Wednesday, April 26, 2017

Ni dah berapa kilo semut kena telan ni?

Minda aku da mula tumpul, sebab dah dipenuhi lemak-lemak tepu dek sebab kemalasan nak berfikir. Hahahaha. Ini la natijahnya bila minda aku kurang senaman. Malas berfikir tu bukan sebab aku malas, tapi sebab aku malas nk fikir. (Boleh macam tu? Hahaha). Bukan sekali dua aku jadi pelupa. Banyak kali da. masuk bilik sebab nak amik pampers anak, tapi bila sampai bilik, aku terpinga nk buat apa. Lepas tu aku pergi semula ke bilik air, baru teringat nak amik pampers. Ulang semula ke bilik. Huhu. Kan nampak parah tu?

Minda ni penting. Minda tu adalah otak, tapi otak tak semestinya minda. Kan? Iye la, sebab beruk pun ade otak, tapi diorang takde minda. Ek? Kalau dah dinamakan umat manusia, makanya minda ni amat penting. Tak kira la budak yang baru nak belajar hirup udara sendiri lepas duduk dalam air ketuban emak dia, atau pun pakcik-pakcik yang hanya duduk mengeteh kat kedai kopi. Kalau tak, masakan pakcik tahu jalan ke kedai kopi. Hahaha

Jadinya, aku cari la cara nk bg minda aku ni cekap, cedas dan cepat..

1. Buat latihan yg menggunakan akal
Buat la Sudoku, Jigsaw puzzle, Unblock Me, Dreams Chronicles, puzzle dan game-game yg memerlukan kita berfikir secara kritis. ecewah. Game ni semua memerlukan kita berfikir, dan mengingati. Boleh la nk kuatkan daya ingatan dan tumpuan. Tapi, jgn sampai terlebih batas.

2. Jgn lupa exercise
Badan sihat, otak cerdas. Hahaha. Google la cara-cara senaman yg membantu daya ingatan.

3. Cukup tidur.
Cukup tidur ni penting. Bila cukup tidur, bermakna otak kita cukup rehat yg diperlukan. Tp jgn terlebih tidur pulak, nnt makin lembap otaknya.

4. Bersosial
Jangan hanya duduk terperuk kt rumah sendirian. Sesekali, cuba luangkan masa dgn kawan-kawan. Berbual, berbincang, berkongsi pendapat. Kan elok tu.

5. Gembira
Bergembira. Tapi jgn terlebih batas pulak. Bila kita gembira, otak akan kurang fikir masalah. Jgn la disakitkan kepala dgn benda yg tak perlu. Org yg selalu bersedih lebih cenderung utk dpt penyakit yg berkaitan dgn akal dan emosi. Bila kita gembira,

6. Jgn stress
Pastikan tak stress. Sebab tu kena selalu bergembira. Sedih dan stress akan ganggu kita utk berfikir secara waras dan logik. Bila sedih dan stress, selalunya kita akan lebih cenderung utk mengikut emosi. Selain dari tu, stress juga menyebabkan otak kita mengecut. Oh my~

7. Makanan yg membantu ingatan.
Makan la kurma, kismis, kekacang dan makanan yg elok. Elakkan makanan yg byk pengawet dan perasa. Bukan setakat tak elok utk badan, malah tak elok utk kesihatah gak~

Itu je aku rasa yg mudah utk kuatkan minda. Harap-harap lepas ni daya ingatan aku lebih mesra alam la. Penat da rasanya asyik lupa nk buat apa tak smpai 10 saat. Hahaha

* Sindrom mak-mak* 

Artikel asal di sini

Wednesday, April 19, 2017

Tak Nak bagi org copy paste blog

Ini adalah rentetan kisah aku di entry sebelum ini.


Ini adalah blog rujukan utk entry aku kali ni: http://www.ahsanulkabir.com/disable-copying-text-blogger-blogs/. Aku belajar cara nk elakkan org copy paste blog dari blog saudara ni. Aku cuma buat secara bergambar utk memudahkan org yg kurang faham. 

Baru-baru ni, aku terperasan blog aku telah diciplak. Tapi bukan utk kesemua entry la. Hanya 1 entry yg aku perasan setakat ni. Oleh itu, aku cuba mencari jalan macamana nak hilangkan fungsi ctrl c + ctrl v dlm blog aku. Cari punya cari, aku terjumpa blog ini:


Link seperti di atas ye :)

Aku pun cuba la utk buat:

1. Pergi dashboard. Pilih layout.

2. Pilih add gadget


3.Nanti akan keluar page ini. Pilih HTML/ Java Script


4. Nanti akan keluar ini:


5. Boleh paste command ini (dapatkan command di sini):


6. Siap


View blog, dan tadaaaaaa. tak boleh copy paste dah. Hehe.

Selamat mencuba. :)




Plagiarism

Ambil dr google
Hmmm.. 

Tak sangka blog cikai aku  ni pun ada org copy paste. 

Copy and paste. Cetak rompak. Plagiat. Ni adalah benda yg perlu dihadapi oleh orang yg menulis & bahan penulisannya mudah didapati oleh orang lain. 

Benda ni bukannya tak normal. Dlm dunia blog ni, benda ni adalah sgt common, sgt normal. Memang tak dinafikan, hampir semua benda dalam dunia internet ni lebih kurang. Tak jadi masalah kalau kita ambil satu artikel tu utk dijadikan sumber rujukan, kemudaian baru kita olah sendiri ayat. Sama la mcm buat tesis. Tapi yg tak best tu, bila ada org yg dgn slumbernya, terus copy paste sebji sebulat artikel yg kita dah tulis. Dah la tulis pakai idea sendiri, sesedap rasa je dia tiru. Sampai kan 3 noktah kt hujung ayat aku pun dia tiru. Cuma yg dia tukar, dari aku kpd sy. Cehhhh...

Yg atas tu, blog aku. yg bawah tu, blog org yg meniru. Ayat sama je, cuma die letak salam, lepas tu tukar aku kpd saya. Tajuk pun tiru jugak, cuma tambah 2016)
Aku agak marah la. mana taknya, susah payah aku printscreen step by step, dia dgn bangganya copy semua sekali. Yg dia ubah sikit, utk kerja kerajaan je. 

Jadinya, salah satu cara nk elakkan org copy lagi blog cikai aku ni adalah:
1. Buat watermark pd gambar
2. Buat satu command utk elakkan org copy paste blog.
3. Letak remark Hak cipta terpelihara

Setakat ni aku dah mula buat 3 step ni. 

Harapnya lepas ni, sesiapa yg nk copy paste tu boleh, tp sila la nyatakan link blog asal. Jgn la dgn tak malu nk mengaku mcm harta sendiri




Saturday, April 8, 2017

Tayar pancit

Hari nan indah. 

Mula je keluar rumah, kereta rasa berat. Tapi bila check, tak ada apa-apa. Aku pun meneruskan pemanduan ke kerja. 

Bila drive kt highway Skudai, aku bwk kereta 90km/j (sbb dah lambat. hahaha) . Nasib baik aku memandu sambil bukak tingkap. Tetibe nampak ada ketulan hitam-hitam berterbangan dari kereta. Berderau darah. Terus aku berhenti ke tepi, atas flyover Taman Tun Aminah. 

Tayar pecah T___T
 Tayar kereta aku dah pecah. Huhuhuhu. Aku pandu kereta perlahan, sampai la depan kuil sblm MBJBT. Kat situ ada bus stop. Aku pun call la abg ipar. Bukannya tak reti nk tukar tayar sendiri, tapi sejak lepas bersalin ni, aku tak berapa larat nk angkat benda yg berat2. 

Sambil tunggu abg ipar, aku pun main la hp kejap. Tetibe ada satu bas berhenti, dan ada seorang penumpang turun. Dia lalu depan aku, terus dia tanya, " Tayar pancit ke?". Aku iyekan aja. Terus dia ckp nk tolong tukarkan. 

Terharu aku. Dalam 10min tu, ada sorang lg brother yg nk tunggu bas, Dia nampak brother ni tgh betulkan tayar aku, terus dia pun tolong jugak, sampai la dia pun tertinggal bas. Huhu. Tapi mujur lepas tu ada lg 1 bas. 



Dia betulkan tayar aku sampai siap. Lepas siap tu, baru la abg ipar aku sampai. Huhu. Silap aku, terlupa tanya nama dia. Yg aku ralat, aku tak ada duit dlm tgn. Tak dpt hulur sepuluh dua kt dia. 

Terima kasih kepada abg ni. Penat balik kerja dr Singapore, tp masih boleh bantu aku. Org lain? Siap hon2 kereta aku lepas tu buat muka tak puas hati. Pftttt.

Thanks brother. I owe you a lot. 

Lepas tu, aku terus pergi Taman Tun Aminah, cari kedai tayar. Aku tukar tayar 2 biji terus. Tayar depan aku baru tukar dlm 5 bulan lepas.Habis la juga RM329. Tapi ada bagus jugak tayar aku meletup pagi tu, sebab mlmnya aku nk balik Melaka, dgn anak aku & adik ipar aku. Alhamdulillah kami dielakkan dari perkara yg tak diingini. Kalau la tayar aku meletup masa odw balik kampung tu, entah apa la terjadi pd kami. Nauzubillah.


Tuesday, April 4, 2017

Badan kurang kalsium

Bila badan kurang kalsium, makan benjo pun gigi boleh patah. Hahahaha

Rapuh betul gigi aku tu. Gigi tu sebelumnya dah pernah berlubang. Pergi klinik, dapat tampalan.Dah bertahun jugak la, lebih dr 10 tahun. Aku pun dah lupa. Haahahaha. 

Kelmarin mlmnya, aku mintak adik aku belikan benjo dgn burger daging. Jd, aku bwk kedua-dua makanan tu pergi kerja, sbg sarapan. Nak dijadikan cerita, aku makan benjo dulu. Tetiba, aku rasa mcm tergigit benda keras. Aku ingatkan tergigit kulit telur. AKu cuba keluarkan, tp tak jumpa. jd, aku teruskan makan. Tgh syok makan, tergigit kali kedua. Aku pun cuba keluarkan. 

To my horror (kata omputih), gigi aku!!!! Serpihan gigi di atas tangan. Aku bergegas lari ke toilet, dan memang sah gigi aku dah berserpih. Boleh la nampah saraf kt situ. HUhuhuhu. Sedih....


Terus aku mintak time-off kt HR, terus la aku ke klinik gigi. Mula-mula, aku jangka gigi aku kena cabut. Tapi doktor cakap, masih boleh diselamatkan. Phewww. Nasib baik. Gigi aku hanya terpatah di bahagian atas shj, tp akar dia masih kuat lg. Doktor ketuk-ketuk gigi tu, tanya sakit ke tak, tp memang tak sakit. Kiranya kuat la lagi akar die.

Aku kagum dgn skill doktor tu. Gigi aku boleh dikatakan hilang hampir separuh, tp dgn skill yg dia ada, aku tgk gigi aku mcm ada sedia kala. Huuuuu. Terasa kagummm yg amat. Terima kasih doktor~

Tapi masalah aku sekarang, gigi aku tu jd sensitif. Minum air sejuk sikit, memang rasa sampai ke kepala. Huuuuu. Lepas ni, kena la bykkan makan makanan yg berkalsium..

* kena cari sensodyne*
** Sulaiman lg byk kalsium, sebab dah ada 7 batang gigi*
*** Sulaiman dah amik kalsium ami dr susu***

Monday, April 3, 2017

Bila dah jadi isteri orang

Bila dah jadi isteri orang...

Tahu lah jaga diri.  Jaga adab. Jaga batas pergaulan. Jaga kehormatan diri. Jaga nama baik suami. Jaga maruah diri. Jaga segala-galanya. 

Bila dah jadi isteri orang...

Janganlah lupa diri. Title isteri tu bukanlah satu benda yg boleh dipandang enteng. Bila dah jadi isteri, dah pasti terikat dgn pelbagai perkara.

Matlamat takkan menghalalkan cara. 

Jgn pernah sesekali nak merosakkan sebuah perkahwinan dgn kecurangan. Tinggikan martabat wanita. Tinggikan martabat seorang isteri. Jgn pernah rendahkan martabat itu dgn benda-benda yg tak sepatutnya. Tahu batasan diri dan hati. Syaitan ada dimana-mana, berbisik ke telinga manusia. 

Jagalah diri, jagalah hati. Jagalah keluarga. 

* renungan utk diri sendiri juga*