Showing posts with label hari lahir. Show all posts
Showing posts with label hari lahir. Show all posts

Sunday, June 26, 2016

Happy Birthday Me~

Makan di cafe Hipstur, Jalan Dhobi, JB
Selamat hari lahir utk diri sendiri ke 28 tahun. Woot woot..

Tiada apa yg unik tahun ni, melainkan baru je lepas keluar hospital semalam, sebab baby mcm nak keluar, tapi tak nk keluar. Baby main cak-cak dulu .Huhu. 2 hari kat hospital. So, hari ni, aku pergi jalan-jalan kat Mydin Nusajaya, teman abg Fairuz buka puasa kat tepi terminal feri nusajaya (berbekalkan bihun yg aku masak), dan jalan-jalan kat Bazar Karat JB (dgn harapan aku senang bersalin nanti. Hohoho). Dan akhir sekali, makan kat Cafe Hipstur.

bukak pose~

makcik2 ni buat aktiviti kt area bazar karat


Alhamdulillah, makin bertambah umur, makin bertambah tanggungjawab, makin dekat dgn kematian. Huhuhuhu. Terima kasih abg Fairuz sbb belanja makan kt Cafe Hipstur, dan belanja romper Johor Darul Ta'zim utk baby dlm perut. Hehehe..

* Tapi...kek takde, abg Fairuz terlupa dan lambat wish.. sedihhh.. Nangis kat bucu katillll*

Thursday, June 25, 2015

25 Jun 2015

Alhamdulillah..

Dapat sambut hari lahir ke 27.

Terima kasih emak kerana melahirkan anak emak ni. 

Disebabkan hari lahir aku jatuh pada bulan puasa, aku hanya jalani hidup macam biasa. Tak ada sambutan sgt. Ucapan pun dr abg Fairuz melalui panggilan telefon di siang hari, bukan dimalam hari tepat jam 12.00 mlm. Wuwuwuwuwu..

Apa-apa pun, alhamdulillah. 

Aku dapat hadiah suami tahun ni. Ekekekeke..

Monday, June 23, 2014

Selamat Hari Lahir emak..

Selamat hari lahir ke 53 utk emak.


 Terima kasih sebab sentiasa terima anak mu seadanya.
Terima kasih kerana membesarkan ku
Terima kasih kerana tak pernah jemu memberi kasih sayang..
Jasa mu takkan mampu ku balas walau dengan darah sekalipun..

Tuesday, June 10, 2014

Hadiah harijadi

Hari lahir aku bakal tiba tak lama lagi.... bila? Lagi 2 minggu. Hehehe. Maka genaplah aku yang berumur 26 tahun. Makanya aku tengah terfikir apa hadiah untuk diri sendiri. Iye la, nak tunggu org belikan, rasenye macam takkan berpeluang. Nak merasa, maka belikan la untuk diri sendiri. Orang tengok memang la sedih, sbb perasaan die sama mcm Mr Bean bg kad krismas kat diri sendiri, tak ke gitu? Hahahha. Benda-benda yang aku nk beli?

1. Cincin. Aku nk beli cincin emas. Sebentuk. Stail kegemaran aku? Cincin belah rotan. Sebab nampak simple, mcm aku yg suka benda simple. Org ckp nnt boleh dpt masa kawin, tp... entah la. Akhirnya aku buat keputusan untuk beli sendiri. Hahahaha. Gitu. 

2. Bunga. Ros. Aku nk beli bunga ros sekuntum. Tu je. Hahahaha. Mesti kelakar kan? Tak pun, sbb pd aku, satu tu dah cukup da.

3. Coklat. Aku nk beli coklat dlm tin tu. 1 tin.

4. Bercuti sorg diri. Hmm. Yg ni aku dah mula survey tempat nk bercuti. Tak lama aku boleh cuti, tp asalkan aku boleh spend birthday aku dengan senang hati. Aku akan bawak sume benda yang aku nk beli tu, dan habiskan sepanjang hari birthday aku tu kat sana. Amacam? Hahahaha.. Macam kelakar pulak aku dok sorg-sorang, smbil pegang bunga dan makan coklat. Oh, terlupa nk beli kek 1 potong. Nak beli byk-byk, nnt kenyang terbongkang plak. Tak leh...

Hahaha. Ni la hadiah yang aku tak pernah dpt seumur hidup aku, kecuali kek. Mungkin bg org lain, benda ni mcm dah biasa da dpt, tak kesah da. Tapi, aku bukan la antara org yg terpilih tu. Hehe. Aku harap planning aku ni akan berjaya. Ikat perut sikit utk pastikan planning aku ni berlaku dgn jayanya, sbb ia hanya akan berlaku bila ada duit. Hahahahahaha. Ok, nmpak sgt aku dah hampir ketandusan duit. Tapi sekali sekala utk diri sendiri, apa salahnya kan?

* Tunggu je la 25 Jun nnt, sama ada planning aku ni berjaya ke tak..*

Monday, June 25, 2012

Terima Kasih, Emak

24 Jun 1988,
7.30 malam. Kg Seri Jaya, Johor Bahru
Emak terasa macam nak bersalin. Padahal usia kandungan baru 7 bulan. Eh,pelik? Mengandung kali ni adalah yang paling mencabar. Abah terpaksa di transfer ke kem Terendak, Melaka. Mak pula tak nak ikut, nak duduk kat Johor, besarkan anak. Yang ada di rumah, angah, berumur 3 tahun. Bermula dari awal kandungan, emak dah mula-mula mabuk,sampai sekarang. Agak berbeza dari 3 kandungan yang sebelumnya. Mengidam pun semua makanan yang pelik-pelik. Bertambah sukar sebab abah tiada di sisi, terpaksa la emak mengadu pada kawan baiknya, Mak Cik Sal yang bersusah payah tolong carikan semua makanan yang mak teringin nak makan.

10.30mlm, Kg Seri Jaya, Johor Bahru
Abah tiba dari Melaka, dengan motor vespanya. Abah cakap, dia rasa tak sedap hati hari tu, macam nak balik rumah saja. Lepas habis duty, abah terus naik motor secara senyap-senyap balik ke Johor Bahru. Sampai di rumah, emak mengadu sakit perut. Terus abah bawak pergi hospital.

11.30malam,Pantai Lido, depan Hospital Sultanah Aminah
Emak resah, abah termenung. Memandang selat dengan pandangan sepi,sambil ditemani deruan ombak dan tiupan angin selat yang sepoi-sepoi bahasa. Masing-masing terdiam dan termangu. Masih terngiang-ngiang kata-kata doktor selepas pemeriksaan tadi.
" Harapan hanya 50%-50%. Anak awak ni sonsang dan tak cukup bulan. Mungkin akan terlalu banyak komplikasi. Nampaknya dia akan tersekat di tulang pelvis dan sukar untuk dilahirkan. Saya tak jamin dia akan dilahirkan sihat. Bersedia untuk kemungkinan yang buruk"

 Akhirnya emak bersuara:
" Saya yakin anak ini akan lahir, saya yakin dia akan hidup dengan sihat"

25 Jun 1988,
2.30pg, HSA
Emak dibawa masuk ke dalam bilik bersalin selepas tanda-tanda untuk bersalin semakin ketara. Dalam hati emak berdoa agar semuanya baik-baik sahaja.

3.30 pg, Bilik bersalin HSA.
Emak sudah terasa sakit untuk melahirkan. Air ketuban sudah mula pecah, dan keluar dengan banyaknya. Sudah tiba masanya untuk bayi melihat dunia. Emak mula bimbang, mampukah dia? Proses melahirkan amat sukar. memang benar kata doktor, bayi ini tersekat di tulang pelvis, secara melintang! Terpaksa doktor 'menyeluk' tangannya demi membetulkan kedudukan bayi. Bermacam-macam alatan digunakan untuk menyelamatkan nyawa,ibu dan bayi. Yang macam sudip ada, yang macam senduk pun ada. Emaklah yang paling banyak berkorban selama proses itu, bagaikan seekor ayam yang disiang. namun, emak tetap yakin,
Anak aku akan lahir dengan sempurna

7.15 pg, Bilik bersalin HSA.
Setelah berhempas pulas, bayi pun dilahirkan, namun masih berada di dalam 'sarung'. Doktor terpaksa mengguntingkan sarung itu untuk mengeluarkan bayi. Bayi terus dimasukkan ke unit rawatan rapi. Abah terus pulang ke Melaka pagi itu, dan memohon emergency leave/paternity leave, dan terus pulang ke Johor Bahru semula.

3.00ptg, wad kanak-kanak HSA
Emak dan abah pergi melawat bayi mereka. Emak fikir mungkin anaknya ditempatkan didalam incubator, namun tiada. Setelah bertanya kepada doktor, anaknya ditempatkan didalam sebuah baby coat. Alhamdulillah. Doktor turut kagum, kerana bayi ini mampu bernafas sendiri, tiada komplikasi, walaupun jangkaan awal bayi itu tidak mampu untuk menempuh hidup hingga matahari berada di atas kepala. Berat, hanya 1.7 kg, kepala sebesar penumbuk orang dewasa,  tapak kaki hanya sebesar ibu jari orang dewasa. Sangat kecil.

2 Julai 2012
Akhirnya emak dan abah membawa pulang bayi mereka. Emak terpaksa meminta bantuan nenek, sebab takut anaknya akan tercicir, kerana saiz yang terlalu kecil. Sesampai dirumah, angah bertanya kepada emak,
Ni anak monyet ke?

Cis,sungguh tak sayang mulut! Sudah lumrah bagi bayi yang tak cukup bulan, badan mereka akan dipenuhi bulu. Emak hanya tersenyum.

bukan, ni adik.

Selama sebulan selepas kelahiran, seorang misi telah ditugaskan untuk ke rumah emak setiap pagi dan petang, untuk memantau keadaan dan memandikan bayi, serta memberi ubat. Setiap minggu selama 3 tahun, emak terpaksa merujuk bayinya itu ke klinik. Walaupun setahun kemudian emak melahirkan seorang bayi lelaki, terpaksa juga emak ke klinik membawa dua orang anaknya bersama-sama menjalani pemeriksaan rutin.

2 tahun kemudian
Emak risau, anaknya tidak lagi pandai bercakap dan berjalan. Menangis pun agak jarang. Bisukah dia? Cacatkah dia? Emak yakin anaknya itu normal, tiada masalah. Kadang-kadang, akan dicubit anaknya itu, semata-mata kerana ingin mendengar tangisannya. Namun, selalunya, ia hanya seketika. Setiap pagi, emak akan membawa anaknya bertatih diatas rumput yang basah dek embun pagi, supaya saraf kaki anaknya itu sihat. Setiap hari dan setiap masa, akan diajar anaknya itu berkata-kata, supaya perkembangan minda anaknya tidak terbatas.

25 Jun 2012
Sudah 24 tahun emak melahirkan anaknya yang tidak cukup bulan. Keyakinan emak yang pertama menyebabkan lahirnya anak itu. Kerana emak, anak itu membesar dengan sempurna. Kerana emak, anak itu seorang atlit bola baling, bola jaring, futsal, lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, pelari pecut dan pelari jarak jauh. Kerana usaha emak, anak itu petah berbahas dan berpidato, mewakili sekolah dalam pelbagai acara. Kerana emak, anaknya itu sudah berjaya di menara gading, dan sudah bekerjaya. Kerana emak, anaknya membesar dengan sihat, dari ketinggian hanyalah 15cm, telah menjadi 167cm. Kerana emak, aku boleh bernafas dan bersyukur hingga hari ini.

Terima kasih, emak...