Pernah dengar pasal retroactive jealousy?
Ia adalah rasa cemburu terhadap perhubungan lampau pasangan kita. Kiranya kisah lalu dia la. Kisah semua makwe, skandal, teman tapi mesra, bestfriend berlainan jantina. Eh, byk la pulak.
Susah nk cakap benda ni normal ke tak. Tapi yg pasti, benda ni akan buat satu perhubungan tu akan jadi sukar. Eh, aku ni dah mcm ahli motivasi plak. Hahahaha.
Kenapa aku cari pasal benda ni? Sbb aku pun salah sorang yg ada masalah ni. Aku rasa tak selamat, rasa benci, dan macam-macam lagi la. Senang kata, bila aku teringat, atau ada benda yg berkaitan, aku akan rasa marah, rasa nk gigit org, rasa tak keruan, dan rasa macam-macam lagi. Asal benda tu ada kaitan dgn kisah silam dia dan orang itu, aku akan rasa marah. Rasa mcm ni timbul sebab aku rasa, orang tu bila-bila masa boleh rampas kebahagiaan aku, dan aku rasa dia boleh gugat kehidupan aku. Tapi bukan semua org akan termasuk dlm tahap kebencian aku ni. Hanya 2 3 org je, yg mana pd hemat aku adalah org yg mengganggu laluan hidup aku.
Tapi yg pasti, benda nimemang tak elok utk satu perhubungan. Ia ibarat mcm api dalam sekam, membakar dalam diam. Dari benda yg kecik, mungkin akan jd lebih besar. Oleh itu, aku rasa nk berubah demi masa depan yg lebih aman damai. Bukan senang nk ubah sikap kita. Habit bangun tidur korek hidung pun takkan mudah kita nk ubah, iye tak? Tapi secara perlahan, aku dah mula nk ubah sikap aku ni. Nak jadi lebih matang. Aku memang dah matang dah. Cuma utk bab cemburu tu, matang aku mcm kurang sikit. Hahaha. Apa yg dah lepas, lupakan lah. Yg penting, masa sekarang dan masa hadapan. Nak jadi lebih positif. Dan aku kena ingat selalu, kebahagiaan dan perhubungan tu, Allah yg aturkan dan tentukan. Teruskan berdoa dan minta yg baik-baik sahaja.
* Positifkan diri anda*
No comments:
Post a Comment