Ramadhan bakal tiba tak lama lagi, Insyaallah, jika masih diberi peluang menghirup nafas untuk menyambutnya pada 21 Julai 2012. Rasa macam cepat masa berlalu. Pejam celik,dah jumpa Ramadhan yang baru. Sudah semestinya, jika cakap pasal puasa, mesti akan cakap pasal makanan, ye tak? Tradisi bagi orang Malaysia ni, beli makanan kat bazar ramadhan. Makanan yang dijual, beraneka jenis, macam-macam variasi, sampai pengguna pun dah rambang perut (Yelah, rasanya semua nampak sedap, walaupun yang sebenarnya makanan tu kurang sedap). Iklan pasal kordial warna oren, ungu, merah, pink semua dah terpampang kat TV. Tidak ketinggalan juga iklan kurma Yusuf Taiyoob (Sila sebut macam dalam iklan, kena bisik-bisik sikit.)
Jika tiba Ramadhan, perkara yang paling yang selalu dibuat adalah pembaziran. Beli makanan sepenuh meja makan, tapi akhirnya yang dimakan sikit sahaja. Biasa terjadi, bukan? Tak salah jika nak beli bermacam-macam makanan, tapi sebelum tu, tanya dulu pada perut, sama ada larat makan atau tidak, bukannya tanya rasa-rasanya sedap atau tidak? Sebab kalau tanya pasal sedap, bila bulan puasa, semua nampak sedap kalah lauk hotel berjuta-juta bintang.
Mari tengok video Kelakar Raya - Haram, kecoh kecoh raya waktu berbuka oleh Suhaimi Yusof & The Rubberband:
*Suhaimi Yusof ni adalah pelawak terkenal Singapura. Sebelum dia masuk Maharaja Lawak lagi memang aku dah kenal dia (Orang Johor Bahru dapat siaran tv Singapore, jadi memang hairan la orang JB kenal Aaron Aziz lagi lama bertahun-tahun dari orang KL). Setiap kali akhir rancangan ni, pasti ada ustaz yang akan terangkan situasi yang berlaku, siap cakap mana satu yang betul dan mana yang salah. Ia merupakan sesuatu yang berkisar tentang situasi semasa yang berlaku pada hari ini, cuma ia diterjemahkan dalam bentuk sketsa. Ia bukan lah untuk mempermainkan agama, tetapi ingin memberi peringatan dan penerangan kepada manusia yang lalai.*
Dalam video ini, dipertontonkan persoalan yang selalu timbul tika ramadhan dan persoalan tentang dari mana asalnya makanan yang kita makan setiap hari.
Ni antara ayat yang paling aku suka:
ini ini ini rambutan ke ape? pokok die jenis ape.? kenapa rambut die tak tumbuh sepenuhnya? kalau belum sempurna maknenya cacat...kita makan benda yang cacat...KITA PUNYA KEROHANIAN NYA AKAN CACCAT..!!!
Walaupun dia tegur dalam nada yang tidak serius, tapi sebenarnya ada betulnya. Kadang-kadang, kita tak pastikan sama ada makanan yang kita makan tu, benar-benar halal atau tidak? Dari mana asal makanan itu? Kadang-kadang, kita beli makanan walaupun bertanda halal, tapi copnya bukan seperti yang dikeluarkan oleh JAKIM atau badan-badan Islam di negara lain.
Oleh itu, terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk menilai mana yang baik dan buruk. Garis panduan telah ada, hanya bergantung kepada kita sama ada untuk mengikutinya atau tidak. Semoga ramadhan kali ini mampu memberi sinar dalam kehidupan. Selamat menyambut kehadiran Ramadhan Al-Mubarak , dan semoga kehidupan akan sentiasi dilimpahi keberkatan dan rahmat hendaknya.
No comments:
Post a Comment