Sunday, August 31, 2014

Dipersalahkan

Ada masa dlm hidup, kita yg akan sentiasa dipersalahkan. Walau sesukar mana kita cuba pertahankan diri, akhirnya salah tu akan terletak di bahu kita juga. Walau segigih mana kita cuba berusaha utk yg terbaik, akhirnya kegagalan akan terletak di pundak kita juga.

Apa yg kita perlu lakukan? Terus berusaha untuk mempertahankan diri dan berisiko akan terus dipersalahkan atau terus menyerah kalah? Terus mengikut rentak org lain?

Sukar nk buat pilihan? Itu la cabaran hidup.

Sedih

Sedih?

Mengadu pd Allah..

Hidup ni singkat je waktunye. Kadang-kadang kita tak sempat nk mengharungi realiti sbb asyik terbuai dgn mimpi. Sekali sekala kena penampar bg sedar, apa salahnye kan?

Ouch..sakit..

Tp itu la yg boleh bg kesedaran sape diri kita sebenarnya.

Saturday, August 30, 2014

Maki

Aku dilahirkan dlm keluarga yg agak konservatif. Cakap kasar itu sesuatu yg paling dilarang. Nak guna 'aku' sesama adik beradik oun, pasti bakal dijeling oleh arwah abah. Jika nk mintak tolong, perjataan 'terima kasih' pasti meniti bibir. Caci maki? Sudah tentu otu satu benda yg diharamkan !

Jadi, sudah tentu aku tak selesa berada di sekeliling manusia yg rajin memaki hamun di kala marah memuncak. Telinga aku serta merta rasa sakit, selain hati aku pun akan rasa sakit. Jika ikut hati aku, mahu saja aku cili-cili mukut org2 kaki maki ni. Benda lambat sikit, maki. Die tak puas hati sikit, maki. Orang lain salah sikit, maki. Ape, bagus sgt budi bahasa sampai maki-maki org?

Tak sedar ke, bahasa melambangkan bangsa? Bahasa melambangkan budi pekerti?

Mahu aku samakan caci maki kau tu dgn diri kau sendiri ke?

Terpulang..

Tuesday, August 26, 2014

Pemurah rezeki..

Pemurah rezeki paling mustajab?

Tak perlu jumpa pawang atau bomoh atau sape-sape pun. Kita boleh lakukan sendiri..

Doa kepada kedua ibu  apa dan sedekah jariah..

Insyaallah..

Rezeki Allah Taala dimana-mana..

Peperiksaan Online Penguasa Kastam gred W41

Tetiba dpt sms lepas lunch td...



Apakah? Aku agak terkesima. Bila masa aku mohon?

Lepas aku cek portal SPA, baru aku perasan aku ade buat permohonan. Hahahaha..

Diterima pd 23 Ogos 2014
Rupanya aku ade dpt surat tawaran melalui email. Nampak sgt aku tak tgk email.

Apa aku nk baca? Huhuhuu..



Oleh itu, aku sertai kursus ni...

Aku tak tahu nk jawab ape nnt..

Sekian dr aku.

Sistem 3 Gayung

Tak ada air. Aku pernah merasa, banyak kali. Ketika aku belajar kat Sekolah Menengah Sains Muar dan Kolej Matrikulasi Johor (Tangkak). Macam-macam ragam, macam-macam cara yang aku dan rakan-rakan lalui demi nak mandi. Nak mandi pun terpaksa berjuang. Hahahaha.

Kami terpaksa mandi air pili bomba yg bersistem 'sape cepat, die dapat'. Masa tu, tak kisah la air yg da warna mcm teh O, teh susu atau pun milo, asalkan dapat mandi.  Tu belum lagi termasuk kena mandi air kolah yg entah  berapa lama terbiar. Setakat bangun pukul 5pg sbb nk mandi kat blok yg jauh die 100m pun tak kesah. Susah payah angkut baldi terkengkang-kengkang. Hahaha,

Sistem 3 gayung berfungsi seperti ini:
1. Utk gosok gigi, cuci muka, basahkan badan
2. Utk syampu, sabun, bilas badan.
3. Utk buang air

Sistem ni hanya utk ketika waktu normal, iaitu bukan waktu cuti bulanan atau waktu tgh sakit perut. Hahaha. Untungnya masa ni, rambut aku habis da mcm lelaki, sbb nk kena duduk asrama punya pasal. Jadi takde masalah nk cuci rambut,sbb rambut dah kontot. Heee.
Tp itu kalau betul2 air da sgt limited. Biasanya dpt la jugak sebaldi air. Tapi sebaldi tu kadang-kadang dpt 5 gayung je. Huhu.

Itu la dipanggil survival skill~~ 😉😉

Saling memiliki

Lumrah manusia, ingin saling memiliki. Takut kehilangan tu sifat manusia yg telah menyayangi. Tapi, manusia seringkali tersalah anggap.

Cemburu buta, tak percaya, tak sabar..

Hati yg kuat pasti akan lemah akhirnya.

Ya Allah..kukuhkan iman, kuatkan hati...

Pemilik hati ini bukan aku, tp Ilahi..

Pejam mata, tanya hati

Pejam mata..tanya hati..

Berfikir sedalamnya..

'Aku taknak kehilangan dia...'

Tp...

Tindakan aku hanya buatkan dia lebih jauh dr aku.. Emosi mendahului segalanya. Bukan kerana tak percaya, tp kerana aku rasa aku tak layak untuk setanding dgn dia bila ada yg lebih baik dr aku.

Siapalah aku ini. Insan biasa yg byk kelemahan. Tak semua org boleh terima kelemahan aku........ 😢

Bisikan

Ada bisikan yg membawa kebaikan.
Ada bisikan yg membawa kehancuran
Ada bisikan yg membawa kegembiraan.
Ada bisikan yg membawa kesedihan.

Kadangkala..
Kita  cuba kuat, kita cuba jd positif. Tp kerana hati yg tak kuat dek kerana bisikan-bisikan kecil tu, segalanya berubah. 

Haish hati....

Dek kerana cakap-cakap org lain, hati jd tergugat lg..

Wahai hati..

Kuatlah!😔

Friday, August 15, 2014

Fuhhhhhhh

* Batuk2 kecil*

Penuh habuk dlm blog ni. Da lama tak membebel. Gara-gara puasa, raya dan juga sibuk uruskan kerja kat opis sebab kilang dah nk berpindah ke tempat baru..

Idea banyak, benda yg nk dibebel pun banyak..

Tapi, tunggu la kejap ye~