Wednesday, March 20, 2013

Lebih sudu dari kuah


Bila sudu lebih dari kuah…

Akhirnya empunya sudu yang malu..

Nampak macam tamak terlebih-lebih..

Nampak macam terdesak tahap gaban..

Omputih kata, Desprado in da hause~

 

Bila diri sendiri yg jadi sudu tu…

 

Jawapannya,

 

Sila malu dengan diri sikit.

 

*Malunya bila diri nampak desperate dan terlebih-lebih*

Friday, March 1, 2013

Tiada kata-kata


Tak menangis bukan bermakna tidak sedih.
Ketawa bukan bermakna telah melupakan.
Kadangkala kesedihan itu lebih wajar disorokkan,
Ketabahan itu lebih wajar dipamerkan,
Agar menjadi kekuatan bagi orang lain.
 
Gelak tawa gurau sendanya sentiasa teringat di hati,
Nasihatnya sentiasa terngiang di telinga,
Kata-katanya sentiasa bermain di minda,
Susuk badannya sentiasa bermain di mata...
 
Ya Allah, permudahkan urusan abahku di sana.
Alfatihah untuk abah..
 
 

Mencari Kesempurnaan

Fitrah manusia,
Mencari kesempurnaan disebalik selaut kecacatan,
Menuntut orang lain menjadi sempurna,
sedangkan diri sendiri diselaputi beribu cacat cela.
Manusia dilahirkan dengan penuh kecacatan.
Jika tidak pada paras rupa, mungkin pada akal fikiran dan juga sikap.

Sempurna tidak datang dengan sendirinya.
Sempurna hasil dari beribu usaha, beribu cara.
Bukan dari diri sendiri sahaja,malah dari orang yang disekeliling.

Pabila mencari kesempurnaan,
Selami diri sendiri sejauh mana sempurnanya kita.
Dalam diri pasti ada kekurangan

Manusia saling melengkapi.
Hidup saling menyempurnakan antara satu sama lain
Bila kita merasakan orang lain itu sempurna,
Berusaha lah untuk menjadi seorang yang lebih baik,
Bukan hanya menunggu kesempurnaan datang dgn sendiri.
Bila kita merasakan orang lain itu kekurangan,
Berusahalah untuk menjadi pelengkap kesempurnaan mereka.

Hidup perlu saling melengkapi,
Kesempurnaan hanya akan hadir bila hidup kita lengkap.
Lengkap dengan kebahagiaan..

Bersifat Sempurna,
Tiada yang sempurna melainkan Yang Maha Esa.

Thursday, February 7, 2013

Aku kaya~Duhhhhh...


Lai lai, siapa nak kaya~Aku bagi email ni...

 

5th February, 2013

RQG wishes to notify you that your email account has been picked as a prizewinner in the results of the Quest Global Email Programme held
in Chorley Coppull, United Kingdom.

Here is what some of our latest title-holders had to say;
B. Smith - 581,201.22 Pounds Sterling
"This has been a dream come true, and will allow me to pay off my debts and make an invaluable contribution to my children's education.
This has been a truly wonderful life changing experience."

Welly M. - 493,347.50 Pounds Sterling
"My dream of owning a business is becoming a reality! At first I thought it was a joke or something, but after I received the funds I was
very happy. Thanks a lot for the quick pay out."

All participating emails were picked out from World Wide Web on a random basis from an over ten million mail database, unions,
associations and corporate bodies listed online.

Your Collection Details:
Reference Number: 66F-BVL2013/CQFK
Amount Won: 552,970.00 Pounds Sterling

Where to Collect:
Payout at Royal Quest Group Collection Center located at:
71 Park Road, Coppull, Chorley PR7 5AH, United Kingdom
Monday to Saturday, 8.00am to 4.30pm (excluding Public Holidays).

Please provide the documents given below at the collection counter:
* A print-out of the alert message received via email
* Signature identification such as a Drivers License or Passport

If you are unable to collect in person at our office due to your location or any other reason, please send an email providing the details
below to:
rqg@tech-center.com OR Fax to: +44 (0) 844 665 1337

* Full Names:
* Address:
* Telephone:
* Best Time to Call You:

Congratulations from all of us at Royal Quest Group!

This program was held in conjunction with major email providers in over 120 countries worldwide. Call the Royal Quest Group Collection
Centre on +44 (0) 844 665 1336 for assistance. NOTE: You are to contact your collections representative immediately using the email and
phone number provided above.

Copyright © 2013 Royal Quest Group. All Rights Reserved.



*Aku rase nak sepak je siapa yang hantar email ni kat aku..kalu tak sepak pun, mungkin aku cekik-cekik sampai keluar nombor akaun bank die yang juta-juta tu~*


Monday, February 4, 2013

Biarkan Ia Tiada Tajuk

Tiada tajuk..
Malas nak berfikir..

Orang selalu berkata,
" Let boys be boys"
Bermaksud..
Biarkan sahaja lelaki menjadi lelaki..
Biarkan sahaja mereka dengan lumrah kejadian mereka.
Biarkan sahaja mereka mengkagumi makhluk ciptaan ilahi yang bernama wanita seramai yang mereka mahu..
Biarkan sahaja,walaupun mereka yang berada di sebelah berasa terluka..

Biarkan...