Saturday, February 25, 2012

Lelaki dan Wanita itu Berbeza




Lelaki dan wanita berbeza.

Allah jadikan Hawa dari tulang rusuk Adam, namun perbezaan tetap ketara walau dari asal yang sama.
Lelaki dan wanita terlalu berbeza, baik dari segi fizikal, mental, emosi, citarasa, cara pemikiran, dan segalanya.

Namun, lelaki dan wanita tetap bagaikan magnet, berbeza kutub namun saling menarik. Sejauh mana pun di pisahkan, jika kuasa magnet tersebut kuat, pasti akan bersatu. Tidak kira jika seorang berada di Alaska, dan seorang lagi berada di Australia, jika telah ditakdirkan 'kuasa magnet' itu kuat, pasti akan berjumpa.

Itu yang dinamakan jodoh.



Mengapa lelaki dan wanita berbeza?

Kerana setiap dari mereka mempunyai kelemahan dan kekuatan. Kelemahan dari lelaki merupakan kekuatan bagi wanita, dan begitu sebaliknya. Perbezaan antara mereka bukan untuk dijadikan perbandingan, tetapi sebagai dijadikan pelengkap kehidupan. Yang lebih perlu menutupi kekurangan, dan yang kurang kadangkala perlu mengimbangi kelebihan.

Setiap manusia ada persamaan, dan di sulami dengan keserasian. Pasangan yang bahagia tidak semestinya perlukan banyak persamaan, tetapi perlukan keserasian. Keserasian membolehkan lelaki dan wanita memahami perbezaan masing-masing yang tak dapat  dipenuhi oleh persamaan. Keserasian membolehkan bahasa yang hanya mereka berdua memahaminya di ungkap tanpa kata-kata, dimana hati mempunyai getaran yang sama dan serupa. Dari keserasian hadirnya kepercayaan, dari kepercayaan datangnya keyakinan.

Lelaki dan Wanita berbeza

Lelaki dan wanita harus memahami perbezaan masing-masing. Saling bantu-membantu dalam mencari keseimbangan dalam kehidupan. Kuatnya lelaki bukan untuk melakukan kerosakan, dan lemahnya wanita bukan untuk ditindas. Kuatnya lelaki untuk melindungi, lemahnya wanita untuk menyayangi.

Berbezanya lelaki dan wanita menjadikan kita manusia yang istimewa. Bisa mempelajari sesuatu yang lain dari diri sendiri. Membolehkan kita menyedari, tiada yang sempurna di dunia ini, selain Allah yang Maha Esa. Ia juga membolehkan kita mempelajari untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Berbezanya lelaki dan wanita menyedarkan manusia, kita saling bergantung antara satu sama lain, kerana kita tidak boleh untuk hidup berseorangan di dunia.

Oleh itu, janganlah selalu mempesoalkan mengapa lelaki dan wanita itu berbeza. Allah S.W.T lebih mengetahui hikmah di sebalik ciptaan-Nya. Kita sebagai manusia perlulah sentiasa berdoa kita sentiasa berada di landasan yang sebenar, dan dipertemukan dengan pasangan yang bersama-sama ingin mencari keredhaan-Nya.

Monday, February 20, 2012

Kiri atau kanan?


Pilihan~

Sepanjang hidup kita memang tidak akan terlepas dari membuat pilihan. Ini antara pilihan yang selalu kita kene buat:

Masa kanak-kanak yang belum berakal, biasanya kita diberi peluang untuk buat pilihan baju raya macam mana dan warna apa, nak beli jajan apa, nak main permainan apa?

Masa sekolah, kita belajar untuk pilih kawan, terlibat dalam sukan, kelab atau persatuan atau pilih untuk study atau pergi meroyan kat mana-mana

Masa belajar kat Universiti, kita dikehendaki pilih minor/major, section/kelas, buat assignment awal-awal atau last minit dan study awal-awal atau last minit.

Bila dah bekerja, lagi banyak pilihan yang perlu dibuat, sampai ada masanya kita rasa macam nak hidup masa zaman kecik-kecik dulu, bila kita tak payah nak fikir apa-apa major problem. Boleh terus kekal gembira sepanjang hari, walaupun baru lepas kena rotan dengan emak sebab pergi turun dalam parit besar tepi rumah, atau boleh bermain dengan jiran dengan gembiranya walaupun baru bergaduh 2 minit yang lepas.

Tapi, kita kena sedar juga, sampai bila nak lari dari kenyataan?

Tak nak buat keputusan atau mengabaikan masalah yang memerlukan penyelesaian macam lari dari kenyataan, orang yang tak mahu ambil risiko. Macam lah aku, sejak akhir-akhir ni, terlalu banyak keputusan yang perlu diambil, dan semuanya ada kaitan dengan hidup (Ada ke keputusan yang kena ambil tak ada kaitan dengan hidup?).

Mula-mula, aku pun cuba lari dari kenyataan. (Aku memang agak pengecut!) Cara paling mudah aku buat, aku abaikan semua masalah dan pilihan aku. tapi, akhirnya, masalah dan pilihan tu akan datang semula. Walau sejauh mana pun kita lari, lompat atau berguling, masalah pasti akan laju mengejar kita, dengan kelajuan cahaya. Mungkin betul apa yang dikatakan oleh seorang sahabat, "sebab awak banyak sangat fikir what-if~what if this, what if that".

Memang betul.


~Pick a direction~

Aku memang terlalu fikir pasal possibility, kemungkinan. Mungkin aku akan ini, itu dan macam-macam lagi. Biasanya bila kena buat pilihan, kita macam berada di antara 2 persimpangan. Sama ada kiri atau kanan, depan atau belakang, tinggi atau rendah, mudah atau sukar.

Memang dah lumrah manusia, kita tidak lari dari rasa ragu-ragu dan takut. Kita takut untuk menghadapi kemungkinan yang akan datang, sebab kita tidak tahu apa yang tersedia untuk kita di masa hadapan.

Akhirnya, aku sedar, sampai bila begini? Yang pasti aku tak nak menyesal di kemudian hari. Aku tekadkan diri, keputusan perlu juga diambil.

Sebelum buat keputusan,
  • Perlu tenangkan diri
  • Pastikan diri tak dipengaruhi oleh suasana, persekitaran dan juga manusia
  • Fikir dengan sedalam-dalamnya
  • Bandingkan baik dan buruk
  • Tanya pendapat orang yang berpengalaman/ orang tua
  • Tanya pendapat sahabat
  • Tanya diri sendiri
Namun yang penting,
USAHA, DOA, & TAWAKKAL~

Jadikan istikharah & solat hajat sebagai amalan, minta Allah S.W.T beri petunjuk dan hidayah pada kita. Bukan setakat masalah didunia, malah masalah di akhirat nanti. Itu yang paling penting.

Ada juga yang memberi tips untuk mengambil keputusan, seperti yang ditulis oleh Top 5 Reason.

Aku berharap agar lepas ni, aku bukan lagi si pengecut yang berguling-guling lari dari masalah dan pilihan~

Wednesday, February 8, 2012

Hensem dan Cantik?Subjektif semata-mata~

Hensem dan cantik?
Selalunya, manusia biasa akan sangat bangga dengan title ni.
Ia menunjukkan mereka ada wajah yang hampir sempurna di mata seseorang (bukan semua orang, ye..)
Namun, ianya bergantung pada orang yang menilainya..

Sebab tu la kadar kecantikan dan kehenseman tak boleh diukur.
Ia adalah subjektif.

Contohnya: Heidi Klum cakap Seal tu hensem...

Heidi Klum & Seal (Divorced sudah~)
Masalahnya, kalau dari mata kita yang manusia biasa ni, hensem ke Seal ni??
Mcm Beast dgn Beauty tau~

Lebih kurang, kan???
Tertanya-tanya aku, kalu diikutkan, Heidi Klum yang menjadi supermodel dunia & jurucakap brand Victoria Secret yang hebat tu sangatlah tak sepadan dengan suaminya itu. Tapi, tak mustahil untuk jatuh cinta, kan?
 
Macam tu pun boleh ke??

Mestilah boleh..Kalau tak boleh, amboi-amboi, orang hensem & cantik je la yang nak ada pasangan? 
Oleh kerana cantik & hensem tu perkara yang subjektif, makanya terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kecantikan itu. Antaranya:

1. Sikap/Sifat
Biasanya, orang panggil kecantikan dalaman. Cantik yang orang tak nampak secara mata kasarnya. Sikap dan sifat ini menggambarkan siapa diri kita yang sebenarnya. Kadang-kadang, ada je orang yang berwajah cantik setanding Miss Universe, tapi berperangai mengalahkan mak ayam kelas bawahan. Ini lah yang orang kata, Don't judge a book by its cover. Sikap/sifat/perangai ni masih lagi boleh disorok, a.k.a hipokrit, tapi sampai bila nak berlakon dan menyamar dari jadi diri sendiri? Penat tau~ Biasanya penyakit hipokrit ni akan terbongkar bila seseorang bersama ahli keluarga dan/atau kawan rapat. Kenapa aku letak dan/atau? Sebab kadang-kadang ada gak manusia yang berperangai/sikap seperti sesumpah, berubah mengikut keadaan sekeliling.
2. Pemakaian/penampilan diri
Cara pemakaian & penampilan diri pun memainkan peranan. Ada orang suka tengok orang yang berpakaian kemas, ada yang suka orang yang rambut panjang, ada yang suka macam ni, ada yang suka macam tu~ Haa...setiap orang ada citarasa dan acuan tersendiri. Cara berpakaian & penampilan ni boleh mempengaruhi perspektif kita terhadap seseorang, dan biasanya kita akan kaitkan dengan sikap seseorang. Tak perlulah seseorang tu pakai pakaian mengalahkan model, berfesyen, cukuplah sekadar kena pada waktu dan keadaan. Tetapi, awas, kadang-kadang ada saja yang setakat 'pakai topeng', luar lain, dalam lain, bermaksud penampilannya tak berkadar sonsang dengan sikapnya, bergaya semata-mata mahu menarik perhatian.

3. Cerdik/Bijak/Pandai
Ini pun boleh jadi salah satu faktor. Cerdik/bijak/pandai dalam konteks ni bukan la berdasarkan keputusan & pencapaian akademik semata-mata, tapi turut merangkumi cara pembawaan diri, cara bergaul, kemahiran asas kehidupan seharian dan banyak lagi. Tapi, tak semua orang suka dengan orang yang pandai ni, sebab kadang-kadang boleh menyebabkan orang lain teramatlah kurang pandai. Mane tak nye, semua nak ditegur dan semua tak betul. Selain itu,kadang-kadang kebodohan kita juga boleh menjadi daya penarik bagi sseorang. Tapi janganlah kurang cerdik sangat, sampai nak kira 1+2 pun nak pakai kalkulator, dan nak cuci pinggan pun tak tau kene pakai sabun,,tu memang laa~

Oleh itu, brgantung pada diri, mata, dan minda kita untuk menilai tahap kecantikan itu. Lebih lama kita kenali seseorang itu, mungkin akan lebih terserlah kecantikan seseorang tu. Jika aku ditanya sama ada seseorang itu hensem/cantik atau tidak, sampai 10 tahun akan datang pun aku takkan mampu jawab, sebab aku rasa memang tak mampu nak diungkap dengan perkataan, lebih-lebih lagi terhadap orang yang aku kenal rapat. Biasanya, pujian dari aku datangnya dari bahasa badan aku yang dizahirkan di luar sedar. Yang paling penting bagi aku, sebagai umat Islam, mereka yang beragama tu la yang sudah semestinya cantik dan hensem, kerana yang lainnya hanyalah bonus semata-mata. Jika seseorang itu tidak tahu perihal agama, walaupun yang setakat asas fardu ain, kecantikannya dalam islam telah tercalar...

* Seal ni ada satu lagu yang sedap, Kiss from a rose~ Anyway, aku tak berniat pun nak mengutuk penyanyi ni. Cuma nak memberi satu contoh sahaja. Always don't judge a book by it's cover, pasal Seal ni salah satu contohnya~



Thursday, February 2, 2012

Lelaki & Beg Tangan Wanita

Sekadar Hiasan..hehe..

Lelaki memang dilahirkan dengan sikap maskulin, macho dan segalanya seperti yang ditunjukkan di dalam iklah Mandian Dettol mahupun iklan pewangi Dashing. ( Lelaki dalam konteks ini adalah lelaki sebenar, bukan lelaki jadian, mahupun wanita jadian). Sudah tentu mereka kelihatan JAUH berbeza dari wanita. Namun, ada beberapa perkara yang boleh menurunkan kadar ke'macho'an seorang lelaki, iaitu BEG TANGAN.



Beg tangan merupakan aksesori penting bagi wanita. Tak kira la besar ke, kecil ke, tali pendek ke, atau tali panjang, yang penting, boleh letak barang-barang berharga dan mudah dibawa. Selalunya beg tangan menjadi 'lombong' bagi kaum wanita untuk mencampak segala barang yang dirasakan perlu dibawa kemana-mana dan sudah tentu ia menjadi 'secret vault' bagi wanita. Beg tangan semestinya direka dengan ciri-ciri kewanitaan, jika tidak, ia akan dipanggil beg sandang, beg baju mahupun beg plastik.



Lelaki dan beg tangan wanita adalah 2 gabungan yang janggal. Cuba bayangkan Arnord Susah-nak-eja atau Dwayne Johnson a.k.a The Rock bawa handbag? Ia kelihatan janggal, namun tidak pelik. Rata-rata lelaki akan mengelak untuk membawa beg tangan wanita, walaupun hanya sesaat, kerana ia telah menurunkan 'saham' mereka. Terdapat quote yang mengaitkan lelaki dengan beg tangan~What are the three words guaranteed to humiliate men everywhere?'Hold my purse.' Ada juga lelaki yang menyampaikan ketidakpuasan hati mereka melalui puisi. Adik aku pun tak nak tolong pegangkan handbag aku, walaupun pada masa tu keadaan sangat mendesak, tak macho katanya. Terdapat juga blog yang menulis Pandangan lelaki terhadap isu kepit handbag. Tapi, personally, i like this post. Nampak caranya macam si penulis menjadi pemerhati sehari di shopping compleks.

Jadi, aku teramatlah kagum dengan lelaki yang tidak segan silu mengepit beg tangan wanita, mungkin milik girlfriend mahupun isteri. Jika dia membawa beg tangan wanita miliknya sendiri, itu bukan lelaki, tetapi wanita jadi-jadian. Jika ditanya mengapa lelaki dengan rela hati membawa beg tangan teman wanita mahupun isterinya, pasti ada pelbagai jawapan. Ini antara jawapan yang sering aku dengar:

1. Keselamatan
Mungkian si dia bimbang beg tangan itu akan diragut. Zaman sekarang ni peragut bersepah-sepah. Jadi, adalah wajar kiranya Cik abang tolong kepitkan handbag tu, kerana si peragut mungkin sengaja menggali kubur sendiri jika meragut handbag yang dikepit lelaki.

2. Hendak ambil hati.
Haa..yang ni yang aku tabik habis-habisan. Memang tidak kisah dengan penampilan diri. Yang penting, awek/isteri bahagia dan gembira.Wahai cik Abang, banyak lagi cara untuk ambil hati, bukan setakat tolong pegang handbag je, tolong belanja ke, tolong jadi orang baik ke, tolong kena bebel ke, tolong diam ke, kan banyak lagi.

3. Hendak membantu.
Ini biasanya tertumpu pada pakcik-pakcik a.k.a suami orang. Cik abang dengan rela hati membantu si isteri yang sudah bagaikan pokok krismas, penuh dengan anak-anak yang masih kecil keliling pinggang. Untuk kes ini, memang digalakkan cik abang untuk membantu, namun lebih afdal sekiranya dia turut membantu menguruskan anak-anak sekali, bukan setakat tolong kepit handbag sahaja. Kasihani la para isteri, kerana beban menguruskan anak lebih berat dari beban handbag.

Jadi, terpulanglah pada kaum Adam tentang isu handbag wanita. Masing-masing ada alasan tersendiri. Pada pandangan aku, jika cik abang setakat tolong pegang sekejap sahaja, tak apa. Tapi kalau sampai diusung satu shopping kompleks, aku sebagai kaum Hawa, merasakan perkara ni menjadi penderaan mental kepada kaum-kaum Adam yang lain. Si Hawa pula, tolong cuba lihat dari perspektif lelaki, kerana ada antara lelaki yang secara tidak sedar bersetuju untuk mengepit handbag wanita tanpa rela. Kesian diorang ni. Oleh kerana aku faham akan keadaan ini, aku seboleh-bolehnya akan mengepit handbag aku sendiri, walaupun mahu pergi ke tandas sekalipun. Jadi, fikir-fikirkan lah~