Sejak akhir-akhir ni, aku selalu diserang sakit kepala. Kalau sekali sekala, maka boleh laa di maafkan. Tapi kalau sampai hampir setiap hari dan setiap masa, itu dah boleh mengganggu perjalanan hidup aku yang sudah sedia kurang normal ni, justeru mampu menurunkan produktiviti aku yang memang sudah berada di tahap paling minimum ini.
Akhirnya, aku terpaksa juga mengalah dengan kehendak badan, ambil MC kat klinik kerajaan. Terpaksa juga la aku telan ubat yang berwarna-warni akibat tak nak merana sepanjang masa.
Variasi kan warna ubat aku?
Disebabkan aku tak mahu menjadi hamba ubat yang berwarna-warni mengalahkan pelangi, aku pun menggunakan teknologi yang ada untuk mencari punca-punca masalah aku ni.
1. Kekurangan air dalam badan.
Kekurangan kandungan air dalam badan, atau pun dehydration, mampu menyebabkan sakit kepala. badan kita mengandungi 60% air, dimana ia membantu pengaliran darah dalam badan. makanya, kita perlu minum air yang sangat banyak dalam sehari. Kalau pengambilan air kurang, kadar kepekatan darah akan meningkat, kadar aliran darah akan menurun, menyebabkan otak tak dapat terima kandungan oksigen yang sepatutnya.
2. Ubat-ubatan
Pengambilan ubat-ubatan juga mampu menyebabkan sakit kepala. Memang benar ubat-ubatan mampu mengurangkan kesakitan, tetapi menurut kajian, bagi pesakit migrain yang kronik, 25% dari mereka mengalami kesakitan akibat ubat-ubatan ni. Ia adalah kesan sampingan akibat pengambilan ubat tahan sakit yang biasa terdapat di pasaran. Ubatan sebenarnya hanya menghalang rasa sakit dari di kesan oleh sistem saraf, bukannya menghilangkan sakit itu dengan serta merta.
3. Kafien
Pengambilan kafien mampu mengurankan sakit kepala (kepada yang sudah terbiasa la..). Namun, pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala. Selain itu, sakit kepala boleh disebabkan berhenti minum minuman berkafien secara mendadak, menyebabkan badan menjadi 'terkejut', dan ia hanya pulih apabila badan kita sudah terbiasa dengan kekurangan kafien yang diambil.
4. Tekanan
Tekanan, atau orang biasa panggil tension/stress, adalah penyebab utama sakit kepala (aku adalah salah seorang dari mereka). Tekanan ini boleh berpunca sama ada dari segi emosi, mahupun fizikal. Tekanan fizikal biasanya berasal dari aktiviti harian yang memerlukan tumpuan, seperti bekerja sambil menghadap komputer untuk jangka masa yang lama. Tekanan emosi pula sudah semestinya berpunca dari diri kita sendiri, seperti perkara yang merunsingkan, dan perkara yang sering difikirkan sepanjang masa.
5. Masalah hidung (sinus)
Masalah ini berlaku apabila saluran hidung menjadi terlalu kering, ataupun tersumbat (aku selalu kena waktu pejabat, disebabkan aliran aircond). Apabila saluran penting ini menjadi terlalu kering atau tersumbat, hidung kita akan mengalami kekurangan bendalir, atau pun terlebih bendalir. sekaligus mengganggu sarar-saraf yang terdapat di bahagian hidung. Seperti yang kita tahu, saraf-saraf di bahagian ini amat berkait rapat dengan urat-urat di kepala. Jika saraf-saraf ini terganggu, kita akan mengalami sakit di bahagian tulang pipi, dahi dan juga tulang hidung (Biasanya, kita akan anggap ia sakit kepala yang biasa). Masalah ini mungkin kurang mendapat perhatian di negara kita ni, tapi ia sebenarnya salah satu punca yang biasa bagi penghidap sakit kepala.
6. Kandungan gula dalam darah tak seimbang.
Kandungan gula dalam darah memang amat penting. Kekurangan kandungan gula boleh menyebabkan badan kita menjadi lemah, kerana kekurangan tenaga yang dibekalkan untuk tubuh. Ia juga boleh menyebabkan otak kita menjadi lemah, dan masalah sakit kepala boleh menjadi petanda bahawa otak kekurangan kandungan gula yang diperlukan. Oleh itu, pengambilan protien mampu membantu mengembalikan jumlah gula yang diperlukan dalam darah.
7. Makanan
Ada juga makanan yang boleh menyebabkan sakit kepala. Ia disebabkan oleh kandungan bahan semulajadi yang boleh menyebabkan sakit kepala. Ia berbeza mengikut tindak balas tubuh individu terhadap bahan tersebut. Maka, tidak semua orang berdepan dengan masalah ini, dan setiap orang mungkin mempunyai masalah dengan makanan yang berbeza.
8. Perubahan ketinggian dan tekanan udara.
Ini memang antara penyebab biasa sakit kepala kepada mereka yang perlu ketempat yang berketinggian yang lebih tinggi, seperti Genting Highland. Jumalh oksigen yang berkurangan, di tambah pula dengan tekanan udara yang berubah dari biasa, menyebabkan sistem badan terganggu, lebih-lebih lagi kepala.
9. Perubahan hormon
Perubahan hormon memang selalu terjadi dalam tubuh manusia tanpa kita sedari. Hormon estrogen dan progesteron adalah antara hormon yang bertindal balas secara kimia dengan penyebab sakit kepala. Bila hormon estrogen meningkat, sakit kepala akan berkurang, dan begitu sebaliknya. Biasanya perkara ni akan terjadi kepada wanita-wanita bila sampai suatu ketika didalam satu bulan.
10. Perokok sekunder
Perokok sekunder adalah orang yang tidak merokok, tetapi terbau asap rokok (betul ke ayat aku ni?). Bagi mereka yang tak biasa, memang laa akan sakit kepala. Tapi bagi aku yang memang dah jadi perokok sekunder sejak dari dilahirkan, memang la tak ada kesan pun.
Oleh itu, bila sudah tahu penyebabnya, maka boleh la cari penyelesaiannya. Kalau boleh elak, cuba elakkan perkara yang boleh menyebabkan sakit kepala. jika tak boleh, cuba la kurangkan. Jika tidak, masalah ini akan berlarutan sampai bila-bila.
9. Perubahan hormon
Perubahan hormon memang selalu terjadi dalam tubuh manusia tanpa kita sedari. Hormon estrogen dan progesteron adalah antara hormon yang bertindal balas secara kimia dengan penyebab sakit kepala. Bila hormon estrogen meningkat, sakit kepala akan berkurang, dan begitu sebaliknya. Biasanya perkara ni akan terjadi kepada wanita-wanita bila sampai suatu ketika didalam satu bulan.
10. Perokok sekunder
Perokok sekunder adalah orang yang tidak merokok, tetapi terbau asap rokok (betul ke ayat aku ni?). Bagi mereka yang tak biasa, memang laa akan sakit kepala. Tapi bagi aku yang memang dah jadi perokok sekunder sejak dari dilahirkan, memang la tak ada kesan pun.
Oleh itu, bila sudah tahu penyebabnya, maka boleh la cari penyelesaiannya. Kalau boleh elak, cuba elakkan perkara yang boleh menyebabkan sakit kepala. jika tak boleh, cuba la kurangkan. Jika tidak, masalah ini akan berlarutan sampai bila-bila.
Assalamualaikum, jd, mcm mna kalau sejak thn 2011 sehingga 2012 ni, hampir setiap hari saya sakit kepala?
ReplyDelete