Ramadhan tiba lagi..
Buka mata, buka minda.
Bersihkan hati, sucikan jiwa
Bukan kata,
" Aik, masa puasa je nak berubah? Waktu lain perangai mengalahkan setan"
Sekurangnya ada juga niat nak berubah. Insyaallah, mana tahu hidayah Allah tu datang masa bulan puasa, terus berubah secara istiqamah. Hidayah tu kan milik Allah, jangan lupa tu.
Kita yg nak kata amal suam-suam kuku ni, jangan la pandang hina pada org lain. Belum tentu amalan kita diterima. Sekurangnya dalam satu masa dlm hidup mereka, ada juga perubahan, tahap iman mereka lebih tinggi dari kita, berbanding dgn diri kita yg gitu aje tahapnya.
Jadikan Ramadhan titik perubahan dalam hati dan jiwa. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah.
Akhir kata:
No comments:
Post a Comment