Aku ni antara pengguna tegar Lazada. Iye lah, sbb mudah nk membeli belah di hujung jari. ( Pemalas sebenarnya) Sebelum ni aku memang tak ada masalah dgn Lazada ni. Cuma semalam merupakan kali pertama aku terima barangan yg bermasalah.
Retak T___T |
Bila screen protector yg dibeli utk menggantikan screen protector yg pecah telah pecah, makanya pecahlah hati ku. Huhuhu. Makanya, aku pun nk pulang semula barang ni kt LAzada. Tak guna la nk dpt barang yg dah rosak.
So, pertamanya, kena la bukak Lazada. lepas tu, kena log on.
Pergi bahagian Track my order, bukak no order yg berkaitan.
Ok. Return items hanya utk barang yg dah sampai ke rumah.. Utk return items, click je kt bahagian return items tu. Nanti, akan keluar return form. Kat situ, isilah sebab kenapa nk return, dan juga refund method. Terpulanglah nk mintak bayar kt bank atau nk bayar semula kt kad kredit, bg yg bayar pakai kad kredit. Lepas tu, akan tanya cara nk return pakai apa. Aku memilih Pos Laju, sbb dekat dgn opis aku.
Ni sebenarnya barang yg aku return. |
Lepas tu, print lah return label.
Ni haaa return form. Lekatkan kt depan bungkusan. Pastikan ada 3 salinan ye. 1 salinan kt bungkusan, 1 salinan Pos laju akan simpan, dan 1 salinan utk kita simpan. Yg ni aku dah terkena td. Dtg pos laju dlm hujan lebat, kuyup. Sampai dlm tu, baru die ckp nk kena 3 salinan. Wooooo. nangis aku. Terpaksa la balik opis semula, pergi pos hari esok.
Ini dia yg dah siap. Ok. Boleh pergi pos laju, dan pos.
Cara lain nk return order adalah melalui Customer Care Lazada.
Pergi bahagian Customer Care, lepas tu pilih Returns and Refunds.
Haaaa. Akan keluar bahagian ini. Maka, ikutlah satu persatu. Hehe.
Ok la. Itu je aku nk membebel hari ni. Sbb rasa terkilan sbb tak dapat retun barang ni hari ni. Doakan esok boleh hantar.
** Update: Hari jumaat, beria aku pergi ke Pos Laju Skudai. Tgk waktu perkhidmatan hari Jumaat, dr jam 9.00pg-3.00ptg. tak ada tulis rehat. Makanya aku pun pergi la masa rehat. Dari opis aku, kalau nk ke pos laju ni, kena u-turn. Memang nampak la dari seberang jalan pos laju tu.
Nak dijadikan cerita, memang waktu kt seberang jalan tu, aku nampak pos laju ni masih bukak. Beria la aku pergi. Sampai depan pos laju, jam menunjukkan 12.33tghari, dan semua aweks2 pos laju tu dah siap-siap keluar rehat~ Ayam betul. Patutnya tulis la waktu rehat pukul berapa. Tak ada la aku terkejar-kejar.
Makanya, dgn hati lara, aku balik la semula ke opis. Jam 2.30ptg, aku cabut g pos laju semula. Jumlah masa aku keluar opis adalah 15min. Hantar barang hanya seminit je. Yg lebih tu atas jalan raya. Huhuhuhuhuu.
Tunggu Lazada reply pasal masalah ni. **
** update 5/4/2017:
Lazada dah terima parcel aku. Pihak Lazada hantar email & juga sms. Tumggu je la refund.
** update 5/4/2017:
Lazada dah terima parcel aku. Pihak Lazada hantar email & juga sms. Tumggu je la refund.
Email yg dihantar |
Ni sms yg aku dpt. Yg bawah tu abaikan, sbb itu aku punya auto-dictonary. Haha. |