Wednesday, May 3, 2017

Masalah orang berkaki saiz gajah

Kasut yg berjaya di beli di Mydin Pulau Sebang dgn bantuan akak promoter yg bersusah payah merakas mencari saiz kasut aku dicelah-celah longgokan kasut yg byk.

Aku tergolong dlm golongan  yg berkaki luar dari kebiasaan. Bukannya kaki aku berbentuk tangan atau kaki aku berbentuk ekor ikan (aku bukan duyung. hahaha). Masalahnya, kaki aku panjang sikit dr saiz wanita malaysia yg lain. Bukan senang orang yg kakinya bersaiz luar dari kebiasaan. 


Di sini aku sertakan carta saiz kasut.

Sumber: tekan sini
Saiz kasut aku adalah seperti di dalam kotak merah tu. Kenapa berubah? Sebab ikut design kasut. Kalau kasut tu terlebih lebar, aku perlu pakai saiz 40, kalu tirus sgt, aku kena pakai saiz 41.

Saiz 40-41 ni bukannya pupus. Ada saiz kasut ni, tapi pilihan tak berapa byk. Selalu bila aku dah berkenan dgn design kasut, tapi bila aku mintak saiz, jawapan mesti menghampakan. Akhirnya, terpaksa berpuas hati dgn apa yg ada, termasuk lah berpuashati pakai kasut design lelaki atau pakai selipar jamban. Hahaha.

Pernah jugak masa persediaan nak masuk asrama dulu, aku kena pakai kasut kulit warna hitam. Merata aku berjalan dgn family aku semata nk cari kasut kulit hitam saiz aku, tapi amat menghampakan. Kedai kasut Bata yg popular tu pun takde saiz aku. Sapai abg kedai tu cakap kaki aku saiz jin.  T____T. Huhuhu. Yg ada, design lelaki. kau bayangkan budak perempuan pakai kasut design lelaki dgn baju kurung sekolah? Buruk tau tak! Aku terpaksa la terima apa adanya sampai la pertengahan tahun, bila kasut tu akhirnya rabak. Huhuhu. Lepas tu, bermulalah semula kembara aku mencari saiz kasut. Huhuhu.Dan episod pilu tu tak berakhir di situ. Ia berpanjangan hingga la ke matriks dan universiti. Huhu. Nasib baik kasut hitam tu pakai masa orientasi je. Akhirnya aku pergi kelas pakai kasut sukan. Senang. Selesa nk berjalan. Tapak tebal. Tapi semestinya kasut sukan itu adalah design lelaki. Hahaha. pakai baju kurung pun pakai kasut sukan. Hmmmm.. Ade aku kesah? Mestilah tak.

Aku rasa, dlm family mmg aku antara yg plg susah nk cari kasut. Saiz kasut wanita yg byk dijual di Malaysia adalah antara saiz 35-39. Nak jumpa saiz 40 tu, dah cukup bersyukur sangat-sangat, apatah lagi saiz 41. kadang-kadang aku pakai je kasut saiz 40 kalau saiz 41 takde. Terpaksalah aku pakai je kasut yg ketat tu.

Tapi, benda ni sebenarnya tak melemahkan semangat aku untk mencintai kasut (sbb aku adalah wanita biasa yg tak terlepas utk mencintai kasut). Hahahaha. Nampak sgt kewanitaannya. Pada aku, ni adalah satu cabaran dan keunikan. Ada la jugak rasa bangga walaupun sekelumit disebabkan kaki bersaiz gajah ni. hahaha. Benda ni kalau kita fikir positif, maka positif la jadinya. Hehe.

** Bukan peminat kasut bertumit tinggi**



No comments:

Post a Comment