1 Mac 2014 yg lepas, aku telah pergi ke Rembau, utk menghadiri majlis kenduri sempena pemergian bakal mertua untuk menunaikan umrah.
Semua serba tak kena. Makan, minum, cara berbual. Nak tolong-tolong pun rasa ketakutan, sebab sedar berpuluh mata memandang. Lagi pulak, aku dikatakan bakal menyertai keluarga ni, jadi perlu la tunjuk rajin. Eh, tapi kalu kenduri kat rumah aku pun, aku gak yang tunggang terbalik berkemas. Jadi, mcm tak ada kesan pun aku kena tolong kenduri kat sini. Cuma rasa agak kekok, sebab yg ada kat sini semua ada pertalian, isteri, sepupu. Tapi bila aku? Bakal isteri. Rasa segan macam tembok besar China. Segan yang teramat. Tapi bila difikirkan semula, abg Fairuz lg byk join family aku, Kenduri arwah abah yg dah berkali-kali, majlis nikah mak sedara aku, majlis kawin akak aku, macam-macam lagi la. Sampai tahap family aku memang dah anggap abg Fairuz tu sebahagian dari kitorg, dan bila ada majlis, wajib abg Fairuz ada. Bila nak buat gathering, nama abg Fairuz mesti ada. Huhu.
Pandangan mata orang, memang tak boleh nk buat apa la. Terima dengan hati terbuka. Alhamdulillah, majlis selesai tanpa aku pecahkan mana-mana pinggan mangkuk atau periuk belanga. Kekekeke.
Emm tak tau nak kata apa. Dah la pakai mekap setebal tembok besar china. pastu malu setebal tembok besar china lagi.. tah dah berapa layer dah tebal muka awak tu.
ReplyDeleteTapi kira ok la.. daripada jadi setebal tembok berlin wall punye tembok wall tu.
Berapa byk tembok la awak nk letak..huhu..
Deletemane ade saya pakai make-up? -_-