Showing posts with label suka hati aku. Show all posts
Showing posts with label suka hati aku. Show all posts

Wednesday, July 27, 2016

Nak menulis semula

Nak menulis semula atau tak? Hmmm.

Sekitar tahun 2005-2007, aku ada tulis 'novel'. Tak tahu la nak panggil novel, atau cakaran ayam di minda aku. Hahahaha. Bermula dari habis SPM, belajar kat Matriks, sampailah aku nak masuk universiti. 

Aku luangkan banyak masa menulis. Belajar dgn menulis, aku masih mampu nk bahagikan masa. Bila kepala dah tepu belajar, aku mula menulis. Selama tempoh tu, dapat la jugak aku tulis 1.5 novel. Apsal ade setengah? Sebab satu tu sampai sekarang masih tak dapat ending lg. Klimaks pun belum sampai, sebab aku dah mula sibuk kat universiti, sibuk dengan bola jaring, gamelan dan juga aktiviti kelab. Makin lama makin sibuk, makanya makin tersadai. 

Bila baca semula novel aku tu, macam kelakar la pulak. Malu pun ada gak. Jalan cerita? Aku dah mula rasa makin byk novel yg ada jalan cerita yg lebih kurang sama dengan novel aku. Padahal masa aku tulis tu, tak ada jalan cerita yg mcm tu. Hmmm. Nampak sangat idea aku tu dah jadi terlalu 'common'. Common pada waktu skrg la. Waktu aku menulis tu, masih lg dlm kategori 'rare'. Hahaha. Tapi tak la secara menyeluruh. Cuma dalam 30 peratus je yang sama. 

Aku terfikir utk menulis semula. Seingat aku, aku dah ada akaun dlm penulisan2u.com. Tapi, aku pun dah lupa akaun aku tu, aku letak nama apa. Hahaha. My Bad~ Aku ni pelupa orangnya. Tapi disebabkan aku dah makin sibuk sejak lepas bersalin ni (sibuk kelek anak. Hahaha. Masa aku tulis entry ni pun, aku kena berhenti separuh jalan, sebab anak aku menangis mintak susu~), aku pun tak tahu bila masa aku nk mula menulis semula. Mungkin bila aku dah bergelar fulltime housewife (hopefully, aminnn. insyaallah).
Nantikannya~

* Poyo je lebih*

Friday, March 28, 2014

Diorang buat boleh?

Diorang buat boleh? Kenapa kita tak boleh?

Pernah tak cakap ayat macam ni? Ayat ni biasanya diungkapkan bila kita rasa ketidakadilan berlaku. 

Contoh 1:
Kenapa anak dia boleh je dating berkepit setiap hari, tapi aku yang jumpe sebulan sekali ni die cakap tak elok? 

Contoh 2:
Kenapa dia boleh je decide nk kawin dalam masa kurang dari setahun, tapi aku yang dah decide 2 tahun ni tak boleh?

Contoh 3:
Kenapa dia boleh je cakap kasar-kasar, gurau kasar, sumpah seranah orang? Tapi bila orang lain buat, dia nak terasa, marah?

Pernah tak? Aku pernah. Hahahaha.. Nampak tak aku tak puas hati kat situ? Memang pun. Kadang-kadang, rasa tak adil. Terpaksa jaga hati orang. Asyik jaga hati orang je, hati sendiri sape nak jaga? Sendiri jaga laaa.. Kalu hati sendiri jaga, maksudnye, suka hati laa aku nk buat ape pun, ade aku kesah??

Sekian, terima kasih~

* Suka hati aku nak buat apa lepas ni. Ada aku kesah? Asyik aku je nak jaga hati orang..*