Monday, February 20, 2012

Kiri atau kanan?


Pilihan~

Sepanjang hidup kita memang tidak akan terlepas dari membuat pilihan. Ini antara pilihan yang selalu kita kene buat:

Masa kanak-kanak yang belum berakal, biasanya kita diberi peluang untuk buat pilihan baju raya macam mana dan warna apa, nak beli jajan apa, nak main permainan apa?

Masa sekolah, kita belajar untuk pilih kawan, terlibat dalam sukan, kelab atau persatuan atau pilih untuk study atau pergi meroyan kat mana-mana

Masa belajar kat Universiti, kita dikehendaki pilih minor/major, section/kelas, buat assignment awal-awal atau last minit dan study awal-awal atau last minit.

Bila dah bekerja, lagi banyak pilihan yang perlu dibuat, sampai ada masanya kita rasa macam nak hidup masa zaman kecik-kecik dulu, bila kita tak payah nak fikir apa-apa major problem. Boleh terus kekal gembira sepanjang hari, walaupun baru lepas kena rotan dengan emak sebab pergi turun dalam parit besar tepi rumah, atau boleh bermain dengan jiran dengan gembiranya walaupun baru bergaduh 2 minit yang lepas.

Tapi, kita kena sedar juga, sampai bila nak lari dari kenyataan?

Tak nak buat keputusan atau mengabaikan masalah yang memerlukan penyelesaian macam lari dari kenyataan, orang yang tak mahu ambil risiko. Macam lah aku, sejak akhir-akhir ni, terlalu banyak keputusan yang perlu diambil, dan semuanya ada kaitan dengan hidup (Ada ke keputusan yang kena ambil tak ada kaitan dengan hidup?).

Mula-mula, aku pun cuba lari dari kenyataan. (Aku memang agak pengecut!) Cara paling mudah aku buat, aku abaikan semua masalah dan pilihan aku. tapi, akhirnya, masalah dan pilihan tu akan datang semula. Walau sejauh mana pun kita lari, lompat atau berguling, masalah pasti akan laju mengejar kita, dengan kelajuan cahaya. Mungkin betul apa yang dikatakan oleh seorang sahabat, "sebab awak banyak sangat fikir what-if~what if this, what if that".

Memang betul.


~Pick a direction~

Aku memang terlalu fikir pasal possibility, kemungkinan. Mungkin aku akan ini, itu dan macam-macam lagi. Biasanya bila kena buat pilihan, kita macam berada di antara 2 persimpangan. Sama ada kiri atau kanan, depan atau belakang, tinggi atau rendah, mudah atau sukar.

Memang dah lumrah manusia, kita tidak lari dari rasa ragu-ragu dan takut. Kita takut untuk menghadapi kemungkinan yang akan datang, sebab kita tidak tahu apa yang tersedia untuk kita di masa hadapan.

Akhirnya, aku sedar, sampai bila begini? Yang pasti aku tak nak menyesal di kemudian hari. Aku tekadkan diri, keputusan perlu juga diambil.

Sebelum buat keputusan,
  • Perlu tenangkan diri
  • Pastikan diri tak dipengaruhi oleh suasana, persekitaran dan juga manusia
  • Fikir dengan sedalam-dalamnya
  • Bandingkan baik dan buruk
  • Tanya pendapat orang yang berpengalaman/ orang tua
  • Tanya pendapat sahabat
  • Tanya diri sendiri
Namun yang penting,
USAHA, DOA, & TAWAKKAL~

Jadikan istikharah & solat hajat sebagai amalan, minta Allah S.W.T beri petunjuk dan hidayah pada kita. Bukan setakat masalah didunia, malah masalah di akhirat nanti. Itu yang paling penting.

Ada juga yang memberi tips untuk mengambil keputusan, seperti yang ditulis oleh Top 5 Reason.

Aku berharap agar lepas ni, aku bukan lagi si pengecut yang berguling-guling lari dari masalah dan pilihan~

No comments:

Post a Comment