Sambung belajar tu dah jadi sebahagian dari impian aku sejak dulu. Hehe. Belajar dalam ke luar negara? Salah satu impian aku lagi, belajar kat luar negara. Kenapa? Sebab nk timba pengalaman. Dulu pernah dpt tawaran masa lepas SPM, tp terpaksa dilupakan sebab mak bg syarat:
Kawin dulu baru boleh sambung belajar kat luar negara
Tapi, abah pulak bagi syarat:
Habis belajar dulu, baru bercinta
Tengok tu? Kan dah ada dua percanggahan kat situ? Akhirnya aku amik keputusan sambung dalam Malaysia, sebab aku memang tak ada calon suami, tak ada rasa nk kawin dan tak ada rasa nk bercinta. Bila dah umur 26tahun ni, rasa nk belajar tu terdetik semula. Walaupun masih lagi dlm perancangan, walaupun masih lagi dalam penelitian, pertimbangan tu dah ada. Bunga-bunga nk sambung tu dah ada. Kawin? Aku belum kawin lagi, dan tak tahu bila aku nk kawin. Kemungkinan besar mak aku masih lagi bagi syarat yg sama, tp pada aku, akhirnya aku yang kena buat keputusan sendiri, kan? Aku tak tahu adakah mak aku akan bantah macam masa aku dpt tawaran kerja kat luar JB dulu atau tak, dimana syarat yg dikenakan mak aku tetap sama:
Kawin dulu kalau nak keluar dari Johor
Senang kata, mak aku tak nak anak dara die ni sorang-sorang kat tempat org. Tapi bila keadaan dah tak mengizikan, nk buat mcmane kan? Terpaksa la berdikari, terpaksa berdiri atas kaki sendiri, terpaksa jaga diri sendiri. Tu je pilihan yg ada. Kalau sampai tua aku sorang-sorang, akhirnya aku juga yg kena jaga diri sendiri, iye tak? Hehe.
Berfikiran positif. Lepas ni, mcm-mcm lagi dugaan. Kalau kat tempat org, kena tindas, duit tak cukup, sakit sorang-sorang, tu semua perkara biasa. Bak kata aku tadi, terpaksa la berdikari walau sakit mcmane pun. Tak ada org mati belajar sorang-sorang kat luar negara, walaupun ada yg cedera kena rompak. Huhu. Mintak dijauhkan la.
Mintak dipermudahkan segala urusan. Aminnn..
*Update: Universiti tempatan turut termasuk dlm pertimbangan... Semakin serabut gamaknya aku nk pilih..*
*Update: Universiti tempatan turut termasuk dlm pertimbangan... Semakin serabut gamaknya aku nk pilih..*
No comments:
Post a Comment