Thursday, June 20, 2013

Biar putus cinta, jangan putus rokok~

Ayat yang paling aku tak boleh lupa dari arwah abah aku..

" Biar putus cinta, jangan putus rokok"

Ayat ni menggambarkan betapa pentingnya rokok kepada perokok, dan selalunya perokok tegar yang akan cakap macam ni. Ayat ni menggambarkan biarlah orang yang kita sayang tinggalkan kita, asal kita tak tinggalkan rokok. Hmmmm...

Arwah abah meninggal sebab masalah serangan jantung, apabila salur darah arwah abah tersumbat. Tidak boleh diselamatkan lagi. Pemergian arwah beri tamparan yang amat hebat buat aku, namun aku bersyukur kerana pemergian abah menyedarkan aku bahawa aku juga seperti arwah abah, boleh pergi bila-bila masa sahaja. Aku tidak menyalahkan rokok 100% penyebab kematian abah, kerana memang telah ditakdirkan abah meninggalkan kami pada hari itu. Jika tidak kerana rokok, mungkin kerana lain. Tapi, jika dikaji kembali dari mana datangnya sakit jantung abah, salah satu penyebab nya adalah rokok...

Arwah abah perokok tegar. Arwah abah pernah berhenti merokok selama beberapa bulan lepas dimasukkan ke dalam wad CCU (Coronary Care Unit), tapi menyambung kembali setelah diumpan oleh kawan-kawannya sendiri. Yang aku geramnya, kawan-kawan abah langsung tak beri kata-kata semangat untuk berhenti merokok, malahan terus menerus menghulurkan rokok. Orang mana yang mampu bertahan?? Bagi abah CCU tu seperti rumah keduanya. Kami adik beradik sudah terbiasa menghantar abah ke wad kecemasan seawal 2 pagi, dan hanya pulang ke rumah bila jam 9 pagi. Selepas itu, sudah pasti abah ditahan di wad sekurang-kurangnya seminggu, dan yang paling lama selama sebulan. Pada kami adik beradik, kami sudah terbiasa. Apa yang penting, abah sihat. Kami tak kisah berkejar dari opis ke hospital semata-mata nak melawat abah. Pada kami, ini masa kami berbakti pada abah.

Arwah abah pernah cuba berhenti merokok. Pada pandangan aku, ketika itu arwah abah sihat. Tiada lagi batuk-batuk, tiada lagi semput. Tidak perlu terlalu bergantung kepada ubat. Selepas itu, abah cuba menghisap rokok kembali, tapi dalam kuantiti sedikit, seperti 5 batang sehari. Itu pun sudah dikira baik, kerana walaupun tidak berhenti sepenuhnya, tiada juga batuk-batuk kasar dari abah. Keadaan menjadi buruk bila abah kembali ke tabiat lama, menghisap rokok sekotak sehari. Berbuih mulut kami beri nasihat, namun ayat yang keluar dari mulut abah...

" Biar putus cinta, jangan putus rokok"

Akhirnya, 12 Februari 2013, abah meninggalkan kami semua akibat serangan jantung. Memang benar kata abah. biar putus cinta, jangan putus rokok. Perginya abah, maka putuslah cinta yang abah curahkan pada kami, sedangkan cinta kami pada abah tak pernah kurang walau sehari.

Aku tak pernah melarang orang menghisap rokok, cuma pada aku, kurangkan pengambilannya. Rokok akan memudaratkan bila dos pengambilannya adalah berlebihan. Ia bukan setakat memudaratkan diri sendiri, malah memudaratkan orang disekeliling juga. Jika perokok tegar menghisap 20 batang rokok sehari, maka si isteri dan anak-anak turut menjadi perokok yang merokok 20 batang sehari, malah lebih teruk, kerana sudah diketahui umum, perokok kedua (secondary smoker) adalah lebih teruk dari perokok biasa. 

Oleh itu, berhentila merokok. Jika tidak mampu, kurangkan la rokok. Fikirkan orang yang kita sayangi setiap hari. Memang semua orang akan meninggalkan dunia, tetapi jangan jadikan rokok sebagai penyebabnya. Aku pernah kehilangan orang yang paling aku sayang akibat rokok, aku tak nak perkara yang sama berulang untuk kali keduanya....

Wednesday, June 19, 2013

Jerebuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Pemandangan indah dari tingkap opis aku..macam kat Cameron,kannnnn??????
2 3 minggu lepas, hidung aku ada tertangkap bau busuk, bau asap. Menurut pengalaman aku yang tak berapa masin lagi ( Iyela, umur baru suku abad, jadi tak la lama sangat makan asam garam kehidupan), bau busuk asap ni petanda jerebu. Dalam hati aku terus terdetik, "Indon terbakar lagi ke?" 2 3 hari kemudian, bau tu hilang. Hmmm..mungkin terbakar sikit je kot, mungkin area Malaysia je yang terbakar ni.

2 3 hari lepas, aku terbau lagi asap busuk ni. Makin hari, makin teruk, sampaila pada hari ni, yang paling teruk setakat ni. Bukit kat sebelah opis aku ( Bukit hak milik UTM, yg ada Balai Cerap tuu) sepatutnya memang jelas kelihatan, tapi pagi tadi, satu hapak aku tak nampak. Kabur!

Keadaan jadi lagi buruk bila aircond kat opis aku dah mula mengeluarkan bau jerebu. Terbatuk-batuk aku kat dalam opis, sampai tahap sakit dada dan rasa sangat tak selesa untuk buat kerja. Akhirnya...

Kena pakai mask......
Terpaksa la aku pakai mask..Sepanjang masa. Bila bukak je mask, dada aku sesak balik, sebab bau asap busuk. Terpaksa la menghadap komputer sambil pakai mask. Walaupun orang lain relax je, tapi bukan aku. Aku memang sensitif dengan bau asap ni, sebab ada masalah dengan sistem pernafasan sejak dari kecik. Selain tu, tekak aku memang da gatal-gatal, mata aku memang da berair. Biasa la, simptom-simptom yang akan ada bila jerebu.


Menurut berita kat TV semalam, Sumatera terbakar lagi. Petani bakar hutan, sebab dia kata, itu cara paling mudah untuk bersihkan hutan. Mudah untuk mereka, menyusahkan untuk kita. Hmmmm.. Akal takda ka?? Yang ditimpa masalah adalah orang lain, dari negara lain! Pulak sekarang ni dah nak masuk monsun barat daya, makanya tiupan angin dari arah Sumatera membawa segala habuk-habuk jerebu ke semenanjung Malaysia.

Oleh itu, musim-musim jerebu ni, jagalah kesihatan masing-masing. Pulak da dekat bulan puasa ni, moga-moga kita diberi kekuatan untuk tempuhi Ramadhan dalam keadaan panas berjerebu..


Sunday, June 16, 2013

Planning hujung bulan telah dirombak..

 
Baru ingat nak bergumbira bersama dia hujung bulan ni (sambil tu nak sambut birthday sendiri sekali..hehehe). Tapi nampaknya terpaksa la dibatallan atas sebab tertentu. Makanya, planning ditukar kepada hari jelajah sendirian~huhuhuuu.. First time nak pergi LEGOLAND sorang-sorang. Dah alang-alang ada annual pass, baik pergi sebelum expired. Hehehe..

Thursday, June 13, 2013

Calon suami

Ketahuilah bahawa, seorang perempuan akan mudah tertarik dengan lelaki yang mempunyai ciri perwatakan seperti ayah mereka sendiri tanpa disedari.

Kerana perempuan yang mendapat kasih sayang yang secukupnya dari bapa mereka akan melihat bapa mereka sebagai contoh bapa yang terbaik. Oleh itu, lelaki yang berpewatakan seperti bapa mereka akan lebih mudah menarik perhatian wanita ini. Ia berlaku kerana sifat keibuan wanita itu sendiri, kerana wanita bukan sahaja mencari teman hidup, malah wanita mencari bakal bapa kepada anak mereka.

Wednesday, June 12, 2013

Wordless Wednesday: Bulan Jun

Bulan Jun....

3 tarikh dlm kalendar hidup aku..

Lambatnya nak akhir bulan....

Nak jumpa awak...

Huhuuuuu~