Tuesday, March 25, 2014

Hantaran kasut terompah

Minggu lepas, untuk kesekian kalinya aku ke Melaka dengan dua tujuan, satunya nk pergi majlis tunang kawan baik aku, cik Khalidah kat Bukit Katil, dan yg keduanya, nak melawat bakal mak mertua yang baru balik umrah. Hehe. Aku dapat jubah. Yehuwww.

Seminggu sebelum aku pergi, mak aku da sibuk, mintak dikirimkan terompah. Dah susah nak cari terompah sekarang. Aku dan abg Fairuz betungkus lumus cari terompah kat Bandar Tampin, tapi tinggal harapan je la. Semua cakap terompah dah habis, lagi mudah cari kat Bandar Melaka. Yang susahnya, aku nak memandu pulang ke Johor pulak lepas tu, memang tak cukup masa. Akhirnya, bakal mak mertua aku memberi kata putus, biar dia saja yang membelinya. Tapi, akan diberikan pd aku masa mereka dtg ke JB untuk berbincang hal kami. Gulp...

Tapi yg kelakarnya, bakal mak mertua aku bergurau, yg terompah tu akan dijadikan sebagai hantaran. Hahaha. Tergelak aku, campur dengan terkesima. Memang idea yg menarik. Dari aku beli kasut RM150 dan hanya jadi hiasan atas dulang hantaran tanpa dipakai lepas tu, lagi baik aku letak terompah. Kekekeke. Ada kelas tak? Aku rasa, confirm gamat satu kampung kalau itu yg terjadi,sebab tak pernah dibuat org. Hehe. Sebab aku da jumpe ramai org perempuan, yg hanya letak kasut hantaran tu sebagai perhiasan dan bahan pertunjukan sahaja. Lepas tu, kasut tu dijual tanpa dipakai. Pada aku, itu da dinamakan nk menunjuk dan membazir. Lagi baik letak sesuatu yang bermakna, iye dak? Hahahaha..

*Aku rasa nnt akan aku usulkan perkara ni kepada pihak berkenaan..*

2 comments:

  1. Hi. Saya abg Fairuz.

    Selain terompah, boleh juga gunakan barang klasik lain. Including, but not limited to: bakusia, kerusi rotan, rotan utk babap, garfu besar untuk penggaruk, timba perigi, set pinggan mangkuk dan iron yg pakai arang tu.

    Sekadar suggestion sahaja.

    ReplyDelete
  2. sy nk set pinggan mangkuk dgn iron pakai arang tu. setakat rotan dgn penggaruk tu, sy boleh beli sendiri kat pasar malam~

    ReplyDelete