Friday, May 17, 2013

Berapa banyak LIKE yang kita berani letak?

Berapa LIKE yg kita berani letak?

Sila LIKE jika anda sayangkan (si polan)

Kenapa tak nak LIKE?

Kalau dapat 1,000,000 Like, ayah akan berhenti merokok..

Amboi..senangnye nak minta LIKE kat FB.

Tulis macam tu je?

Letak gambar Masjidil Haram, letak gambar Kanak-kanak cacat, letak gambar kucing comel..

Semua dah jadi mangsa.

Aku tak faham dengan orang yang hendak mempergunakan gambar-gambar ini sebagai peraih jumlah LIKE tertinggi, seolah-olah dah tak ada modal lain.

Menurut kajian, dengan meng'LIKE' gambar-gambar ini, pihak yang berkenaan akan mempergunakan LIKE anda untuk mengaut keuntungan mereka sendiri. (aku dah tak ingat kat mana aku baca isu ni, tapi pergi la try tanya Pak Cik Gugle, conform die dapat jawab). Kerana jumlah LIKE yang tinggi di 'page' atau post mereka, dengan itu mereka boleh menggunakan page mereka sebagai salah satu medan pengiklanan, sekaligus mengaut keuntungan di atas kegatalan pengguna meng'LIKE' gambar tersebut.

Pada aku, kalau tak LIKE gamba Masjidil Haram sekalipun, kita sebagai umat islam pasti amat mencintai rumah Allah itu, kerana sehari 5 kali kita menghadap kiblat. Kenapa perlu dipergunakan ia? Untuk mempromosi page FB, tak salah jika kita meletakkan gambar masjidil haram bersama beberapa fakta yang berguna dan berinfomasi keada pembaca. Kerana jika post itu penuh dengan infomasi berguna, pasti dengan automatiknya tangan kita akan gatal untuk menekan LIKE. Jika setakat diletakkan gambar sambil diletakkan caption 'Berapa Like yg anda berani letak' ke atas gambar Masjidil Haram, secara terang-terang anda telah cuba memanipulasi gambar tersebut.

Tak faham aku dengan manusia sebegini..


No comments:

Post a Comment