Tuesday, March 21, 2017

Aktif berblog

Makin berhabuk blog ni dibuatnya. 

Konon, rasa nk aktif semula menulis.Tapi, anak dan kerja aku lg aktif menarik sepenuh perhatian aku. 

Huuuuuu..

Tunggu la bila ada masa free.

* Bila la tu~*

Monday, March 6, 2017

Retroactive Jealousy



Pernah dengar pasal retroactive jealousy?

Ia adalah rasa cemburu terhadap perhubungan lampau pasangan kita. Kiranya kisah lalu dia la. Kisah semua makwe, skandal, teman tapi mesra, bestfriend berlainan jantina. Eh, byk la pulak. 

Susah nk cakap benda ni normal ke tak. Tapi yg pasti, benda ni akan buat satu perhubungan tu akan jadi sukar. Eh, aku ni dah mcm ahli motivasi plak. Hahahaha. 

Kenapa aku cari pasal benda ni? Sbb aku pun salah sorang yg ada masalah ni. Aku rasa tak selamat, rasa benci, dan macam-macam lagi la. Senang kata, bila aku teringat, atau ada benda yg berkaitan, aku akan rasa marah, rasa nk gigit org, rasa tak keruan, dan rasa macam-macam lagi. Asal benda tu ada kaitan dgn kisah silam dia dan orang itu, aku akan rasa marah. Rasa mcm ni timbul sebab aku rasa, orang tu bila-bila masa boleh rampas kebahagiaan aku, dan aku rasa dia boleh gugat kehidupan aku. Tapi bukan semua org akan termasuk dlm tahap kebencian aku  ni. Hanya 2 3 org je, yg mana pd hemat aku adalah org yg mengganggu laluan hidup aku. 

Tapi yg pasti, benda nimemang tak elok utk satu perhubungan. Ia ibarat mcm api dalam sekam, membakar dalam diam. Dari benda yg kecik, mungkin akan jd lebih besar. Oleh itu, aku rasa nk berubah demi masa depan yg lebih aman damai. Bukan senang nk ubah sikap kita. Habit bangun tidur korek hidung pun takkan mudah kita nk ubah, iye tak? Tapi secara perlahan, aku dah mula nk ubah sikap aku ni. Nak jadi lebih matang. Aku memang dah matang dah. Cuma utk bab cemburu tu, matang aku mcm kurang sikit. Hahaha. Apa yg dah lepas, lupakan lah. Yg penting, masa sekarang dan masa hadapan. Nak jadi lebih positif. Dan aku kena ingat selalu, kebahagiaan dan perhubungan tu, Allah yg aturkan dan tentukan. Teruskan berdoa dan minta yg baik-baik sahaja. 

* Positifkan diri anda*

Tuesday, January 17, 2017

Penunggang Agama

Mereka yg beragama, lebih tinggi ujian dan dugaannya.

Lebih byk syaitan dan iblils yg berbisik utk meruntuhkan keyakinan dan keimanan mereka.

Ada yg mampu bertahan, ada yg tergelincir.

.......................................................................................................................................

Yg tergelincir itu, kadang-kadang lebih menjengkelkan.

Bertopeng menutup keaiban.

Berlemah lembut menutup kekhilafan.

Sungguh aku benci golongan ini.

Memperkuda agama demi nafsu sendiri.

Wednesday, January 4, 2017

Impian yg terlupakan



Aku ada banyak impian. Hehe. Normal rasanya bila seorang manusia ade impian. Siapa yg tak pernah ada impian kan? Kalau tak ada impian , berangan tu pun termasuk dalam kategori impian jugak. ( tetibe teringat cerita Puteri Impian. hahahaha). 

Impian kita berubah. Dari kecik hingga dewasa. Waktu kanak-kanak, kadang-kadang impian tu tak masuk akal. Contohnya, nk jadi watak kartun, ataupun nak jadi orang kecik. Hahaha. Bila dah menginjak dewasa, impian tu dah jd makin matang. Iye la, takkan sampai bila-bila nk ada impian yg tak matang? Macamana nk capai impian nk jd patung barbie?

Bila dah dewasa, dah bekerja, impian tu akan jd lebih realistik. Contohnya, nak beli rumah, nak beli kereta, nak kerja yg bagus, nak mulakan perniagaan, nak jadi surirumah (eh?). Tapi, bila dah jadi isteri dan seorang ibu, kadang-kadang ada impian yg terpaksa dilupakan. Contohnya, impian nk kerja yg memerlukan pengobanan dari segi masa dgn keluarga dan anak. Ada org memang sanggup kejar impian tu. Tapi, ada org yg sanggup lupakan shj impian itu. 

Ada je mulut yg ckp, dah kawin kita dah tak boleh ada impian. Siapa cakap? Boleh je. Kita lupakan 1 impian, kita boleh bina 10 impian baru yg lebih realistik dgn keadaan semasa. Iye lah, ada impian yg lebih sesuai utk org yg tak berkeluarga. Contohnya, nk mulakan perniagaan dari rumah. Masa utk keluarga ada, lepas tu duit pun masuk. 

Impian tu boleh diubah. Terpulang dr cara kita, mcmane nk capai impian tu. Jgn pernah hidup tanpa impian, sbb nnt hidup kita bagai tiada hala tuju.


Tuesday, December 6, 2016

Bila Blogger.com tukar layout baru


Bila blogger.com tukar layout baru. Maunye aku terkial-kial. Huhuhu. Dah terbiasa dgn layout lama, bila yg baru ni, nak kena perhati sekeliling skrin utk cari benda yg patut. Perhati nak cari view blog, perhati nk cari komen, perhati nak tgk audience, perhati nk cari posting blog yg aku follow. Huhuhu. Aku ni dah la agak kurang fokus sikit. 

* menangis*