MySejahtera dah update yang baru 👍👍
Aku agak gembira dengan update ni. Semalam dalam keadaan mamai aku buka Facebook ( mamai sebab terbangun dan susukan Daud), aku ada nampak KKM ada post pasal update MySejahtera bermula hari ni. Jadi pagi tadi, aku terus update MySejahtera (pengguna Apple. Setakat aku tulis ni, pengguna android masih belum dapat update ni)
Page Check-in yang terbaru |
Ni page Check in. Semua info yang perlu dah ada kat sini, tak perlu nak buka 2 3 tab yang berbeza. Kalau tak, leceh betul. Aku baru partially Vaccinated, sebab belum dapat 2nd dose. Almaklumlah aku ni geng AZ, gap 9minggu baru complete dose. Berlumut nak tunggu fully vaccinated.
Lepas scan code MySejahtera premis tu, akan keluar macam ni. |
Ni page lepas kita scan check in. Status risiko dan status vaksin pun terus ada kt situ. Status fully vaccinated tu ada sebab aku under dependant suami aku, dia dah complete vaksin. Nampak tak ada Check-out kat bawah tu? Kita kena tekan kat situ bila kita dah keluar dari kedai/premis yang kita masuk tadi. Sebab agak mudah urusan KKM untuk tentukan status casual contact dengan lebih tepat kalau ada berlaku kes kat sesuatu tempat.
Bila dah selesai check put, akan keluar mcm ni |
Untuk aku yang separa vaksin ni, status aku keluar macam tu haa. |
Begitulah update terbaru MySejahtera. Satu yang aku suka dgn JKJAV/Mosti, bila rakyat bagi cadangan untuk memperbaiki MySejahtera, mereka memang akan dengar dan ikut. Contoh sebelum ni, berkaitan keperluan EDD bersalin yang sebenar bagi wanita hamil. Sebelumnya, hanya bulan dan tahun jangkaan bersalin sahaja yang perlu diupdate, tapi itu memang takkan tepat, kerana EDD 1 Ogos dah berbeza 5 minggu berbanding 31 Ogos, dan itu akan bawa perbezaan yang besar sama ada ibu tu dah masuk dalam fasa dibenarkan vaksin ataupun belum. Jadi bila dah boleh masukkan sekali hari, lebih tepat EDD tu. Cadangan itu pun pihak JKJAV/Mosti ambil tahu, dan beberapa hari lepas tu mereka update.
Dengan update ini, semakin mudahlah urusan rakyat Malaysia. Pulak bila KKM dah beritahu kita dah nk masuk fasa endemik, iaitu kita akan hidup bersama Covid, sama seperti Denggi, bermakna MySejahtera ni akan jadi satu keperluan dan kegunaan dalam urusan seharian rakyat Malaysia. Bersama kita biasakan dengan tabiat scan MySejahtera, amalkam penjarakan sosial, pakai mask, jauhi tempat yg sesak dan pastikan amalkan kebersihan tangan.