1. iri hati (kerana orang lain
pandai, berharta, dll);
2. kurang percaya atau syak
wasangka (takut-takut suami mempunyai kekasih lain dll), curiga: hatinya berasa
~ apabila melihat isterinya bercakap-cakap dgn temannya;
3. hati-hati atau berjaga-jaga
(kerana takut kesucian adat, agama, dll dikotori atau dinodai): mereka menjaga
adat resam mereka dgn perasaan ~; ~ buta cemburu tanpa sebab atau cemburu
membuta tuli; bercemburu berasa cemburu; mencemburui
1. iri hati akan; 2.
mencurigai, mengesyaki; 3. menjaga: orang Melayu sangat kuat berpegang pd agama
dan ~ agama mereka; mencemburukan
1. iri hati (akan seseorang
atau sesuatu): apa benar yg dicemburukan oleh mereka itu; 2. menimbulkan
cemburu (iri hati, curiga, syak wasangka); cemburuan
1. = bercemburuan saling
cemburu; 2. iri hati; kecemburuan
1. perihal cemburu; 2. kecurigaan,
syak; pencemburu (orang yg) bersifat cemburu.
* Ini dikorek dari Kamus
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Menurut kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka, cemburu boleh dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu:
1. iri hati dengan kelebihan orang
lain.
2. Kurang kepercayaan
3. Berjaga-jaga
Kita
jarang dengar cemburu yang ke 3, tapi kita selalu dengar cemburu yang pertama
dan kedua. Kali ni aku nak cakap pasal cemburu yang pertama. Selalu kita jumpa
dalam kehidupan seharian, jiran sebelah rumah cemburu anak jiran depan rumah
dapat masuk U kat luar Negara. Selalu kita dengar, kawan abah cemburu dengan
jiran belakang rumah dia yang anak dia dapat kerja gaji ribu riban. Tapi jarang
kita dengar jiran hujung jalan cemburu dengan pak imam boleh jadi imam, solat
Jemaah 5 kali sehari.
Kenapa
perlu cemburu? Sebab rasa diri kekurangan. Sebab itu datangnya cemburu. Sebab
kita tak dapat apa yang orang tu dapat. Oleh itu, perasaan tidak puas hati akan
segera timbul. Aku tak faham kenapa orang mesti cemburu jika anak jiran dapat
masuk U, dpt kerja yang elok-elok. Itu sudah tentu rezeki masing-masing.
Sepatutnya, ia boleh beri semangat pada diri kita untuk jadi yang lebih baik.
Setiap manusia Allah dah janjikan rezeki masing-masing, tidak perlu rasa tidak
puas hati. Jika kita rasa rezeki kita kurang, kita berusaha untuk menambah
rezeki tu. Kan Allah dah berfirman dalam Alquran bahawa
“Sesungguhnya Allah tidak akan
mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri”(Q.S. Ar-Ra’d:11).
Ia bermakna kita perlu berusaha sendiri untuk
mengecapi apa yang kita inginkan. Tapi, dengan cara yang halal, kerana niat
tidak menghalalkan cara. Jangan kita menggunakan sihir untuk mencapai apa yang
kita inginkan, kerana sihir itu syirik. Inilah yang sering digunakan manusia
zaman moden ini. Nampak moden pada luaran, tapi kuno pada dalaman. Menggunakan
sihir seolah-olah menunjukkan kita tidak yakin pada kuasa doa, usaha dan
tawakkal, sekaligus menunjukkan kita tidak yakin pada takdir dan kuasa Allah
Taala.
Selain itu, disebabkan cemburu ini juga, manusia
suka untuk menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan si mangsa. Fitnah amat
merbahaya, boleh membawa pelbagai masalah. Bila aku membesar dalam kalangan
manusia-manusia zaman kuno ni, aku lihat dengan mata kepala aku bagaimana dari
cemburu, membawa kepada sihir, fitnah dan akhirnya sesuatu yang tidak boleh
terjangkau dek akal fikiran manusia normal.
Oleh itu, jauhkan la diri kita dari sifat cemburu
yang songsang ini. Jika dengan cemburu mampu membuatkan kita berusaha dengan
lebih gigih melalui medium yang sepatutnya, kita patut bersyukur kerana ada
sifat sedemikian. Namun, jika kerana cemburu itu membuatkan kita melakukan
sesuatu yang bertentangan dengan agama dan norma kemanusiaan, lebih baik kita
pergi mengambil wudhu’, buat solat sunat. Moga-moga kita dijauhkan dar
perbuatan keji itu.