Wednesday, March 21, 2018

Pelupa, lagi. Momnesia

Aku pernah menulis pasal pelupa dan terlupa sebelum ni. ( Disini, dan disini). 

Lepas bersalin anak no 2 ni, pelupa aku makin melampau. Org kaitkan benda ni dgn momnesia iaitu keadaan dimana ibu mengandung, dan ibu yg baru melahirkan anak kerap terlupa. Perkataan yg biasa aku cakap pun aku lupa. Benda yg aku nk buat pun aku boleh lupa dlm 5 saat. Pergi dapur nk buat susu anak, sampai dapur aku tertanya, kenapa aku pergi dapur? Nak pergi kerja, lupa kat mana aku letak kunci kereta. Merata la aku pusing satu rumah nk cari kunci kereta. Alahai. Makin parah pulak. Aku google la pasal momnesia ni. Ni yg aku dapat:

Momnesia! What is it? The term momnesia is a term first coined by pediatrician Dr. Tanya Altman. Momnesia refers to the memory challenges mommies face in their 26th week of conception through the first 6-12 months of motherhood. Additional insight was revealed by neuropsychiatrist Dr. Louann Brizendine. Brizendine is the founder of the Women’s and Teen Girls’ Mood and Hormone Clinic at the University of California, San Francisco and author of The Female Brain. In her book, Dr. Brizendine discusses the impact of the biological and hormonal changes motherhood brings. For example, she says a big boost in the feel-good hormone oxytocin and other changes contribute to a shift in a mother’s priorities. Dr. Brizendine, who jokingly refers to the entry to motherhood as the “invasion of the brain snatchers” writes, “The parts of the brain responsible for focus and concentration are preoccupied with protecting and tracking the newborn for the first six months.” She elaborates the additional oxytocin released during breast feeding can “heighten and prolong this unfocused state.” The severity varies from mom to mom.
Menurut laman web bable.com, Momnesia ni boleh dikaitkan dgn kondisi badan siibu yg bersedia utk kelahiran sianak:

That’s because a set of neurons known as the amygdala help process memory and drive emotional reactions like fear, anxiety, and aggression. After a woman gives birth, activity in the amygdala grows and makes her hypersensitive to her baby’s needs. Not only that, but pregnancy hormones do their thing too. All of that combines to basically take over mom’s brain with EVERYTHING BABY. Scientists have said that becoming a parent — at least in the brain — looks a lot like falling in love. Affection for baby, anxiety about baby’s well-being — all of this new brain action shoves less important stuff out your ears. “You only have so many shelves in your brain, so the top three are filled with baby stuff,” Louann Brizendine, MD, director of the Women’s Mood and Hormone Clinic at the University of California, San Francisco,  tells WebMD.
 A British study also shows hormones may also affect spatial memory — which includes remembering where things are — in pregnant women and new moms. Some doctors even speculate there’s an evolutionary angle. Women’s health expert Donnica Moore, MD, tells WebMD, “It has been postulated that, from an evolutionary standpoint, this memory impairment may be helpful so that women will forget about other stuff and focus on caring for the child.”
 
Haaaa. Itu la sebab kenapa pelupa aku mmg dah tahap gaban. Kadang-kadang rasa kesian dgn diri sendiri, kadang-kadang rasa kecewa dgn diri sendiri. Tapi nk buat mcmana, sbb lumrah alam. Anak tu sendiri adalah kurniaan Allah. Rasa pelupa tu, letak la tepi kejap. Hahaha. 

Saturday, March 17, 2018

Cara taknak terlupa anak dalam kereta.

Rentetan kisah si ibu yg tertinggal anak dlm kereta yg aku post smlm (disini), ada beberapa cara yg boleh digunakan utk pastikan kita takkan tertinggal anak dlm kereta. Aku pun antara ibu yg kerap terlupa dgn bukan sengaja. Dah nama pun terlupa, bukan melupakan atau dilupakan. Disebabkan aku pun takut dgn tahap pelupa aku ni, aku pun cari cara utk pastikan aku tak terlupa pasal anak aku.

1. Letak handbag/handphone berdekatan dgn carseat anak. 
Pastikan barang berharga tu tak kelihatan dr pandangan mata kasar si pencuri. Letak/ sorok kt blkg carseat, atau kat bwh carseat anak. PAstikan barang tu adalah barang yg kau takkan lupa nk bawak kalau tinggalkan kereta. Handbag ke, pass masuk opis, handphone, botol air, beg pam susu, bekal sarapan pagi, dan mcm2 lagi la.

2. Letak kasut sebelah berdekatan carseat anak
Ini sebenarnya berguna juga, tp tak berapa digalakkan utk memandu tanpa kasut. Kalau yg memang jenis memandu pakai kasut rata, bila keluar pakai high heels atau kasut lain, letak kasut berjalan tu kt bwh carseat anak. Dgn ini, kita mmg takkan terlupa ada anak kita kt belakang

3. Guna aplikasi waze
Yg  ni, canggih sikit. Gunakan waze utk beri peringatan tentang anak kita. Selain guna alert " Anda telah sampai", gunakan alert " Adalah anak anda selamat?". Haaa. Cara ni aku tak guna lagi, sbb aku tak guna Waze, dan aku tak ada nk explore Waze tu lagi. Ni aku dpt info dari ibu bapa yg ada guna cara ni utk buat reminder pasal anak mereka.  Nanti kalau aku dah explore aplikasi ni, aku update ye. 

Setakat ni, itu sahaja yg aku rasa relevan utk kita sebagai ibu dan bapa gunakan utk pastikan anak tak tertinggal dlm kereta. Beringat sebelum terkena. Jgn pernah mengutuk org yg dah tersilap, tp ambil benda tu sebagai pengajaran yg berguna kpd kita sbg ibu bapa.

Friday, March 16, 2018

Tertinggal anak dalam kereta

Gambar google dikorek dari sini

Terbaca berita bayi yg meninggal dunia sebab ibu dia tanpa sengaja tertinggalkan anak dia dalam kereta. Bila terbaca berita mcm ni masa dlm pantang, hanya Allah je yg tahu perasaan tu. Takut. Takut kalau benda tu terjadi pada aku. Takut kalau waktu tu aku terlalai atau terlupa akan anak aku.   Aku tak salahkan pun si ibu, sbb terang-terang si ibu sampai tahap meraung dan meratap bila tgk mayat anak dia. Dari situ kita dah boleh agak dan tahu yg siibu memang tak sengaja.

" Alah, takkan anak sendiri pun boleh lupa?"

Pernah tak kau terlupa sesuatu tu sebab benda tu luar dari kebiasaan?

Aku pernah, dan benda tu mmg tak best. Kau dah ada rutin harian yg dah diulang selama berbulan, malah bertahun. Tetiba hari tu, rutin tu berubah. Otak kau yg dah bertahun terbiasa dgn rutin lama, terpaksa bekerja keras utk ikut rutin  baru tu. Kalau waktu tu otak kau takda fikir apa-apa, insyaallah rutin baru tu takkan dilupakan. Tapi disebabkan waktu tu otak kau tengah sibuk fikir pasal audit pagi ni, dokumen tak siap, calibration instrument tak siap lagi, makanya rutin yg baru tu akan mula dilupakan. Ini lah yg terjadi pd siibu, bila rutin meletakkan anak di seat hadapan, berubah bila sianak duduk kt seat blkg. 

" Sanggup mak dia bunuh anak dia??"

Mak tak sengaja. Kau faham tak sengaja? Kau ingat mak dia suka-suka nak tinggalkan anak dia? kalau nk bunuh anak, apa kes nk bunuh anak kt parking tempat kerja? Baik bunuh dekat dlm hutan, tak ada saksi. Mak dia tu pun dah elok besarkan anak dia, nampak comel da. Sebabkan ketidaksengaja si ibu menyebabkan anak terkorban

Pada aku, cukuplah nk menyalahkan siibu. Aku sendiri seorang ibu, seorang ibu yg bekerja. Aku tau mcmane otak nk belah 4-5-6 bahagian sbb nk fikir soal anak, soal kerja rumah dan soal kerja pejabat. Terpaksa multitasking. Itu belum lagi tiba-tiba dapat berita kilang nk tutup. Pulak pergi kerja tiap2 hari sambil fikir kt mana nk cari duit. 

Tak kena kt batang hidung sendiri, boleh la nk komen macam-macam. Bila dah kena batang hidung sendiri, baru tahu langit tinggi ke rendah. Jgn pernah nk mudahkan kerja org lain kalau kita sendiri tak pernah buat atau alami benda tu, sbb susah payah hanya org yg alami je tahu. Kalau tak mampu nk komen yg murni-murni, baik tutup je mulut, tak payah nk tambah dosa yg belum tentu surut.