Saturday, September 27, 2014

Harga seorang wanita..

Setiap wanita itu berharga..

Sama ada tak ternilai, atau tidak bernilai..

Ada wanita yg terlalu bernilai, sehingga menjadi rebutan, idaman jejaka.

Ada wanita yg tak bernilai, tidak diiingini walaupun dia yg menawarkan diri.

Ada wanita yg terlalu bernilai, sering menjadi tumpuan utk dijadikan bakal isteri..

Ada wanita yg tak bernilai, hanya mainan, jauh dr dijadikan suri.

Dimanakah kamu?

Aku?

Mungkin golongan yg ke dua...

Bagaikan puteri..

Jika dunia
Aku yang punya
Akan ku dirikan
Sebuah syurga
Malam tanpa siang
Untuk ku bermimpi

Sepanjang masa
Tanpa kecewa
Bertemankan bintang yang setia
Bagaikan puteri
Kisah khayalan
Yang hidupnya suci dan sempurna

oh...Tapi sayang
Hanyalah impian
Bulan tak bisa tumbuh ditaman
Dan bila mentari datang
Pulanglah segala kenyataan

-Farra, Bagaikan puteri -

Bagaikan puteri kisah khayalan...

Jgn pernah bermimpi akan jd seperti sang puteri, sedangkan dirimu tak berharga di mata sesiapa sekalipun..

Friday, September 26, 2014

Lupakan..

Kadang-kadang, aku rasa hidup aku sangat jauh dari dunia khayalan..

Lupakan lamaran yg sweet..
Lupakan jambangan bunga..
Lupakan majlis kahwin yg meriah..
Lupakan deretan hantaran..
Lupakan semua itu..

Cukuplah aku lihat org sekeliling aku merasainya. Aku turut bergembira dgn mereka.

Cukuplah aku dapat berkongsi sedikit perasaan gembira dikelilingi kemeriahan itu.

Aku?

Lupakan semua itu..

Aku rasa aku takkan merasa semua itu..

Cukuplah sekadar sesuatu sedikit yg boleh buat aku bahagia, walaupun akhirnya aku terpaksa berhadapan dgn dunia berseorangan..

Mengalah bukan kerana kalah. Tapi kerana kita tak mahu org yg kita sayangi menderita, walau akhirnya kita yg terluka.

Luka di hati, hanya diri saja yg merasainya.