

Walaupun lagu die ade 4 je, to 2 lagu yg ada SRK dan Kajol ( Gerua dan Janam Janam) mampu buatkan aku terpacak diam kat kerusi panggung. Hahahaha. Yg bestnye cite ni, tak ada heroin yg pakai baju mcm tak cukup kain atau yg nk menjojolkan mana-mana anggota badan. Semuanya sopan sahaja. Phewwww..Kurang dosa laki aku yg ikut tgk sekali.

Dapat couple seat. Hehehe. Dah kawin tak pe... Nak melentok pun org ape kisah..
 Punya la semangat nk tgk cite ni. Awal-awal aku dah mintak tiket kat adik aku yg kerja TGV, nak tiket free 2. Disebabkan hanya AEON Kulai yg ada cerita ni, terpaksalah aku pergi sana, sbb kat Bukit Indah tak ada. Awal-awal jugak aku dah gtau abg Fairuz yg aku nk ajak dia dating g tgk wayang. Hahahaha. Tp kelam kabut la gak, sebab aku g tgk hari jumaat, dan wayang start pukul 2.15ptg. Huuuu. Tu je waktu yg ada. 

Abg Fairuz hantar aku g AEON Kulai dulu sementara die g solat jumaat. Aku pun g solat zuhur dulu, lepas tu tapau Subway, dgn harapan aku nk makan mase dlm panggung. Lepas tu, aku dah siap beli popcorn semua, pukul 1.50ptg aku dah terpacak depan pintu masuk. 

Tunggu abg Fairuz sampai dah pukul 2.30ptg, baru nmpak bayang, sbb parking penuh yg amat. Muka abg Fairuz dah monyok, sbb dia terkejar-kejar. Tp sbb dia nk melayan bini dia ni, terpaksalah dia ikut. Tp awal-awal dia dah warning- Tak ada lg tgk wayang waktu mcm ni. Huhuhu.. Baiklah.

Start je wayang, Subway yg aku beli td pun aku lupa makan. Hahaha. SRK tu mcm tak tua aku tgk. Muka mcm tu je. Tp tak boleh la nk compare dgn cite KUch Kuch Hota Hai, cite 20 tahun lepas tu, mesti lah nmpak byk beza. Aku tak suka sgt watak heroin no 2 tu, sbb mcm semacam. Hahaha. Jalan cite mmg agak cliche, tp enjoyable. Rasanya kalau die buat King tokan dadah tu lg ganas, lawan dgn SRK dush dush dush, aku rasa lg menarik kot. Tp rasenye sbb diorg tak nak cite berat, maka diorg buat watak King tu mcm ala2 badut sengal sikit. Huuuu..

Overall? Aku bg 4 bintang, sbb aku bias kat SRK dgn Kajol. Hahahaha. 

Sorry la, yg tu mmg aku tak boleh tolong. Hahaha.

** Dalam kepala aku dah diganggu oleh lagu Janam Janam.. oh tidakkk~**