Pemandu Malaysia adalah antara pemandu yang paling hebat di dunia ini, mahupun alam semesta (Kalau lah tak ada makhluk asing lain yang menduduki cakerawala ni). Walaupun pada hakikatnya kita tidaklah sehebat mana, namun disebabkan perasaan membanggakan diri yang terlalu tinggi tingginya dan mementingkan diri ketika memandu sudah semestinya menjadikan kita seorang yang hebat. Terdapat berjuta-juta pemandu, oleh itu sudah tentu terdapat berjuta-juta cara pemanduan dan juga gelagat. Aku juga seorang pemandu, dah hampir 5 tahun aku bergelar 'a person behind the wheel' atau dalam bahasa melayunya 'mereka yang berada di belakang tayar', eh, betul ke?
Pemandu sememangnya cukup sinonim dengan membebel. Mana tidaknya, sudah tentu pemandu akan melepaskan tekanan mental dan emosi yang terbuku di dada dan minda setelah melihat gelagat pemandu lain yang meletakkan mata di punggung, dan otak di lutut. Aku teringat lagi bagaimana kawan aku yang 'mengata' aku kuat membebel ketika memandu, dan akhirnya apabila dia mendapat lesen, kelihatannya mulutnya lebih 'pedas' dan lebih 'kuat' bunyinya dari bertih jagung (kepada sesiapa yang tak tahu, bertih jagung tu bahasa melayu untuk Popcorn). Mungkin bebelan adalah perkara automatik yang akan keluar ketika memandu. Tidak kira lelaki mahupun wanita, ia semuanya sama sahaja.
Aku bukanlah pemandu yang sempurna. Tiada orang yang sempura kecuali yang Maha Esa. Kadang-kadang ada juga aku tersasul jalan, tertukar lane secara tak sengaja (bukti bahawa aku pun manusia, bukan makhluk asing, sebab makhluk asing tak memandu kereta, diorang bawa UFO). Namun, seboleh-bolehnya aku ikutkan juga peraturan jalan raya. Yelah, bukan aku seorang je yang memandu, dan jalan ni bukan abah aku yang punya. Lainlah kalau aku ni anak mana-mana Raja Melayu, Thailand mahupun England, mungkin aku dengan sesuka hatinya memandu tanpa berperasaan. Yelah, dah diiring dengan polis yang naik Evo, mahunya tak pecut kereta laju-laju sambil bawa suka-suka hati, dan mungkin tagline hidup aku akan menjadi 'Ada aku kisah?'. Tapi disebabkan aku ni anak rakyat jelata kelas pertengahan, makanya perlulah ikut peraturan yang telah digariskan oleh Polis dan JPJ, sebab kalau kena saman, mahunya aku menangis nak cari RM300 untuk didermakan kepada penunggu-penunggu berkamera di bawah jambatan itu.
Cara pemanduan rakyat 1Malaysia.
Fast and Furious
*Serta merta termain-main di fikiran lagu Fast and Furious, Teriyaki Boyz*
Pernahkah anda terserempak dengan pemandu yang suka tukar lorong sesuka hati? Dari belakang kita dah boleh tengok pemandu kereta ini tukar lorong seperti main sorok-sorok dan kejar-kejar? Kalau jalan tu ada 4 lane, semua lane dia lalu, tukar dari lane 1 ke lane 3, lepas tu lane 4, lepas tu lane 2, lepas tu lane kemana-mana lagi. Haa, yang ni adalah pemandu yang obses dengan cerita Fast and Furious. Mungkin si pemandu terperasan lebih bahawa dia tu Vin Diesel yang memandu kereta hebat berkelajuan cahaya di atas jalan. Ya, perasan itu percuma, namun kalau sehingga boleh membahayakan pemandu lain, itu mementingkan diri namanya! Bertukar-tukar lane sesuka hati bukan sahaja menyusahkan pemandu lain, malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain juga. Perlu diingat di atas jalan tu, ada penunggang motosikal yang tiada lane khas untuk mereka. Ditakuti pemandu perasan-Vin-Diesel ni akan menyebabkan kemalangan. Yelah, tamak jalan gamaknya, tapi aku doakan agar si pemandu ni tak la tersadai kat lane kecemasan.
Formula One
Semua tahu betapa lajunya Formula One, kerana ia antara kereta yang terpantas didunia. Oleh kerana pengaruh F1 yang sangat tinggi, maka lahirnya pemandu yang sangat cinta akan kelajuan. Mahunya ditekan 130km/j di atas jalan raya yang berhad kelajuan 80km/j. Lepas tu, siap 'cucuk-cucuk angin' pemandu lain. Mungkin orang akan berkata bahawa pemandu yang perlahan perlulah berada di lorong kiri, namun jika si pemandu yang cintakan kelajuan ini berada di atas jalan raya, mahunya semua pemandu yang mematuhi had laju kebangsaan perlu berada di lorong kiri! Bukankah ia menyusahkan pemandu lain? Pemanduan yang lancar seperti di dalam iklan ExxonMobil terganggu kerana manusia berdarah kuda ini, kerana untuk menukar lane ketika jumlah kenderaan banyak di atas jalan raya bukanlah sesuatu yang mudah.
Pemanduan Makan Angin
Pemandu seperti ini adalah mereka yang sangat berhati-hati. Berbeza dengan pemandu yang cintakan kelajuan, pemandu makan angin ini akan memandu kurang dari had laju kebangsaan. Hmm, mungkin si pemandu ini adalah mereka yang amat menyayangi nyawa diri dan ahli keluarga, atau ingin melaungkan masa-masa emas disamping mereka yang di dalam kereta, atau layan perasaan a.k.a layan blues sambil buat video klip sendiri sambil memandu. Namun, apa yang menyebabkan kemarahan orang lain membuak-buak, dipandunya 50km/j di laluan paling kanan! Sudahlah had laju kebangsaan jalan tersebut 90km/j, dan hanya mempunyai 2 lane, mahunya pemandu dibelakang menukarkan keretanya kepada traktor untuk disodok kereta 'romantika di amor' ni. Beringatlah, jika rasa ingin memandu perlahan, tiada salahnya. Namun, perlulah memandu di lane yang sesuai, dan di waktu yang sesuai. Lebih-lebih lagi ketika waktu puncak dan jalan sesak, mahunya si pemandu ini menambah dosa akibat menyusahkan orang lain, disamping pahala kerana caci-maki pemandu lain. Janganlah pula kerana pemandu berhati lembut yang seorang ini, sesak jalan satu kilometer! (Aku pernah terkena, mahunya kebas kaki tekan clutch).
Pemandu yang mempunyai kuasa Psikik.
Pemandu ini adalah yang merupakan pemandu yang teramai di Malaysia. Kuasa mereka yang seperti Chris Angel ini sangatlah dikagumi. Ketika memandu, mereka akan menggunakan kuasa psikik mereka ini, dengan menghantar gelombang telepati kepada pemandu lain. Oleh itu, mereka dengan sesuka hatinya akan menukar lane, atau membelokkan kenderaan, atau memberhatikan kenderaan tanpa perlu memberikan signal. Yang menjadi masalahnya, gelombang telepati tersebut hanya berlegar-legar di dalam minda tempurung mereka, tanpa berjaya di transmit kan kepada pemandu lain. Hello, ingat jalan ni kau seorang je yang bayar roadtax? Atau kau nak aku patahkan tangan berharga kau tu? Aku memang cukup pantang dengan orang yang tak beri signal ni. Kalau jarak kenderaan tu lebih dari 5 meter, tak apa la juga. Dah la tukar lane secara tiba-tiba, membelok kenderaan secara tiba-tiba, mungkin boleh menyebabkan kemalangan, lepas tu, memandu pergi tanpa rasa bersalah. Amboi-amboi, kalau aku dah tersodok punggung kereta mahal kau tu, aku juga yang kena bayar, ada faham? Aku cadangkan agar JPJ dan PDRM mengkaji semula undang-undang berkaitan melanggar punggung kereta lain. Aku rasa semua pemandu bukanlah dengan sesuka hati dan gembiranya nak sodok kereta lain. 80% daripada kemalangan adalah disebabkan 'kesengalan' pemandu yang berada di hadapan, bukan disebabkan pemandu di belakang tidak memberi tumpuan. Sebab aku pernah berada dalam situasi sebegini, yang dimana terang-terangan saksi sekeliling menyalahkan pemandu yang di'sondol' oleh kakak aku, dimana dia dengan sesuka hatinya membrek kereta di jalan yang lengang, dengan alasan, dia tersalah tekan pedal. Ai, dah berapa tahun kau bawa kereta sampai pedal pun tak boleh nak beza? Jika dilihat, tiada sebarang tanda P di cermin kereta, sudah semestinya pemandu tersebut telah memandu lebih dari 2 tahun. Kau fikir aku sempat nak brek ke? Hmm,akhirnya, melayang duit kena bayar saman yang bukan dari salah sendiri.
Aku rasa, ini sahaja yang dapat aku fikirkan ketika ini. Ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan aku semata-mata, tiada kaitan dengan kajian-kajian dari universiti-universiti terkemuka seluruh dunia. Sudah semestinya ada juga pemandu yang mematuhi undang-undang jalanraya sepertimana yang telah ditetapkan di dalam buku peraturan, tetapi akibat dikaburi oleh pemandu 'berlesen AGONG' menyebabkan semua kebaikan mereka tertimbus dan terkambus di bawah sampah kritikan. Oleh itu, pandu cermat, jiwa selamt..=)

No comments:
Post a Comment