Biasanya, lepas je bersalin, dalam wad sblm keluar, pasti doktor akan tanya, apa kaedah perancangan keluarga yg kita akan ambil. Kalau kita jawab nantilah dulu atau nanti tanya suami, atau nanti saya fikir, atau nak merancang sendiri, pasti doktor akan kerutkan muka. Hmmmm. Boleh percaya ke?
Aku sendiri bg jawapan nak merancang sendiri lepas bersalinkan Sulaiman. memang berjaya, tp utk 10 bulan je la, sebab lepas tu aku berjaya pregnant Aminah. Hahaha. Agak rapat jarak tu, lagi pulak dgn sejarah aku tumpah darah lepas bersalinkan Sulaiman, pendarahan awal kehamilan sampai kena masuk wad, memang agak tebal la telinga aku dengar bebelan doktor. Tak apa la, demi kesihatan kita sendiri dgn anak kita juga. Sendiri cari pasal, sendiri la kena tanggung.
Jadinya, lepas aku mendapat pengalaman yg agak menyakitkan lepas bersalin Aminah, dimana uri lekat dan aku tumpah darah, jadi aku ambil keputusan utk tak merancang sendiri. Bukan tak percaya pd diri sendiri, tapi aku belajar dari kesilapan. Lepas berbincang dgn abg Fairuz, aku ambil keputusan utk gunakan kaedah depo injection. Masa checkup Aminah utk umur sebulan, aku selamat dicucuk di punggung. Adui, memang sakit sampai 2 3 hari bisanya tak hilang. Tapi bila utk kali ke 2 dan seterusnya, rasa saakit tu dah hilang da. Hehe.
Kenapa aku pilih inject depo?
1. Sebab kena bayar rm1 je
2. Mudah. Hanya ambil suntikan 12 minggu sekali
3. Tak perlu fikir pasal terlupa makan ubat. (Yg ni memang antara sebab utama kenapa aku tak ambil kaedah pil perancang, sebab aku jenis pelupa.)
Tapi yg pasti, setiap ubat pasti akan ada effectnya pd setiap org. Ini effect pd aku:
1. Keluar blood spotting utk 4 bulan pertama.
Tak keluar byk, tp sikit shj. Hanya perlu pakai pantyliner. Bila tanya nurse, dia jwab yg ni normal utk org yg ambil inject depo. Perlu solat mcm biasa, sebab ia dikira sebagai darah penyakit, bukan darah haid.
2. Tak keluar haid.
Lepas habis fasaa spotted tu, memang aku bersih. Sampai la sekarang anak pun dah nk masuk 9 bulan, memang tak ada haid, sampai la aku dermakan semua pad aku pd kakak dgn adik aku. Hahaha. Bila aku tanya doktor, dia ckp benda tu adalah nornal, sbb tak ada berlaku ovulasi dan injct depo tu berjaya.
3. Berat badan mudah turun
Berbanding masa mengandungkan Sulaiman, aku perlukan antara 7-10 bulan utk dptkan berat aku sekarang. Tapi lepas inject depo, hanya 2 bulan je aku dah kembali kpd berat sekarang. Hmm. Agak cepat.
4. Mood swing, PMS, perut cramp, sakit kepala.
Yg ni hanya terjadi pd hari pertama selepas injection. Lepas tu dah tak rasa apa-apa dah.
Setakat ni, itu je simptom yg aku alami. Yg lain tu mcm tak ada. Tapi kena ingat, lain org mungkin lain tindakbalas tubuh terhadap hormon tambahan ni. Kena dapatkan nasihat doktor sebelum nak ambil apa jua keadah perancangan keluarga.