Wednesday, September 22, 2010

Keletang keletung??

Tu la bunyi gamelan kalu main pukul sembrono je..tak sedap gamaknye, macam orang berperang! tapi kalu main dengan gayanya, mmg la sedap, walaupun ade yang cakap dorang ngantuk kalu denga muzik gamelan..tapi pada aku, whatever je laa...~

tadi pergilah aku ke latihan gamelan. setelah lebih dari sebulan tak ada latihan, aku pulang semula ke Unit Kebudayaan UTM..latihan ni sempena pembukaan Pesta Konvokesyen UTM ke 45, & majlis pemahsyuran Canselor UTM..UTM akan menerima Canselor baru!Yay!

Majlis esok bermula pukul 9 malam, tapi aku kene datang petang pasal nak gilap demung (alat yang aku main) sampai kilat..hehe..kilat sampai ley jadi cermin!

latihan tadi, macam kelakar la pulak..sebab dah agak lama tak main, semua jadi kelam kabut. lagu pun mcm denga tak dengar je. tetibe aku denga semua lagu tu jadi pelik. kenapa ye? 2 3 kali jugak aku berhenti main, psal mmg aku rase pelik. aku pandang kiri, aku pandang kanan, aku pandang depan, aku pandang belakang. dan hampir semua yang datang latiihan pun wat muka unik gak, muka pelik pasal lagu semua dah lari dari tune. Hmm..masalah ni... lagi mengharu birukan keadaan, pemukul yang aku selalu pakai tu, tetibe je aku tak jumpe. terpaksala aku pakai pemukul lain. bunyinye, Ya Allah, hancur. mcm bunyi periuk belanga berlaga pun ada jugak! lepas sejam main, aku mmg da hilang sabar, terus bangun & cari pemukul yang aku selalu pakai tu. rupa-rupanya ada tersorok kat belakang gong perasmian..patut la aku tak jumpa~dan mmg kelemahan aku, cari barang...

Ruginya aku...
Hri sabtu ni, pemahsyuran canselor UTM yang baru. tak dapat la aku tengok majlis yang penuh gilang gemilang tu, aku kene pergi Kuantan, pasal sepupu aku kahwin. inilah pengorbanan yang aku buat demi keluarga. kalu tak, tak de maknenye aku nak lepaskan peluang keemasan ni..aku harap kawan2 Gamelan Citra Daksina memberikan persembahan yang terbaik sepanjang ketiadaan aku!( mcm amanat terakhir pulak!) hehe..aku harap aku dapat pulang dengan selamat pada hari isnin, dan bersama yang lain untuk sesi konvokesyen yang seterusnya...

Annyeong~

Sunday, September 19, 2010

Akhirnya...

Hmm..akhirnya baru la aku boleh merehatkan diri..tapi, da nak mula semester baru la pulak...kire bermula la tugas aku sebagai pelajar..dah lama aku tak mencurahkan isi inda aku kat blog ni,sejak dari cuti raya lagi..

Hari raya tahun ni...

Sama saja mcam tahun lepas. sebenarnya tak perasan pun bulan puasa dah nak habis. 5 hari sebelum raya, kakak aku beli cat, dan suruh aku cat rumah. 4 hari berturut-turut aku menghadap dinding & cat, sampai rambut aku pun da bertukar sama macam warna cat, dan muka aku pun da jadi mcm dinding! tekanan la jugak.. sehari sebelum raya, aku sibuk tolong masak kat dapur, sampai la pukul 10 malam...kemudian, kemas2 rumah sampai la pukul 6 pagi, kre aku tido lepas subuh. paginye, aku bangun dengan penuh susah payah, pasal aku tengok ketupat pun mcm aku tgk bantal! hush....

Lepas je waktu zohor, akhirnya aku pun mula la 'terbang' ke London..aku ingat aku sorang je yang tak sedar diri, rupa2nya satu rumah tido! kesian kat adik2 yang datang nak beraya...Sorry la adik, kitorang sume tak sedarkan diri..Walaupun aku cuba tahan mata aku ni dari tido dengan tengok cerita-cerita best kat tv, namun akhirnya tv yang tgk aku....

keesokan arinya,aku balik ke Endau, Mersing...

Driving dalam keadaan penat yang teramat sangat..
Sampai kat Ulu Tiram, jalan jammed yang teramat, sampai susah kerea nak bergerak..ada la pulak makhluk2 Allah yang tak reti nak ikut peraturan, & buat jalan sesak dengan lagi teruk! perjalanan 2 setengah jam,da jadi 4 jam....balik jb pun, jalan jammed lagi...akhirnya kau sampai rumah pukul 12.30 mlm....satu hari yang panjang....sangat panjang.....

keesokan harinya....aku pun tak bermaya sepanjang hari....