Pernah tak kadang-kadang, korang nak buat sesuatu benda tapi dalam masa yang singkat, korang lupa? Aku selalu kena. Hilang dari ingatan.
Pergi ke dapur, berhajat nak ambil biskut. Tapi bila sampai dapur, aku terlupa aku nak apa yang aku nak amik. Dalam hati mesti cakap, " Apa ek aku nak buat?". Sama juga macam nak update blog. Sebelum buka komputer, berkoyan-koyan idea datang. Bila buka komputer, lepas tu tengok FB kejap, makanya aku terus termangu, " Apa yang aku nak tulis tadi?" Kadang-kadang benda ni amat menyakitkan hati. Huhu
Perkara ni disebabkan tumpuan kita terganggu. Contohnya, aku nak amik biskut kat dapur. Dalam perjalanan tu, kepala aku berfikir, cerita korea ape yang best aku nak tengok lepas ni? Tumpuan dah berubah dari biskut, kepada cerita korea. Tapi, disebabkan kita dah arahkan badan kita untuk pergi ke dapur, badan akan tetap ke dapur tanpa kita ingat apa tujuan dia. Ini baru contoh yang mudah. Bayangkan ia melibatkan sesuatu yang lebih besar? Naya dibuatnya.
Jadi, untuk elakkan perkara sebegini dari berlaku, makanya sila jangan alihkan tumpuan. Kalau alihkan pun, sila jangan hilang dar minda 100%. Kalau takut lupa, catat kat mana-mana kertas atau buku, hp atau apa saja yang boleh dicatat. Kalau tidak, memang akan termangu sambil memerah keringat nak mengingatkan benda apa yang kita nak buat. Lagi satu, jangan bertangguh. Bila bertangguh kerja, makanya tumpuan kita akan teralih kepada perkara lain.
* Aku kadang-kadang suka buat kerja bertangguh. Ish ish ish... Amalan syaitonnnnn*
No comments:
Post a Comment