Wednesday, July 14, 2010

Yang pertama

Pepatah ada berkata....

'tiada yang pertama, maka tiada yang akhir'

semua perkara mesti ada permulaannya. walaupun manusia seringkali hanya berserah pada takdir, namun sedarlah bahawa langkah pertama yang diambil itu kadangkala dapat mengubah nasib yang telah tertulis, kerana ' Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan oleh diri mereka sendiri'

kadangkala aku terfikir, dimanakah sepatutnya aku bermula?Didepan, dibelakang, dikiri, dikanan, diatas, atau dibawah? semua persoalan ini hanya mampu dijawab oleh diri kita sendiri. walaupun kita boleh meminta pendapat orang lain, namun pendapat itu tidak semestinya jawapan yang tepat pada persoalan kita, kerana hanya kita yang memahami diri sendiri, dan itu yang sepatutnya berlaku.

Apabila aku bersendirian, kadangkala aku terfikir, 'apakah langkah pertama yang telah aku ambil? apakah ianya untuk kebaikan atau sebaliknya? apakah langkah pertama itu telah berjaya tiba di destinasi atau sekadar tersadai di tepi jalan?' semua persoalan ini seringkali berlegar di ruang fikiran. akhirnya aku membuat kesimpulan sendiri...'hanya dengan langkah pertama yang ada hala tujuan akan berjaya!'

Jadi,tetapkan hala tuju diri, dan mulakan langkah pertama, tidak kira untuk apa jua tujuan, termasuklah langkah pertama aku untuk mem'blog', supaya semua isi didalam kepala aku ini mampu dicurah dan dikongsi dengan semua..

Oleh itu...fikir-fikirkan dan selamat beramal..=)

1 comment:

  1. dah cm blog doktor fadzilah kamsah dh haa, i wonder kalau he has one actually, ada la kot, tercabar la dia ieqah oI~~ :P

    ReplyDelete