Friday, August 7, 2020

AKPK: Tamatkan perkhidmatan

 Akhirnya, aku bebas dari AKPK 😁. 

Bermulanya kisah aku dan AKPK adalah pada April 2018 ( post di sini), dan berakhir pada  August 2020. 2 tahun 4 bulan. Terima kasih diatas perkhidmatan. Akhirnya nama aku bebas dari hutang. Bukan setakat hutang AKPK, malah hutang kereta pun aku langsaikan. 😌

Setelah bersusah payah tahan diri dari berbelanja benda merepek, duit bonus pun aku kentalkan gak hati untuk tak belanja, aku langsaikan semuanya.  Bukan mudah, tapi tak susah. Asalkan memang dah ada niat, teruskan aja. Aku langsaikan juga hutang orang yang guna nama aku tu, asalkan nama aku bersih dari AKPK. Ccris dah bersih, macam baby baru lahir 👶. Bukan apa. AKPK ni memang bagus untuk tolong kita yang memang dah tersepit, dan memang bagus untuk bersihkan rekod kewangan kita. Tapi kena tahu, kalau nama dibawah AKPK, nak buat loan sememangnya tak boleh, nak jadi guarantor pun tak boleh, nak jamin orang kat mahkamah pun tak boleh. 

Macam mana nak tamatkan perkhidmatan AKPK?

Kalau kita nak tamatkan perkhidmatan ni, ada beberapa sebab. Satunya, kita lapse nak bayar, dan perjanjian dengan AKPK akan terbatal. Oleh itu, hutang akan kembali seperti biasa, dengan rekod buruk tu pun akan kembali seperti biasa, dan juga tukang kutip hutang akan memburu kita seperti biasa 😓. Sebab ke dua, kita sendiri tarik diri, sebab dah mampu nak bayar hutang seperti biasa. Kita tak langsaikan terus, tapi disebabkan nak keluar dari belenggu AKPK, kita pun tarik diri. Bayar hutang pun tetap berjalan seperti biasa. Sebab ke tiga, kita dah bayar segala hutang kita dengan bank. Haa. Cara yang ke tiga ni la yang aku buat. Biar langsaikan terus, tak payah nak sakit kepala setiap bulan nak bayar hutang. 

Caranya?

1. Hubungi bank yang berkenaan. 

Macam aku, aku ada hutang dengan Maybank & RHB. Untuk Maybank, tak ada masalah, sebab hutang tu aku boleh nampak kat Maybank2u. Untuk RHB pun sama, kecuali ada satu akaun jahat yang menyebabkan aku terseret ke dalam belenggu AKPK ni, memang aku tak nampak berapa hutang yang aku perlu bayar. Mula-mula aku call RHB hotline yg macam biasa tu, tapi customer service operator tu suruh aku hubungi bahagian kredit & kutipan. Bila aku call bahagian kutipan dan cerita tujuan aku untul buat penyelsaian penuh, pegawai RHB tu beri aku satu lagi nombor untuk aku hubungi, iaitu En Nasir yang memang pegawai yang bertanggungjawab untuk kutipan loan dibawah AKPK ni. Selepas buat panggilan untuk sahkan jumlah keseluruhan baki pinjaman, aku diberikan tempoh selama seminggu untuk langsaikan hutang tu. Selepas buat panggilan pada En Nasir, dia akan email surat jumlah akhir bayaran yang perlu aku jelaskan, dan email tu perlu aku print dan bawa sebagai bukti di bank nanti.

Ni surat baki hutang dari RHB

2. Pergi bayar hutang

Surat ni aku bawa ke cawangan RHB yang aku suka ( Aku pergi RHB IOI Mall Putrajaya 😁). Bila sampai di kaunter tu, aku jelaskan tujuan aku untuk buat pembayaran penuh. Petugas kaunter akan minta surat bayaran akhir tu dan IC aku, dan suruh aku tunggu sementara dia telefon En Nasir tu untuk dapatkan pengesahan. Bila dah sah, petugas kaunter akan panggil kita semula, dan kita boleh buat pembayaran dengan jumlah yang dah ditetapkan. Resit tu simpan elok-elok.

3. Buat permohonan di AKPK berkaitan penyelesaian penuh. 

Ok. Yang ni, kena tengok ye pegawai bank yang uruskan akaun AKPK kita tu ye. Macam kes aku, En Nasir tu sendiri yang hantarkan permohonan. Pihak RHB tempat aku bayar penuh tu akan email resit pembayaran pada En Nasir, dan dia akan uruskan semuanya. Tau-tau je aku dah dapat surat pelepasan dari AKPK. 


Email yang membuktikan En Nasir dah terima resit dari pihak bank

Email yang menunjukkan AKPK dah terima surat penyelesaian penuh dr RHB

Manakala, untuk Maybank, lepas habis bayar, kena call Maybank dan bercakap dengan pegawai yang menguruskan akaun berkaitan AKPK. Nanti dia akan email surat pelepasan, dan kita sendiri kena email dan buat permohonan pada AKPK. 

Surat pelepasan dari Maybank

Cara nak buat permohonan ke AKPK?

Sebab aku langsaikan hutang aku waktu moratorium, dalam portal AKPK, akaun kita akan diiktiraf sebagai tak matang, dan memang tak boleh nak upload dokumen sokongan seperti biasa. Apa yang perlu kita buat, emailkan surat pelepasan tu pada AKPK, iaitu cust.adjsec@akpk.org.my. Emailkan surat pelepasan pada alamat ni, dan dalam masa beberapa hari, kita akan dapat maklumbalas dari pegawai yang bertugas berkenaan dengan pembayaran penuh. Setelah semuanya siap, kita akan dapat lagi satu email dari AKPK, yang mengatakan  pemohonan untuk penyelesaian penuh dah berjaya 🎉🎉. 

Email untuk mintak penyelesaian penuh pada AKPK

Email yang aku dapat dari AKPK, bermakna permohonan aku dah dalam proses.
Yeayyy. Permohonan berjaya

Bagi permohonan pelepasan yang berjaya, AKPK akan beri satu surat rasmi, yang mengatakan kita dah tak ada hutang dengan AKPK. Surat ni boleh didapati dari portal AKPK. Nanti dalam email permohonan berjaya tu, akan disertakan sekali tempat kat mana kita nak download surat tu. 

Bagi besar sikit. Boleh klik pada Letters.

Surat pelepasan 


Maka, tamat sudahlah perkhidmatan AKPK. Terima kasih aku ucapkan kepada AKPK sebab dah membantu aku dalam menguruskan kewangan dikala aku sedang tersepit. Buat masa ni aku memang tak ada fikir nak buat apa-apa komitmen pada bank. Nak merasa berbelanja dengan duit gaji sendiri. Hehe. 

Ingat, AKPK ni buka Ah Long, tapi cuma nak tolong 😊