Bilik air, sememangnya kita tahu, tempat yg lembap, sekaligus akan menggalakkan pembiakan kulat. Kulat ni kalau dah mula berakar, mula la susah nak buang. Lepas buang, seminggu lepas tu akan naik semula. Kalau senang nak hilangkan tu, tak pe la juga, tapi sampai habis naik segala otot lengan dgn otot kaki sebab puas mencangkung dan menyental. Hahahaha
Bilik air aku memang ada masalah kulat ni. memang kadang-kadang penat la gak seminggu sekali nak kena menyental. Tapi nak buat macamane, kena la jugak hadapi. Huhuhu. ( gambar tak ada. Tak teringat pulak aku nak snap gambar bilik air sendiri. Hahaha. Sbb bilik air tu bukannya mcm bilik air dalam majalah Anjung Seri mahupun majalah Impiana..Kekeke)
Aku selalu terbaca pasal cara mudah nak hilangkan kulat ni. Bahan yg diperlukan adalah:
Memang pakai cuka cap Jalen ni. Senang nak cari. Tapi nak cari cuka botol kat Malaysia yg bersaiz 5 liter sgt susah. Aku tak pernah jumpa lagi. Yang ni, pakai dalam anggaran 0.5 cawan. |
Air panas. Yg ni, takkan la aku nak kena bgtau mane dapat, kan? Yg ni, anggarannya adalah sebanyak 1 gayung. |
Selain tu, bahan yg aku perlukan adalah baldi bersaiz kecil, utk aku campurkan semua bahan ni. Hehe.
Campurkan semua bahan. Nanti korang boleh nampak pencuci Zip tu berbuih bila campur dgn cuka dan air panas, disebabkan berlakunya penguraian dalam bahan-bahan campuran tu, lalu membebaskan karbon dioksida, air dan sodium acetate (selingan kelas sains sebentar) Masa tu, bagaikan kanak-kanak dalam kelas Sains, aku pun Wowwwwwwwwwwwwww. ( kesian aku ni. Hahaha)
Lepas tu, simbah la ke kawasan yg nk dibersihkan tu. Pastikan simbah sikit-sikit, mula dari bahagian atas dinding, sbb nanti campuran tu mestilah akan meleleh ke bawah. Kan?
Lepas tu, biarkan sebentar. Korang pergilah makan ke, layan anak ke, layan drama TV3 ke, sebab nak bg campuran tu betul-betul membasahi dan menyerap kt kulat tu. nanti lepas tu, dari kulat tu berwarna hitam hijau, ia akan bertukar warna jadi warna kelabu dan nampak tak bermaya. Hahahaha.
Lepas tu, sediakan lah segala berus lantai, berus dinding yg korang ada. Mula la menyental. Tapi, tahap sentalan tu dah semakin berkurang berbanding sebelumnya, sbb campuran yg korang curah kt dinding tu akan menyebabkan kulat tu mudah tercabut. Tak adalah korang smpai berpeluh macam maraton 5km kan. Haha. lepas tu, bersihkan la bilik air tu macam biasa.
Hehe. Benda ni dah lama da org bg tips. Tapi aku baru la semalam nak mencuba. Haha. kesian aku ni.
* maaf la, gambar tak ada. Tak pulak aku teringat nak amik gamba smlm. Lagipun, aku pun segan nak memaparkan bilik air aku tuk tatapan umum. Huhuhu.*
** Gambar ni semua aku google. Hahaha.
** Gambar ni semua aku google. Hahaha.
No comments:
Post a Comment