Friday, July 11, 2014

Tabung Melancong

Aku ade buat tabung melancong. Tabung ni aku letak kat opis. Hehe. Motif? Sebab kawan-kawan selalu kirim sarapan pagi dekat aku. Jadi, duit yang diorg bayar apada aku tu akan aku masukkan dalam tabung ni. Hehe. Aku pun sangat jarang guna duit ni, melainkan terdesak je. Setakat ni, alhamdulillah, tak ade la terdesak lg.

Tabung duit aku.. kekekeke.. Pakai cawan kertas je

Aku pun masih simpan lg duit angpow yg aku dapat. Sayang betul nk pakai. Kat dalam tu ade la dlm RM35. Hehehe.
Duit angpow selama 2 tahun
Aku berharap aku berjaya kumpul duit bercuti ni. Hahahahaha. Harapan tetap ade~ Yang penting, setiap tahun aku boleh pergi melancong 1 tempat sekurangnya. tak kira la dalam ke luar negara, yg pasti aku nk melancong~


Tuesday, July 1, 2014

25 Jun 2014~~ Hari lahirku...

Hari ni aku sambut hari lahir ke 26 tahun. ( Aku rasa aku dah tua.. T____T)

Syukur ke hadrat ilahi aku masih bernafas lagi di dunia ini selama 26 tahun. Alhamdulillah.

Semoga hidup aku akan lebih dirahmati dan diberkati selepas ini.

Harapan?

Aku nk berubah jadi manusia yg lebih baik dr tahun lepas. Eh, tiap-tiap tahun sama je harapan? Ye la, sebab berubah jd yg lebih baik tu tak ada limit. Selagi boleh berubah, kita berubah. Iye dak??

Terima kasih kepada yg sama-sama meraikan hari jadi aku..

Meet Mr Thortie
1. Mr Thortie, sampai melalui pos pd 24 Jun 2014, dibuka bungkusan tepat jam 12.00mlm 25 Jun 2014 sambil ditemani panggilan telefon dr Abg Fairuz. Hehehe. Thanks abg Fairuz sbb jd org pertama yg wish birthday walaupun tgh tak berapa ade mood, dan terima kasih sbb susah2 pos hadiah. Hee. * Tp, hadiah belanja makan belum dapat lg ek, nnt sy tuntut :P*

Sushi Bonanza!!
2. Wehuuuuuu. Sushi Bonanza. RM3 sepinggan. Sambil sambut birthday dgn family sambil makan sushi sampai kenyang terbongkang. Wehuuu.. Thanks Angah sbb kopak sampai RM250 semata-mata belanja adikmu makan. Mana taknye, kami makan sampai 56 pinggan sushi. Kekekeke. Thanks acik sebab belanja Turkish Indulgence Secret Repice walaupun satu slice. Ekekekeke..

Cik Liyana meneman makan~ Utk brthday girl katenye

3. Sambutan belated birthday (katenye) dr Cik Liana. makan kat SDS, pun sampai kenyang terbongkang gak. Ekekekeke. Sambil tu, berjalan-jalan kat AEON Kulai yg baru bukak. Sambar la gak seluar tido RM10 sehelai sebanyak 4 helai. Hehe. Cik Liyana dapat gak belikan hp baru utk ayah sedara  die.

* Owh, segala impian yg aku nk buat masa birthday tu tak tercapai, sebab aku kena pergi meeting pd 25 Jun 2014 tu, x dpt cuti. Huhu*