Saturday, January 4, 2014

Serabut

Huarghhhh..

Mode serabut dan jiwa kacau telah kembali...

Apsal boleh jadi macam ni? 
Tak tahu la. Tetibe je nak kacau..

Tak payah la nk tipu. Sendiri cari pasal pergi korek sana sini kan? Pergi bukak sana, pergi klik sini, kan? 
Ye, sebab kadang-kadang perasaan ingin tahu tu tebal sangat-sangat. Tanpa disedari, semua benda yang diketahui bermain-main kat fikiran. Lepas tu, mula la fikir macam-macam sampai sakit dada. Macam-macam anggapan bermain kat fikiran. 

Naluri tu, boleh dipercayai ke?
Entah la. Orang selalu cakap naluri perempuan ni kuat. Setakat ni, telahan aku semuanya betul. Lagipun tak pernah pulak dia nak nafikan apa-apa.

Sekarang ni, macamana?
Entahla. Tak tahu nak cakap apa. Duduk diam-diam, buat kerja. Itu je la. 

Sakit hati boleh hilang ke?
Boleh, doa banyak-banyak supaya hati jadi keras. Orang dah tak boleh cucuk-cucuk lagi. Kalau kena hempas, baru laa pecah berderai.

No comments:

Post a Comment