Monday, June 9, 2025

Gadis, nak kahwin, carilah suami yang sayang kita lebih

Selalu tak dengar kalau orang cakap, kalau nak kawin, cari orang yang sayang kita lebih? Lebih-lebih lagi perempuan?

Ada betul benda ni. Topik ni hangat dalam Threads 2 3 hari ni.

Bayangkan kalau benda sebaliknya. Perempuan yang lebih sayang lelaki. Dah gembira bila kawin. Isteri ni pun sangka suami ni kawin dengan dia sebab memang pilihan dia, dalam masa yang sama isteri tak tau suami kawin dengan dia sebab isteri tu je pilihan yang dia ada. Tapi, isteri ni macam rasa suami tu, bukan ada dengan dia. Jadi isteri ni akan beri usaha 200% nak pastikan suami tu stay. Isteri sanggup diam bila rasa sedih, sanggup berdikari, buat apa je nak pastikan suami tu, tetaplah sayang ke dia. 

Nampak macam terhegeh kan?

Tapi, ada satu masa isteri ni akan sedar. Kadang-kadang berpunca dari benda kecil, dan baru la isteri ni nampak. Eh, aku ke terhegeh? Kenapa aku kena berusaha macam ni?

Jadi isteri pun bersedih. Rasa nak dipujuk. Sebelum ni isteri ni rajin la update apa-apa aktiviti ke suami dia. Nak la juga rasa suami tu ada dalam hidup dia, nak rasa dekat. Isteri ni risau kalau tak, suami ni cari orang lain. Bila isteri ni sedih, dia pun ambil pendekatan, tak apalah, dia akan senyap jauhkan diri. Harapnya suami ni cari la dia. Tapi apa terjadi? Suami lagi suka sebab tak ada yang ganggu. Eh, isteri silap langkah. Makin lama, makin jauh. Bila isteri dah tak ada effort, akhirnya perkahwinan tu pun makin tawar sebab usaha tu dari sebelah pihak je. 

Itulah. Perkahwinan ni satu pertalian. Kalau rasa cinta tu tak ada, akhirnya akan runtuh juga. Lagi-lagi kalau dari sebelah pihak. Usaha macam mana pun, akhirnya yang berusaha pun letih, yang diusaha pun bosan. Apa perlu buat? Yang berusaha hentikanlah usaha. Cari bahagia sendiri. Itu je. Kalau asyik nak kena hidup dalam ketidakpastian, nak kena sentiasa berjaga sedangkan hati sendiri pun terabai, takkan bahagia diri sendiri kan?

No comments:

Post a Comment