Semalam 18 Julai 2010, tercoret satu sejarah dalam hidup aku. aku dapat merasai ape yang dirasai oleh semua pelajar tahun akhir Petroleum engineering..hehe..kesian aku tgk budak-budak tahun satu yang kena dera malam-malam buta sambil ditutp matanya..
sebenarnya semua pelajar tahun satu perlu melalui semua ini, termasuklah aku,pada 3 tahun yang lepas. kalu diikut sisi positif, sebenarnya aktiviti ni mampu menguji mental adik2 baru ni, sejauh mana kekuatan dan kesungguhan mereka. ada yang nak nangis, ade yang gigit tangan akak2, ade yang tercicr dari group, ade yang terlalu berat mulut dan macam2 lagi la..
aktiviti semalam bermula dengan mengejutkan adik2 ni sume bangun dari tidur (2.30 pg) dan yang pastinya, aku pun dapat tidur2 ayam itik untuk sejam sebelumnya. memang la penat, tapi untuk dapat pengalaman ni, tk ternilai.. adik2 ni mmg teruk kene 'dera' (w/out physical contact). ramai la gak kawan2 aku yang dok terpekik2, sampai aku pun da keliru dan tak faham ape yang dorang cakap.
pada mulanya, aku jadi pemerhati je. aku tak tahu nak buat ape. sakit kaki dek kerana kejang otot@simpul biawak sebab cuaca yang sejuk memang menyeksakan, sampai ke tulang hitam sakitnya. sampaikan ade kawan aku yang suruh aku mengesot ala2 suster ngesot! adik2 semua dikumpulkan didepan dorm masing2. mase yang diambil oleh adik2 ni untuk bangun dan bersiap agak lambat la jugak, lebih kurang nak dekat setengah jam, sebab mase aku kene dulu, dlm 10 minit semua da beratur! lepas tu, mereka semua dibawa ke kawasan tanah lapang sebelum mata mereka ditutup dengan tuala.
bermulalah aktiviti yang sebenar..
setiap kumpulan akan dihandle oleh beberapa orang senior. aktivitinya, bebas..tak kira la apa yang nak dibuat. sebenarnya, apa yang aku buat pada malam tu mostly nak menguji cara adik2 ni bekerjasama, communication dan ketahanan fizikal n mental. kesian adik2 yang ade kat group 6 ni. teruk dikerjakan secara mental oleh aku, azreen, Aisyah Zainudin, Hidayah Bohari, Radhi, n Fadzril Syafiq. mcm2 soalan yng kami tanye, dan mcm2 fakta yang kami manipulasi. terkial2 adik2 nak menjawab. tapi, yang paling boleh dipuji, pegangan tangan mereka antara satu sama lain adalah sangat kemas! mcm2 cara kami buat untuk melepaskan pegangan tangan adik2 ni, tapi mmg sia2 je. ade yang kami hasut, pun tak berjaya juga. kira adik2 ni mmg la boleh menjadi harapan bangsa di masa hadapan. oleh kerana kesian, pada akhir sesi, aku bagi adik2 ni coklat M&M. tu je yang sempat aku capai sebelum keluar bilik malam tu.
apa2 pun, tahniah kat adik2 yang berjaya mengharungi malam 'penyeksaan'. harap jangan la benci kami lepas ni. aku takut je, nnt ade pulak adik2 ni yang pandang 'slack' je kat aku mase kat fakulti. semua aktiviti m=ni mmg da turun temurun, dan adik2 ni pun akan buat ape yang aku buat 3 tahun lagi...