Tuesday, June 11, 2013

Tentang Lelaki

Selalu perempuan yang akan paksa lelaki utk faham kami. Kadang-kadang sampai bergaduh, sampai merajuk. Tapi, jarang lelaki mintak perempuan faham mereka, sebab mereka ini ringkas.

Tetapi, perempuan tahu tak lelaki juga seperti kita?

Ada perasaan.

Tadi aku dikejutkan artikel ini di inbox FB aku yang dihantar oleh seseorang.


Sebelum ni, aku paksa si pengirim untuk membaca artikel mengenai perempuan. Beria-ia aku paksa. Tup tup, tersembul artikel ni dalam inbox aku. Huhuu.. Aku bersetuju dengan hampir keseluruhan artikel. Kenapa? Sebab hampir keseluruhannya benar, menyamai karektor  pengirim artikel ini. 

Aku suka bincang masalah, sampai kadang-kadang sampai nak bergaduh. Tak la bergaduh, cuma merajuk sana sini. Bila dia dah serius fikir pasal masalah, aku pulak selalu bagi alasan. Itu la datangnya bergaduh. Lepas tu pulak, lepas pot pet pot pet sama ada dlm sms atau telefon, conform si pengirim akan cakap ' Abg nk tido, slmt mlm'..Lepas tu, terus senyap. Aku hantar 100 patah perkataan punya sms pun, tak de balasan. Esoknya, bila telefon, mcm biasa je, macam takda apa-apa jadi malam tadi. Aikk?? Ajaib? Mula-mula macam sakit jiwa jugak. Bila da lama-lama, dah terbiasa. Sakit jiwa masa malam je,  bila siang da macam biasa. Cuma satu je la, korang takkan merasa dipujuk lepas merajuk. Pandai-pandai la nak pujuk diri sendiri. Wuwuwuwuwuwuwu. Sedihnye..(T______T)
Kalau perempuan yang jenis pandai pujuk diri sendiri, ok jugak. Kalau yang jenis merajuk berhari-hari?? Haaa.. jawab la sendiri..

Yang lain tu, aku malas nak ulas, cuma memang sama laa apa yang ditulis ni. Cuma satu je, si pengirim ni penyabar orangnya. Tunggu aku 2 jam pun steady je (tu mase awal-awal kenal). Bila dah kenal lama, dia tetap steady tunggu aku walau aku lambat, cuma lepas tu telinga aku berasap dengan ulasan-ulasan sarkastik yang pastinya memang terkena batang hidung aku sendiri. Iye la, dah salah sendiri sebab lambat, terima je la seadanya.

Oleh itu, baca artikel ini, fahami lelaki. Lepas ni, tak mau gaduh-gaduh, tak mau merajuk sana sini (boleh ke? hahaha). Cuma satu la, diharapnya bila kaum perempuan dah cuba fahami kaum lelaki, kaum lelaki cuba la memahami kami ini. Memang sulit nak faham, tapi bila kena dengan tempat, tak la rumit mana pun perempuan ni...

Monday, June 10, 2013

Antara Kau dan Ex Dia





Kau dan Ex dia, siapa yg lagi hebat?
Orang akan terus buat perbandingan, termasuklah dia, dan kawan-kawan dia..
Ex dia berkulit putih melepak, kau berkulit sawo matang,  
Kulit ex dia selicin telur yang dikupas, kulit kau sekasar kulit pokok hutan,
Ex dia lulusan sekolah agama, kau lulusan sekolah biasa,
Ex dia comel, kiut miut mcm Teddy bear, kau pulak comel macam beruang hutan.
Ex dia lemah lembut macam perempuan melayu terakhir, kau pulak keras kejung macam tomboy tak siap,
Ex dia penuh sopan santun, kau pulak sopan je ada, santunnye dah terbang sampai planet marikh.
Ex dia pandai jaga adab, kau pulak adab je ada, jaganya yang tidak.
Ex dia pandai ambil hati, kau pulak pandai sakitkan hati.
Kesimpulannya, siapa yang hebat?

Kau la, sebab dia ajak kau kawin, bukan Ex dia.
Biarlah ex dia kiut, sopan santun, lemah lembut, sebab akhirnya kau yang kulit macam kayu ni jugak yang dia cari.
Jadi, tak payah la sedih sangat kalau dia asyik cakap pasal ex dia.
Kalau kau tak suka, cakap terang-terang yang kau tak suka dia cakap pasal ex dia
Senang cerita, tak payah nak konflik sangat.
Kalau dia tak faham juga??
Kaki kan ada….
Pandai-pandai la kau, nak sepak dia ke atau kau nak blah…

Ps: By the way, tak ada perempuan kat dalam dunia ni suka bila BF/Husband dia puji dan bandingkan ex dgn dia. Sakit hati tau.

Friday, June 7, 2013

Puasa Ganti

Tinggal lebih kurang sebulan tibanya Ramadhan..
Dilema para wanita: Dah ganti puasa ke belum??

Masa cuti puasa, kemain bersemangat nak puasa 6, nak habiskan ganti dalam bulan syawal.
Bila tiba syawal, hampeh...
Semua kemain makan macam tak ingat dunia.

Kemudian, bersemangat lg nak ganti puasa lepas bulan syawal, nak ganti puasa sambil puasa sunat isnin-khamis..
Lepas tu....
Hampeh gak.. makan tak ingat dunia lagi..

Bila dah sampai Rejab dan Syaaban, baru masing-masing tersedar dari lamunan.
Masing-masing korek balik kalendar tahun lepas, nak kira berapa hari cuti puasa.
Mula la bersusah payah ganti puasa tiap-tiap hari, sampai bos pun terkejut.
' Puasa sudah start ke?'
Bila dah ditolak 'cuti bulanan', semakin suntuk masa yang tinggal..

Pengajarannya?

Sila ganti puasa secepat yang mungkin. Jangan dah tinggal 2 3 bulan nak sampai ramadhan baru terkial-kial nak qada' puasa.

* hahahahaha..aku pun tengah terkial-kial nak ganti puasa...

Cara mengelak serangan jurujual di pasaraya

Aku suka membeli belah di Giant, bukan sebab aku suka, tapi sebab Giant tu sekangkang kera je dari rumah aku, 5 minit perjalanan. Dekat la katakan. Senang nak membeli barang dapur dan keperluan harian. Kadang-kadang bila balik kerja, mak suruh beli susu, singgah la kejap Giant tu. Dah satu jalan. Tapi ada satu yang aku tak suka, ada jurujual yang menunggu depan pintu dgn depan kaunter. Ade je barang yang die nak jual. Astro la, kad kredit la, dapur induction la, ubat pemutih kulit la. Macam-macam. Sampai aku pun da naik rimas. Ada yang langsung tak hormat kita, sebab siap pegang-pegang tangan. Hello, kalau kau tu abang aku, boleh la pegang!

Jadi, mengikut pengalaman aku yang tak seberapa ni, ada beberapa cara untuk tidak terlibat dengan diorang ni:

1. Jangan pandang diorang
Bua-buat la pandang kiri kanan, pandang resit, belek barang dlm troli, buat muka ketat, dan macam-macam cara, tp dengan syarat jangan langsung pandang diorang. Yang aku selalu buat, jalan sambil mata pandang bawah. Kalau dia datang juga, senyum sikit,sambil geleng kepala, terus blah..hohohoho..

2. Cakap "dah ada" walaupun tak ada.
Aku selalu kena dengan orang astro, mungkin sbb sales Astro kat JB ni kurang memberangsangkan kot. Mane taknya, tanpa Astro pun, dah dapat 17 siaran TV. Tu pun tak tertengok semuanya. Maka nya memang banyak la promosi Astro sana sini. Bila ada orang promote aku dengan Astro, maka aku jawab " dah ada". Kalau dia tanya pakej mana, aku jawab, "Pakej yang paling mahal dalam Astro, ada sukan, HD, Beyond, Movie, sume tu la" Conform die dah tak tanya lagi lepas tu.

3. Elakkan lalu depan diorang.
Jangan lalu depan diorang. Kalu ada jalan yang jauh, pakai je, asalkan tak bertembung dengan promoter ni. Kalau terpaksa lalu pun, jalan sejauh yang mungkin. Kalau hanya ada ruang lagi 10 inci dari dinding, jalan juga. Jadi, diorang ni akan faham sendiri korang tak mau diorang ganggu.

4. Jalan Laju-laju
Jalan laju-laju, macam korang tengah terkejar-kejar. Jalan macam korang sangat sibuk hari tu. Memang jarang diorang tahan orang-orang yang jalan laju ni. Kalau diorang tahan juga, cakap la korang ada hal penting. Kalau tak faham juga? Bagi diorang makan kasut.

5. Bawak barang banyak-banyak kat tangan.
Untuk tidak memudahkan promoter ni bagi flyers, bawak sepenuh barang yang boleh kat tangan. Jangan bagi nampak yang korang ni free sangat untuk diganggu.

Ini la yang aku selalu buat kalau lalu kawasan promoter tu. Penuh dengan taktik dan teknik, semata-mata tak nak dikerumun macam lalat. Macam nak pergi perang je. Makanya, terpulang pada korang nak buat macamana. Tapi yang penting, masa menolak permintaan diorang tu, jangan lupa senyum. Sekurang-kurangnya tak da la nampak kita ni biadap sangat. memang dah kerja dia macam tu, kita pun kena hormat juga.


Wednesday, June 5, 2013

PTPTN

Aku sedang mengamuk dengan PTPTN...


1. JB tak de pejabat PTPTN?????????
Bandar yg dah dapat taraf bandaraya pun tak de cawangan PTPTN?? Apakah??? Negeri lain kemain elok je ade??

2. PTPTN Johor kat KL??????? Ko tau tak jauh bebena aku nak g KL tu???


3. Nak bukan laman web pun berzaman..nak semak baki pun tarak boleh~ Kebenda laa hai~